Sunday, November 25, 2012

School trip: Melawat taman warisan tasek merimbun



17 November 12:

Huh! Letihnya, badan pun sakit. Hari ini saya dan kawan-kawan saya pergi melawat taman warisan tasek merimbun sambil-sambil tu belajar. Masa sampai sana , mula-mula kami pergi mendengar ceramah yang disedia oleh pihak sana. Ceramahnya mengenai binatang,tumbuhan, aktiviti yang pernah dibuat, binatang yang pernah dilihat dan sebagainya. Masa saya dengar ceramah banyak juga saya lihat cikgu Mikal angkat tangan suruh kami diam tapi semakin besar juga suara mereka, tsk tsk tsk!  Seterusnya kami pergi melihat balai pameran yang disediakan. Contohnya ikan, burung dan sebagainya. Hanya ikan je yang benar, maksudnya semua ikannya yang hidup dan yang lainnya bukan. Hanya perhiasan je. Masa saya tengah lihat pameran, saya terlihat cikgu Gee. Masa tu dia tengah lihat jualan bakul-bakul buatan. Apa lagi terus saya tanya setiap bakul punya tugas. Selepas tu saya dan kawan-kawan disuruh membuat comment, apa ajelah janji kami tulis comment.Seterusnya cikgu yang mengawasi kami  menjadikan kami 2 kumpulan. Kumpulan saya dan kawan-kawan pergi dulu Jungle trekking Buanani Trail. Kumpulan yang lain pergi dulu melawat Taman Kulimambang baru tah Jungle trekking.

Jungle trekking memang pengalaman  pertama saya. Tidak pernah seumur hidup saya pergi ke hutan. Ada satu kali saya pernah hampir terjatuh, tapi nasib baik saya pengang baju Rabi’ee. Nama pun dia didepan saya, tak kan nak pengang pokok kok. Semasa saya masuk ke dam, perasan ku takut sangat. Mana tah tidak, pertama jalannya lincah pasal baru hujan. Kedua, tempat  tu banyak batu licin dan boleh buat kita tergelincir. Tapi permandangan didalam hutan memang masih dijaga. Selalunya kalau dinegara lain pasti suka suka saja potong pokok je sampai hujan lebat pokok tiada untuk support air hujan dari mengalir. Wah, saya ni macam sudah hebat sangat sampai beri komen begitu, maaf ya :D.  Selepas keluar dari hutan tu, badan dan kaki saya rasa keletihan benar. Macam saya dah lari lima round lari pecut. Lagi pun setelah keluar dari hutan, saya terpaksa naik bukit lagi untuk malawat Taman Kulimambang pasalnya jalannya naik keatas.

Huh! Kaki pun sakit. Lepas tu saya dan kawan-kawan pergi melawat Taman Kulimambang .Lupa nak beritahu Taman Kulimambang ni ialah dimana banyak rama-rama yang boleh kita tonton atau lihat. Tapi, masa saya masuk kedalam, sedikit je rama-rama masa tu. Tapi didalam nya memang banyak sedia bunga-bunga dan ‘notice board’ contohnya pasal cara-cara rama-rama lahir, perbezaan rama-rama dan sebagainya pasal tidak ingat terlalu banyak. Cikgu Azean pernah juga bagi kita homework. Homework nya ialah ‘ berapa jenis rama-rama yang ada di Taman Kulimambang?’. Tapi saya lupa nak Tanya guide yang ada di Taman Kulimambang. Jadi tidal terjawablah soalan yang disediankan. Akhirnya kami berpeluang untuk berehat. Pihak sekolah ada menyediakan makanan dan minuman. Terima kasih untuk sediakan makanan dan minuman walaupun hanya nasi bungkus dan air putih. ^n^

Sebelum kami nak balik, kami sempat berherti dan melihat tasek. Yang ini juga pengalaman pertama saya iaitu saya berpeluang turun melihat dan berhampiran dengan tasek. Ada juga saya lihat kawan-kawan saya berani berhampiran dengan tasek. Ada yang tidal pasal takut karang buaya datang. Selepas tu kami pun baliklah. Pukul 11.30 baru sampai di sekolah. Kawan saya Abiel dan Fazirah awal sampai ke kelas.Mereka  berdua tidak satu bas sama saya dan kawan-kawan pasalnya bas tidal muat jadi terpaksa mereka satu bas sama kelas lain. 

jom sama-sama kita lihat gambar dibawa: 




















Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters