Tuesday, January 1, 2013

Azam 2 0 1 3


Di entry penutup tirai 2012, saya ingin bagitahu azam saya di tahun 2013.Yes ! Azam tuh tersangatlah penting. Setiap manusia perlu ada azam begitu juga dengan impian, agar kita ada tujuan untuk hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya hingga berjaya ! Azam baru ke lama tuh semua berdasarkan masa je. Azam nih kira macam sesuatu yang kita nak laksanakan dalam tempoh masa tertentu kan. Sebab tuh setiap awal tahun seseorang akan ada azam baru termasuklah saya sendiri.

Semoga tahun ni adalah tahun yang terbaik untuk semua. saya mengharapkan agar tahun 2013 yang bakal menjelma akan membawa lebih banyak kegembiraan, kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup anda. Yang dah lepas, usah dikenang lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Apa pon, yang lepas jadikan pengajaran untuk kita semua =). Again, Goodbye 2012! Hello 2013! ^__^ Thanks for all the memories. saya akan ingat itu, ketawa, gembira, sedih, semuanye ain dah lalui pada 2012 ini. tiba lah masanya untuk saya bukak buku baru, yang penuh dengan azam baru =). Moga moga dengan azam ini, hidup saya akan berubah lebih baik =). sebenarnya banyak azam saya untuk tahun 2013 ni.



  • kuruskan berat badan.
sebenarnya ditahun 2012, saya pernah terpikir nak kurusan badan tapi tidak kesampaian. so ditahun 2013, saya akan berusaha untuk makan secara balanced dan tidak akan makan banyak. cuti sekolah sebulan, berat badan ku naik ke 54. 70kg. wah, beratnya. siapa ada tip nak kuruskan badan , bolehlah bagitahu. sharing is caring kan...^^


  • belajar mencintai pelajaran maths dan science
secara jujurnya, saya tak berapa suka 2 subject ni. tapi saya suka cara cikgunya mengajar je. so untuk tahun 2013, saya akan belajar menyukai 2 subject ni. sejak dari tingkatan 1 dan 2, saya memang tak pernah suka dengan 2 subject tu. so dengan jujurnya saya akan bagituhu dientry ni, saya akan berusaha untuk menyukainya.

  • nak beli/pakai tudung dan baju kurung 
sebenarnya dari tingkatan 1, saya mula minat dah pakai tudung dan baju kurung. masa saya masuk ke tingkatan 1, dalam fkiran saya, pakai tudung ni menyusahkan dan panas lagi kan? tapi setelah sebulan pakai tudung, saya dapat kebaikan dan tahu kenapa orang islam diwajibkan pakai tudung. rupanya untuk menutup aurat dari kaum adam.brgitu juga dengan baju kurung. ditahun 2013, saya harap ada seseorang sudi hadiahkan saya tudung dan baju kurung. amin! walaupun saya ni bukan orang islam^^




  • nak lebih berjimat cermat dengan tidak membeli barang yang tak perlu 

  • beli handphone baru 

  • Belajar bersungguh-sungguh / rajin-rajin . 

  • kumpul novel banyak-banyak
saya ni sebenarnya ulat buku. memang tidak dapat berpisah dengan novel sejak saya darjah 3. sebenarnya membaca novel ni datang dari kakak saya, itulah terikut-ikut minat kakak. untuk hari jadi tahun akan datang, saya nak sesorang bagi saya novel . apa-apa je , janji jalan ceritanya seronok tidak membosankan .amin!


  • kumpul duit banyak-banyak^^

  •  panas baran saya berkurangan

  • Boleh kawal perasaan

  • banyak kawan di alam maya ataupun di dunia realiti 

  • beli laptop sendiri 

  • buang sikap malas

  • dengar nasihat atau arahan ibu-bapa dan kakak

Ok done ! Maka secara tak langsung inilah azam baru saya pada tahun dua ribu tiga belas nih. InsyaAllah doakan agar saya dapat melaksanakannya. Tak adalah laksanakan dalam satu masa. Step by step ok! Itu baru namanya kehidupan! 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

Nurul Ain Atikah said...

banyak azam, akak tak bukak fb kenapa? nak chat dengan akk ni. kalauboleh, tibalah masa mengurus GA saya. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...