Friday, November 22, 2013

Pantang larang persahabatan!



Dalam persahabatan ada beberapa pantang larang yang perlu kamu ikuti, ketahui dan tidak lakukan. Mungkin ramai yang tahu tetapi mungkin juga ramai yang lupa dan ingatkan kamu semua tentang beberapa larangan yang perlu kamu ambil serius untuk mengekalkan persahabatan kamu berdua. antaranya :


☛   HORMATI HAK & PRIVASINYA
Walau rapat macam mana sekalipun kamu masih perlu hormati hak dan privasinya. Perlu di ingat, kamu bukan milikinya. Jadi, jangan terlalu berkecil hati jika dia minta ruang dan membuat keputusan tentang dirinya tanpa merujuk kamu. Hormatilah hak dan privasinya barulah hubungan kamu akan berkekalan.

☛   JANGAN RAMPAS MILIKNYA
Pekara ini sering terjadi dalam persahabatan. Tidak kiralah sama ada muda mahupun tua. Jangan sesekali kamu cuba merampas miliknya terutama kekasihnya! Percayalah, sekali kamu lakukan kesilapan pasti si dia akan ingat dan sukar untuk maafkan kamu.

☛   JANGAN MENGHINA!
Tidak kira sebesar mana sekalipun kamu bergaduh, jangan sesekali cuba menghina sahabat kamu walaupun si dia banyak kekurangan. Kadang-kadang bila kita terlampau marah, kita tak akan sedar apa yang telah kita katakan tetapi, bila kamu mula menghina nampak sangat selama ini kamu hanya bermuka-muka sahaja dengannya. Di depan kamu memuji di belakang atau di dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Jangan begitu!

☛   SALING MELENGKAPI
Jika sahabat kamu itu banyak kekurangan, kamu sebagai teman paling rapat seharusnya melengkapi apa yang patutnya bukannya lagi memandang rendah padanya. Begitu juga sebaliknya. Barulah ikatan persahabatan antara kamu berdua semakin kukuh!

☛   SENTIASA BERHUBUNG
Bukan hanya sekadar sentiasa berhubung dengan kekasih, kamu juga perlu sentiasa berhubung dengan sahabat. Sekurang-kurangya seminggu sekali. Bukan itu sahaja, kamu juga boleh sentiasa respond dengan status atau tweetnya di media sosial. Tetapi awas, hati-hati dengan setiap perkataan kamu ya.

☛   JANGAN MENGUNGKIT SEGALA PENGORBANAN
Big no jika kamu seorang yang suka mengungkit! Ini akan menunjukan bertapa tidak ikhlasnya pengorbanan kamu. So, elakan daripada mengungkit ! jika kamu berada di tempatnya pasti kamu pon tak selesakan bila ada sahabat yang suka mengungkit!

SHARING IS CARING :)


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters