Friday, January 30, 2015

Novel terbitan alaf21 bulan march 2015



Tajuk: JANTUNG HATIKU
Penulis: Amna Nazia
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Marissa adalah seorang gadis kacukan Melayu-Jerman dan menguruskan sebuah butik andaman milik keluarganya. Marissa telah banyak berkorban untuk keluarganya. Nasib malang menimpa dirinya kerana bertemu dengan lelaki yang hanya mengambil kesempatan terhadap dirinya. Dia nekad untuk meninggalkan Fareez. Sudah jatuh ditimpa tangga, Rezza dan rakan baiknya Haziq pula terlibat dalam kemalangan. Haziq tidak dapat diselamatkan kerana darah beku yang merebak di otaknya. Manakala Rezza memerlukan pemindahan jantung dengan segera. Namun bukan semudah yang disangka, Tengku Khaleeda, ibu kepada pemilik jantung itu membuat syarat kepada Marissa. Sekiranya mahu jantung daripada Haziq, Marissa harus berkahwin dengan anak sulungnya, Zarith.

Marissa Liyana - Dia perancang majlis dan perkahwinan yang tersohor. Ke hulu ke hilir menjual ‘minyak’ untuk menarik pelanggan mak-mak datin supaya menggunakan khidmatnya yang ‘tip-top’. Puan Sri Khaleeda, pelanggan cerewet pun sukakan khidmatnya. Tapi, untuk majlisnya sendiri? Ah, hanya sepasang kebaya lama milik mama yang menjadi persalinan. Kahwin dengan gay? Gilalah!

Fareez Zamri - Padan muka kau! Memilih sangat. Apa yang kau cari sebenarnya? Wang? Pangkat? Nama? Aku juga punya semua itu walau tak sehebat dia. Itu karma kau, Marissa. 


Tajuk: BICARA CINTA TERTANGGUH
Penulis: Lynn Dayana
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Pertama kali melihat Suri, tok kadi mahu dipanggil. Kad kahwin terus mahu dicetak. “Dia, Suri aku!” Itu kata hati Luq, tauke sayur yang tiada BMW, banglo mewah atau wang berjuta. Tapi hatinya penuh cinta!

KPS @ Kempen Pikat Suri dilancarkan. Luq memikat, Suri mengelak. Luq ganda usaha, Suri jatuh cinta. Luq vs Suri? Sah, Luq juara. 

Ujian datang kala risikan ditolak. Mahu nyanyi lagu Rude? Rupa-rupanya... Cinta tak boleh dipaksa, kasih tak boleh digesa dan sayang itu bukan percuma. Berjodohkah mereka di akhir garisan? Antara ‘cinta tidak semestinya bersatu’ dengan ‘kalau jodoh tak ke mana’, yang mana satu takdir Luq-Suri? 


Tajuk: HAI, ENCIK PERFUME! 
Penulis: Immaz Huda
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: Mirr Mediana, peguam muda yang bersemangat tinggi tapi ada masanya blur. Pertemuan demi pertemuan, tanpa sengaja telah menemukan dia dan Putra Aiqish. Setiap kali berjumpa, ada sahaja peristiwa yang terjadi hingga membangkitkan kemarahan masing-masing.

Kata Mediana, “Cik susu kotak, awak panggil saya? Awak tahu tak yang saya tak dapat tidur malam tu disebabkan awak? Mula-mula awak ambil parking saya. Lepas tu, awak ambil susu kotak tu. Kemudian, awak langgar kereta saya. Dan disebabkan imej awak, saya tersalah masuk tandas! Lepas tu, awak bertukar kereta dengan saya. Kenapa setiap paksi dunia yang saya toleh, saya harus berjumpa dan terserempak dengan awak? Kenapa?”

Dan kata Aiqish pula, “Saya dah tahu perangai sebenar awak. Awak suka membebel, sensitif, cepat melenting, suka berdebat, suka minum susu kotak sebelum tidur dan tak suka orang lain rampas parking awak. Awak seorang yang rabun sebab tak dapat membezakan tandas lelaki dan tandas perempuan. Awak seorang pencuri kereta. Dan akhir sekali, nama kereta kesayangan awak adalah…”

Tanpa dirancang dan hati belum bersedia, mereka ditunangkan. Namun, saat cinta dan sayang mula bercambah, wujud penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Mampukah mereka mempertahankan ikatan suci itu?


Tajuk: AKU JATUH CINTA
Penulis: Anna Nabila
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Aina Humaira dan Emir Izraf suka sama suka. Namun, suka itu tidak bermaksud cinta. Lantaran hati belum bersedia, mereka bernikah atas persetujuan keluarga.

Sudah beberapa bulan hidup bersama, Aina dan Izraf tidak pernah menikmati erti kehidupan suami isteri. Aina keliru! Izraf seperti bersikap dingin terhadapnya. Hari-hari dia makan hati, namun dipendamkan sahaja. Lagi menyakitkan hatinya, dia sering diusik oleh Syed Danial Iskandar yang sudah tiga tahun berturut-turut mengulang STPM di sekolah itu. Tanpa diduga, lelaki itu jatuh cinta padanya.

Luahan kasih sudah dilafazkan. Aina dalam dilema. Status isteri kepada Izraf membataskan segala-galanya sedangkan dia sudah tawar hati dengan lelaki itu. Tohmahan dan fitnah semakin meruncingkan keadaan. Siapa yang sudi membantunya? 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

anna nabila said...

Terima kasih kerana bantu mewar-warkan~ much loves!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters