Thursday, November 14, 2013

Salah dengar ke?


sejak akhir-akhir ni, saya ni selalu dengar salah bila kawan-kawan saya ni sebut sesuatu. 

contohnya, kelmarin... masa break timelah kan, kawan saya (Syakirah) ni ada sebut sesuatulah kan?  saya terdengar dia ni sebut 'GIRL'. tapi teman-teman saya cakap mereka dengar sebutan 'Daus'! jadinya saya dan teman-teman 'bet'lah kan?( tak adalah sampai pakai duit, main saja-saja aje). jadinya saya pun panggilkan syakirah ni, tanya sama ada dia ni sebut 'GIRL' atau 'Daus' kan? rupanya dia sebut 'DAUS'! apalah yang aku dengar sampai boleh kedengaran dia sebut 'GIRL' ni kan? teman-teman saya cakap jauh juga sebutan 'DAUS' dengan 'GIRL' kan? 

yang keduanya ialah tadi pagi. kawan saya ni (Azirah) dia ni berceritalah kan dengan kawan saya yang seorang ni(Marsya). mereka ni bercerita pasal minuman Fruit tea lah kan ? itulah masa tu saya ni sibuk menyampuk. saya pun tanyalah 'siapa yang putih ni?' Mereka pun terkejutlah kan? siapa yang tak terkejut bila apa mereka cerita tu lain daripada saya. tapikan memang betulkah Azirah ada cakap perkatan putih tu...  

yang ketiganya, pagilah jua (pada hari yang sama).. yang ni pun saya rasa semuanya terkejutlah. oklah! kawan-kawan saya ni semuanya berkumpul bercerita. saya ni pun penyibuklah orangnya ( kes mengaku ^^). saya pun tiba-tiba tanya 'siapa yang datang bulan ni?'. mereka pun 'HAH'( memang lawak muka setiap orang). rupanya mereka cakap pasal entah apa yang subur dan 3 bulan. (buat malu 7 keturunan aje  ^^)

ramai yang suruh aku bercheck. mana tau betul-betul pulak ada masalah. nasib baik semua kawan-kawan saya ni tak ambil hati dengan kelakuan saya.. tq my friends :) 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...