Thursday, March 27, 2014

Novel terbitan jemari seni march 2014




Penulis: Aidah Bakri
ISBN: 978-967-0508-56-6


membisulah semahumu wahai bulan...
kerana bisumu itu adalah keindahan

Hidup Afra sunyi daripada kasih sayang orang tuanya. Sewaktu kecilnya, Afra terpaksa diserahkan kepada sebuah keluarga untuk dijaga. Apabila dewasa, tiada kemesraan dalam hubungan Afra dengan orang tuanya namun hidup Afra sentiasa ditentukan oleh mereka termasuk soal memilih pasangan hidup.
Hati Samir bergetar saat anak mata bertaut dengan renungan si gadis. Lebih manis lagi apabila mereka berkongsi debaran-denyut-detak jantung yang sama. Namun indahnya getar perasaan mereka hanya mampu disimpan kejap dalam bilik hati apabila kedua-dua orang tua Afra sudah menetapkan jodoh untuk Afra.

Bagi Hanif, Afra itu seperti adiknya sendiri. Tanpa sedar, perasaan sayangnya buat si gadis sudah bertukar rentak. Ada pedih yang terhiris apabila ternyata si gadis telah menemui cinta hatinya. Namun, untuk melepaskan Afra tidak termasuk dalam agenda hidupnya.
apabila cinta adalah air mata... mampukah dia tersenyum nanti?

* * *
AIDAH BAKRI melakar kisah yang membuai jiwa antara Afra, Samir dan Hanif dalam Detak Jantung Dia dengan bahasa yang indah dan menyentuh hati.


Penulis: Bidayatul H.
ISBN: 978-967-0508-57-3

Dia pernah ditanya oleh seseorang, mengapa dihitung bintang di langit?

Ahmad Farhan. Dia pernah lukakan hati seorang sahabat, gara-gara mengikut emosi. Ikatan persahabatan mereka bagai bertemu titik noktah.Ji’a. Yang dia tahu, silapnya cuma satu. Menaruh hati pada sahabatnya sendiri. Itu saja. Tetapi amarah Ahmad Farhan padanya, seolah-olah salahnya itu besar sangat.

Ahmad Farhan. Adakala, kenangan itu mampu menang dalam menakluki hati. Jarak yang terpisah, buat dia sedar. Bertemu kembali, dia nekad memulihkan hubungan dahulu. Namun, semua itu bukan perkara mudah.Ji’a. Dia belajar menjadi Nur Farha. Kalau dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu, dia seperti sedang berjalan di lantai yang licin dengan memakai selipar yang sudah haus tapaknya.

Pertemuan semula membuatkan Ji’a sering mengelak, sedangkan Ahmad Farhan berusaha mendekati. Kutub Utara, Kutub Selatan tak pernah bertemu. Jadi, masih adakah peluang untuk mereka berbaik?
... kerana bintang itu hanya mampu untuk dihitung, namun amat mustahil untuk digapai.

* * *
Marilah bersama-sama Nur Farha ‘menghitung’ 1, 2, 3... Bintang di Langit. Tugas anda pasti lebih mudah dengan gaya santai BIDAYATUL H. yang sangat memikat.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters