Thursday, March 27, 2014

Novel terbitan EMP Mac 2014


Kerana Dia, Bidadari Syurgaku ~ Nana Rumaysa

SINOPSIS:

Menyedari diri tidak sempurna, Nur Nadimah tidak memuja insan seperti Zikri Darius. Hatinya milik Ruslan yang boleh dikatakan sekufu dengannya. Namun, kecewa melanda apabila Ruslan menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Ada dua sebab kenapa Zikri Darius membenci Nur Nadimah. Satu, wanita itu dianggap cuba memisahkannya dengan wanita pujaannya, Syafina. Yang kedua, Nur Nadimah memiliki kekurangan yang paling tidak disukainya. Bagi Zikri Darius, wanita itu terlalu buruk berbanding dengan wanita yang pernah dilihatnya di atas muka bumi.

Namun begitu, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Dek kecewa ditinggalkan Syafina, Zikri Darius akur untuk berkahwin. Tanpa diduga, wanita yang menjadi isterinya itu adalah wanita yang terlalu dibencinya selama ini.

Ternyata, bukan mudah untuk hidup bersama orang yang tidak dicintai. Namun, kesabaran dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nur Nadimah membuahkan hasil. Sehinggalah pada satu hari, berlaku satu peristiwa hitam yang membabitkan Zikri Darius dan Syafina hingga membuatkan Nur Nadimah berlalu pergi.



Hati Yang Kau Sentuh ~ Siti Hanisah 

SINOPSIS:

Azrul dan Farhah. Sebiji macam anjing dengan kucing!
Pantang berjumpa, pasti ada saja yang nak digaduhkan. Bila dah jauh, barulah rasa kehilangan. Tapi lelaki ego macam Azrul mana nak mengaku rindu! Bahkan dengan selamba dia teruskan hidup. Kononnya, dia kuat tanpa Farhah di sisi.

Tiba-tiba muncul seorang gadis misteri yang mengaku dirinya sebagai Farhah. Azrul enggan percaya tapi gadis itu benar-benar mirip Farhah. Azrul mula celaru, lebih-lebih lagi bila gadis itu merayu dinikahi. Berkali-kali Azrul menyoal diri sendiri. Gadis itukah yang mereng atau sebenarnya dia yang dah gila bayang? Mana boleh orang mati hidup semula!
Bila terbongkar rahsia gadis itu, Azrul bertambah kusut. 

Gadis itu sedang dalam bahaya tapi patutkah dia membantu? Macam mana kalau gadis itu berniat buruk? Keselamatan keluarganya, takkan nak letak di tepi? Macam mana pula kalau akhirnya nanti dia terlanjur mencintai gadis itu?

Dan yang lebih penting... sanggupkah dia biarkan insan lain menggantikan tempat Farhah dalam hatinya? Sanggup dia buang begitu saja semua kenangan mereka?
“Nak tahu satu rahsia?”
“Rahsia apa?”
“Abang rindukan Farhah... rindu sangat, sayang


Hadirmu ~ Zara Aluwi 

SINOPSIS:

Maaf, abang tak dapat nak belanja di restoran. Makan nasi bungkus saja, ya.” – MADD I Z

Abang? Eee... budak ni nak kena cekik agaknya? Abang! - ZSA ZSA BELLA

Kunjungan Zsa Zsa Bella ke Hong Kong telah menemukan dia dengan seorang jejaka bernama Madd I Z. Kedua-dua pemilik nama pelik ini teramat ego. Di sepanjang lawatan, masing-masing sering mengenakan satu sama lain.
“I love you? Kalaulah awak tahu, tentu awak tak akan menyebut perkataan itu dan tak akan menyukai saya juga!” – ZSA ZSA BELLA

Damia Qistina, wanita bertubuh mengiurkan itu selalu memberikan perhatian khusus dan layanan yang baik kepada Madd I Z. Tidak mustahil jika Madd I Z jatuh hati kepadanya.
“Kalau tak mahu bertunang, kita terus bernikah sajalah. Lagi mudah!” – DAMIA QISTINA

Memang sukar untuk menghapuskan satu rasa yang terpenjara. Dalam hati masing-masing hanya ada seorang yang amat dirindui.
“Hadirmu membuatkan aku tidak mampu untuk membuka pintu hati ini untuk orang lain.”


 Kalau Dah Jodoh - Elee Mardiana

Sinopsis:
Yang jelas di penglihatan Jujen ialah tali pinggang yang abah pegang. Tali pinggang yang diperbuat daripada kulit itu berayun-ayun apabila tangan abah bergerak. Sesekali hujungnya mencecah ke lantai. Dada Jujen semakin berdebar laju. Dia teringat bagaimana adik-adiknya menjerit kesakitan sebaik sahaja tubuh badan mereka terkena libasan tali pinggang itu. Jeritan emak juga melengking, menyuruh abah berhenti menyebat anak-anak sendiri. Jujen sahaja yang tidak pernah kena sebat dengan abah. Jujen anak kesayangan abah. Tetapi malam itu, Jujen yakin abah tidak akan teragak-agak membantainya jika jawapan yang Jujen berikan bercanggah dengan jawapan yang abah mahukan. Abah sudah membuat keputusan. Jujen dapat melihat nekad dalam mata abah. Jujen mendongak memandang emaknya.

“Mak, tolonglah pujuk abah, mak. Tolonglah pujuk abah. Jujen dah janji. Mak sendiri kata dulu, berdosa kita mungkir janji. Tolonglah, mak.”

“Janji kamu pada abah dengan mak kamu macam mana, Jujen? Tak apa pulak kamu mungkir?” herdik abah.

Jujen hanya tersedu-sedu, tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan abahnya itu. Dia terus memandang ke arah emaknya, berharap emak akan membantu tetapi mulut emak terkunci rapat. Emaknya pun takut.

“Bangkit, Yah! Jauh awak dari dia. Jauh!”

“Eh, abang ni! Takkan nak pukul? Anak dah besar panjang ni!” tegur emak Jujen. Cemas.

“Awak nak kena sekali ke, Yah? Kalau tak nak, bangun! Jangan derhaka cakap abang.”

“Cakap baik-baiklah, bang. Pukul-pukul ni dapat apa? Lagipun dah malam sangat ni? Tak elok didengar dek orang.”

“Kalau tak nak saya pukul, suruh anak awak tu telefon budak India tu sekarang. Suruh dia putuskan hubungan dia dengan budak tu. Baru aje kenal dah nak kahwin. Gila ke apa yang buat keputusan merepek macam tu?”



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters