Thursday, March 27, 2014

Novel terbitan JS April 2014





Tajuk : COOPER-K
Penulis : RodieR
Terbitan : Jemari Seni

Sinopsis :

Nama:
Amilia Aisya Abdul Aziz

No Kad Pengenalan/RN:
2007345678

Tarikh:
Suatu waktu dulu... kini... mungkin selamanya....

Diagnosis:
Penyakit Rindu 

**
Rx 00000

Nama saya Khairul Fairuz Muhammad. Panggil Cooper. Nak panggil awak apa? Takkan hari-hari saya nak kena panggil Cik Amilia Aisya kut?
Khair
Pegawai Perubatan Wad 7

**

Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak terdaya lagi menahan perasaannya sendiri? 

Dalam tenang yang lama dicari olehnya, Khair datang mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama? Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?

***

RodieR kembali lagi dengan santai bercerita tentang Amilia atau Mia dalam Cooper-K. Mari kita ikuti kisah menarik Mia yang ceria dan sentiasa gembira dalam Nyanyian Hati itu.


Kutunggu Pinanganmu ~ Fisha
ISBN: 978-967-0508-59-7

Baca bab awal

Kecewa dengan hubungan cinta tak kesampaian, Qistina mencari semula ketenangan diri yang hilang. Perkenalan dengan Amir melalui Skype telah membuahkan bibit-bibit bahagia. Namun Amir hilang secara tiba-tiba membuatkan dia kecewa sekali lagi. Ketika itu dia fikir bahawa kebahagiaan itu bukan miliknya.

Bimbang tentang jodoh Qistina, datuknya cuba mencarikan jodoh untuknya. Dia disuruh memilih antara dua, Hud atau Fawwaz. Hud seorang doktor yang kacak bergaya, manakala Fawwaz hanya membantu mengerjakan sawah datuknya. Siapa yang menjadi pilihan Qistina? Adakah dia akur pada undi majoriti keluarganya?

Tika hati berdetik, kaulah pilihan
Tuhan buatku... kerana itulah sayang

* * *

Selepas Takkan Pernah Berubah, kali ini FISHA kembali dengan Kutunggu Pinanganmu. Pengisahannya yang santai membawa kita bersama-sama Qistina menanti hari bahagia.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters