Thursday, March 27, 2014

Novel terbitan JS bulan February 2014



Penulis: Syasyaja
ISBN: 978-967-0508-54-2


begini saja, kau tunggu di sana dan aku tunggu di sini

Airis cuma gadis biasa yang cuba untuk senyum kembali selepas luka dulu. Dalam mencari senyum yang hilang, dia berjumpa dengan dia si pencuri hati dan dia si pencair hati. Dia yang mana menjadi punca senyuman di bibir selama ini?

Luth sentiasa ada yang mengejar dirinya. Tapi dalam diam, dia hanya mengejar seorang itu. Ya, seorang itu sahaja. Namun, sekuat mana pun dia mengejar, keluarga tetap menjadi keutamaan.

Akid punya senyuman pencair hati gadis. Cukup dengan senyum, si gadis pasti miliknya. Dan dengan senyuman itu, dia mencuba nasib untuk mencuri hati gadis yang itu. Tapi dalam dia cuba memikat gadis itu, ada perkara lain yang dia jumpa. Antara Pencipta dan yang dicipta, yang mana satu dia perlu dahulukan?

Walaupun dia, dia dan dia berlainan karakter, tapi mereka menyembunyikan satu rasa... rasa ingin dicintai. Namun, adakah rasa itu berbalas oleh pihak yang satu lagi?

* * *
Nukilan kedua daripada SYASYAJA ini bercerita tentang mereka yang menyimpan rasa pada si dia dalam diam dengan bahasa yang santai dan menghiburkan.



Hatiku Tertinggal di Manchester ~ Eyla Myra 

Penulis: Eyla Myra
ISBN: 978-967-0508-55-9
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia) / RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Kenangan... mengapa begitu kejam kau menghiris jiwa?

Sebut aje tentang Faris Iskandar, Myra Isabella terus naik angin. Mana tidaknya, dia dengan mamat bajet maco itu tidak pernah kenal erti berdamai. Sikap Faris yang suka menyakat membuatkan Myra meluat.

“Nak duduk sini boleh?”
“Kalau aku kata tak boleh, kau nak buat apa?”
“Nama I Faris Iskandar. Nak berkenalan boleh?”
“Kau nak apa sebenarnya?”
“Nak you jadi girlfriend I. Boleh?”
Pelbagai cara dilakukan Faris untuk memenangi hati Myra. Namun, saat hati Myra mula terpaut, Faris pergi meninggalkannya. Pemergian yang membuatkan dia nanar.Apabila orang yang selalu dekat dengannya ‘menghulurkan tangan’ selepas pemergian Faris, Myra mula keliru dengan perasaannya sendiri. Mampukah dia melakar impian di pelangi harapan andai sebaris nama yang masih utuh terpahat di hati itu terus memayungi kenangan semalam?

Hidup ini harus berpijak di bumi realiti. Bukan sekadar mengulit fantasi mimpi.

* * *
EYLA MYRA meletakkan asas rasional dalam bercerita tentang kenangan dan harapan seorang Myra Isabella dalam Hatiku Tertinggal di Manchester, dengan bahasa yang santai.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters