Wednesday, April 23, 2014

Novel terbitan karya seni mei 2014





NANTIKAN NOVEL TERBARU DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2014 DI PWTC.

Tajuk: Cik Cinderella dan Encik Tengku
Penulis: Airisz
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-71-0

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! 
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS… 

Babe (Dia panggil aku babe.) 

Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)

Lunch sama (Dia ajak.) 

Okey (Aku nak.) 

Kat mana (Dia tanya.) 

Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.) 

Okey cantikkk… (Dia setuju.)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?


Tajuk: Jangan Jatuh Cinta
Penulis: Adah Hamidah
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-72-7

Ana Syahidah. Tiba-tiba hidupnya penuh dengan persoalan yang memerlukan formula penyelesaian.

Lelaki yang dicintai = Naim Zulkarnain
“Abang Naim, ingat Ana lagi tak?”
“Ana, budak manja yang selalu menangis tu ke?” 

Formula untuk bersatu = Memenangi hati
“Merajuk pun tak guna. Ana tak reti nak pujuk.”
“Memanglah. Masa kecil dulu pun, abang yang selalu pujuk Ana. Ana tak pernah nak pujuk abang.” 

Masalah = Bukan pilihan.
“Naim dah nak bertunang hujung bulan ni. Nak tak nak, Ana kena lupakan Naim.”

Lelaki bermasalah psikologi = Muhammad Afdhal
“Sekejap. Nama kau apa?” 
“Selena Gomez.” 
“Selena Gomez... Erm, pelik, muka kau tak ada pula nampak macam orang putih.” 

Formula untuk membantu = Bantuan melalui ugutan
“Sekarang ni, bos nak buat ke tak nak? Kalau tak, saya batalkan aje rancangan nak
pujuk Kak Dahlia.”

Masalah = Ugutan balas.
“Alah, bos berani ke panggil jabatan agama Islam? Sanggup ke kahwin dengan saya?
Kak Dahlia macam mana?”
“Apa susah. Kau jadi nombor satu. Dahlia jadi nombor dua.”

Sayangnya, tak ada satu pun formula yang berjaya hingga membuatkan dia pening sendiri. Mempertahankan cinta memang susah. Berurusan dengan lelaki emosi bermusim juga tidak mudah. Niatnya sekadar membantu, tidak sangka dia terlibat sejauh itu. Ana Syahidah! Perjalanan hidupnya tidak seperti yang diimpi. Jangan jatuh cinta! Masihkah relevan untuk diucapkan sedangkan cinta sudah dijemput masuk ke dalam hati?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...