Wednesday, April 23, 2014

Novel terbitan penulisan2u mei 2014




Tajuk: Aku Suka Kau Benci
Penulis: Tinta Biru
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-29-7

BERMULA dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah. Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi sekeping hati milik Mia sarah.

“Nak buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang yang saya sayang.” - IKMAL
“Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?” – MIA SARAH
“Awaklah, Cik Mia Sarah.” - IKMAL
“Perasan...” – MIA SARAH
“Saya memang perasan pun.” - IKMAL

Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun. 

“Abang cuma manusia biasa, Mia. Dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang? Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me…”- IKMAL

“Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Macam yang pernah awak cakapkan dulu, sorry seems to be the hardest word. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” – MIA SARAH

Keadaan menjadi lebih parah apabila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia. Ikmal menjadi serba salah dan menyesal. Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripadanya? Berjayakah Ikmal membuka pintu hati Mia Sarah? Dapatkah Mia Sarah memaafkan kesalahan besar yang dilakukan oleh Ikmal?


Tajuk: Dah Jodoh I Dengan You
Penulis: Ain Kamalia
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-30-3

Pertemuan Yana dan Ben di sebuah kedai makan telah mencipta sebuah permulaan kisah yang berbunga-bunga dalam hati mereka. 

“Mata tu tak payahlah pandang tempat lain, pandang pinggan nasi aje boleh tak? Ataupun kalau teringin sangat nak pandang orang, you pandang I aje… sebab I pun orang.” –Ben

Di situ bermulanya hubungan teman tapi mesra mereka. Semuanya mereka lakukan bersama, hampir seminggu tujuh hari. 

“Kenapa you letak nama I Ben 10?”
“Ben 10 tu adi wira tau.”
“Do I look like a cartoon to you?” 
“Taklah… You’re an angel to me…”

Peristiwa kuah kari yang tertumpah pada pagi hari telah menemukan Yana dengan Ikmal, si klon Nazim Othman yang ternyata sungguh-sungguh ada hati dengannya. Tak jemu-jemu Ikmal mencuba nasib, meski dalam masa yang sama, Ben sudah menyerahkan sebentuk cincin belah rotan platinum kepada Yana, tanda permulaan kepada sebuah cinta. Cuma halangannya kini, mereka tidak seiman, tidak seagama. 

Kepergian Ben ke Australia secara terburu-buru dan tanpa khabar berita telah meninggalkan Yana dengan tanda tanya. Yana setia utuh memegang janji Ben. Telah banyak e-mel yang dikirimkan buat Ben namun balasannya hanya hampa. Situasi itu membuka peluang kepada Ikmal untuk mencuba nasib. 

“Apa hobi awak?” – Ikmal 
“Saya selalu keluar dengan Ben, sekarang ni saya rindu sangat kat Ben... Ermmm... 
Hobi terbaharu saya adalah keluar dengan Ben...” – Yana 

Sebuah kejadian tak diduga berlaku. Sebuah peminangan yang diterima oleh keluarganya di kampung membuatkan Yana jadi umpama jasad tak bernyawa. Lebih mengharukan, peminangan itu daripada Ikmal!
Rasa bersalah Yana menggunung buat Ben yang masih diam tanpa khabar berita. Namun, pertemuannya semula dengan Ben menyelesaikan semua teka-teki yang ada. Ben sudah berkahwin dengan perempuan yang segamanya dengannya!

“Cantik cincin tunang!” - Ben
“Thanks! Wedding ring you pun cantik!” - Yana

Apa yang akan jadi saat cinta pertama yang didamba kini milik orang? Orang kata, kalau dah jodoh, lari ke mana pun, tetap akan bersatu jua. Kalau bukan jodoh, dekat macam mana pun akan terpisah jua. 

NANTIKAN NOVEL TERBARU DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2014 DI PWTC.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...