Tuesday, April 15, 2014

Novel terbitan KN Mei 2014




KERANA AYA SOFYA
No. ISBN:- 978-967-0448-58-9
Jumlah muka surat:- 728

Sinopsis:-
Kerana Aya Sofya, Laila dan Wazif dipertemukan lebih lima tahun dahulu. Kerana Aya Sofya mereka berdua menjadi seteru. Namun kerana Aya Sofya juga, tanpa diduga Laila dan Wazif terikat rasa… tersimpul jiwa.

Aya Sofya, insan comel yang menjadi rebutan dua pihak. Laila tetap teguh mempertahankan haknya atas Aya Sofya yang jadi miliknya usai dilahirkan. Si kecil tu nyawanya selama ini. Takkan mungkin diserahkan sewenangnya!

Bagi Wazif si peguam syarie yang ampuh menjunjung prinsip undang-undang yang tertulis, hak tetap hak. Bagi Wazif, sahabatnya Fakhrul dan isterinya Aliyana pemilik sebenar si comel Aya Sofya. Bukan Laila!

Bagi Laila, Wazif penyebab dia kehilangan Aya Sofya buat selama-lamanya. Muncul lelaki itu dalam hidupnya merengut bahagia dia bersama Aya Sofya. Selama-lamanya!

Laila bencikan Wazif. Benci yang sesungguhnya! Namun bagi Wazif, mengenali Laila dalam erti kata yang sebenar telah membuka pintu hatinya untuk melihat tulus jiwa seorang gadis yang berkorban apa sahaja demi seorang Aya Sofya yang nyata bukan darah dagingnya sendiri.

Laila buat Wazif rasa teramat berdosa. Berjumpa Laila kembali setelah lebih lima tahun mencari, gadis itu tak mungkin dilepaskan. Wazif nekad. Dia hanya mahukan Laila. Hanya nama Fahratu Laila yang tertulis di hatinya!

Akan bertautkah dua hati yang punya rasa yang berbeza? Akan terciptakah bahagia antara mereka jika rentak di jiwa tidak seirama nadanya? Dan kala cinta baru mula berputik bunganya berupayakah mereka berdepan dengan kemunculan cinta lama yang datang mengusik kenangan di jiwa... mahu merebut kembali hati yang parah tercarik luka.

“Semua insan inginkan bahagia... macam pelangi, indah dan mendamaikan mata. Tapi... tidak mungkin pelangi akan muncul tanpa ada titis-titis hujan. Begitu jugalah hidup ini. Bahagia itu ada harga yang harus dibayar.”

ANTARA PENULIS TERBAIK KAKINOVEL YANG POPULAR DENGAN KARYA BELIAU SEBELUM INI NASI LEMAK BUAH BIDARA, KINI KEMBALI DENGAN KARYA TERBAHARU BELIAU KERANA AYA SOFYA....CERITA YANG PASTI MENYENTUH HATI DAN PERASAAN ANDA....


ALAHAI SUAMIKU AMNESIA
No. ISBN:- 978-967-0448-67-1
Jumlah muka surat:- 752

Sinopsis:-

Hanan dirisik oleh seseorang yang selama ini bermatian dihindarinya! Hanan kelu. Lemah dalam tuntutan hati si lelaki serta pujukan seorang ibu. Buat Abrar Zikry, gadis itu cinta pertamanya! Dia tertawan dek sebuah pandangan yang sukar dilafazkan melalui bibir. Wanita yang dingin tetapi, mampu mengasak rindu bertamu di jiwa lelakinya.

Sungguhpun begitu, Abrar terseksa tatkala orang di sekeliling mengatakan dirinya dan Hanan tidak mungkin bersatu. Permusuhan dari zaman kanak-kanak hingga meningkat remaja, telah mencoretkan pelbagai memori pahit di ingatan gadis pujaannya tetapi tidak padanya yang ditimpa amnesia.

Maka, bermulalah episod manis Abrar mengejar anak dara Abdul Malik. Sehingga terjadinya suatu peristiwa, tempoh pernikahan yang sengaja Hanan lewatkan menjadi terlalu cepat berlangsungnya.

“Meskipun ingatan ini pergi namun, jiwaku mampu mengesan suri hatiku.”

PENULIS YANG PERNAH POPULAR DENGAN KARYA BELIAU, KONTRAK JANJI SETIA ANTARA KITA KINI KEMBALI DENGAN KARYA TERBARU BELIAU...ALAHAI, SUAMIKU AMNESIA! JOM REVIEW SAMA-SAMA....


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters