Tuesday, April 15, 2014

Novel terbitan Lovenovel mei 2014




Yeayyy yg ditunggu2... cover bulan mei dr Penerbitan Love Novel...tpi akan release pd awl mei tuk pbakl..

Blurb...
Fazila... Menerima pertunangan yang diaturkan keluarganya. Mengharapkan tunangannya memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin tunangannya buat dia rasa kecewa.

“... Dia asyik buat Ila sedih aje. Ila pun ada perasaan juga. Dah tak tahan rasanya dibuat tak endah selama ni...” – Fazila

Faris... Terlalu misteri. Kenangan lama membelenggu dirinya antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi.

“... Bila Ila dah dengar semuanya, abang tak akan rasa bersalah lagi. Dan abang akan terima keputusan Ila tanpa banyak soal. Biarlah kali ni, kita yang tentukan masa depan kita sendiri. Bukannya orang tua kita yang tentukan.” – Faris

Ruang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur.

“Habis... rasa happy yang aku nampak dalam mata kau tiap kali kita bersama tu apa? Cahaya yang aku dapat tengok masa aku cakap yang aku suka kat engkau tu apa? Kesedihan yang aku nampak pada muka kau masa tunang kau datang hari tu tu...apa?” – Amir Hamzah


Siapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Namun dia sedar hakikat hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Di sinilah mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?


Tajuk : Oops! Suami Aku Bukan Duda
Penulis : Uji Norizqi

Sinopsis :
Qistina Airisa…..Seorang gadis muda yang tahu berdikari. Dia memiliki rupa paras yang menawan namun dia adalah si jinak merpati. Sepadan dengan usia dia belum matang dalam meniti kehidupan. Kadang-kadang dia mudah emosi, memberontak dan degil. Namun siapa sangka dia akan disukai oleh lelaki yang berbeza usia berbelas tahun dengannya.

Loyanya tekak aku dengan abang dan sayang itu. Gila meroyan gamaknya. Kalau dia depan aku mahu je aku cekik duda gatal ni. Belum apa-apa nak beromantika dengan aku. Apa dia ingat aku akan lentoq dengan ayat romeo dia tu? No way!

Luqman Hakimi…..Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mencintai gadis belasan tahun apatah lagi mahu menjadikan gadis itu ibu kepada anaknya Danish. Tetapi rasa yang hadir membuat dia berani mengikat gadis itu dengan ikatan pertunangan.

“Saya tak kisah andai saya jadi pilihan terakhir. Sekurang-kurangnya dengan pilihan terakhir itu kita masih bersama.”

Terketar hati aku dengan kata-kata mr widower itu. Menggunung sekali harapannya meskipun dia pilihan terakhir. Sedalam laut china selatankah cintanya terhadap aku atau lebih dalam daripada itu?
Setinggi Gunung Everest kah kasihnya pada aku atau lebih tinggi dari itu? Apakah sayangnya pada aku sekuat akar tunjang yang mencengkam bumi?
Tidakkah kau sedar Luqman Hakimi yang kau menabur benih di tanah yang gersang? Sekalipun kau tak putus asa membaja, benihnya tetap tidak akan tumbuh jua.
Berjayakah Luqman menempatkan dirinya dalam hati Qistina Airisa? Bagaimana pula dengan Feroz yang salah meletak harapan cinta pada gadis itu? Bahagiakah Qistina Airisa di dalam mahligai Luqman Hakimi sedangkan lelaki itu telah dicop duda olehnya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters