Thursday, April 17, 2014

Novel terbitan October April 2014



Tajuk: SEPET JODOHKU?
Penulis: Ery Aieril
ISBN: 978-967-0707-11-2
Terbitan: October

Sinopsis:
“Ilmu apa yang awak guna sampai saya suka dekat awak? Saya tak boleh nak membenci awak. Bayangan awak sentiasa menghantui diri saya setiap hari. Saya akan jadi gila kalau saya tak nampak awak. Saya rindu sangat dengan awak.”

Bagi Edryka, mamat sepet itu tidak sesuai untuk dijadikan bakal suami untuk dirinya. Katalah apa pun, Edryka tetap menafikan yang dia sudah mula sukakan Rain yang romantik dan pandai menarik perhatiannya itu. 

Rain nekad. Walaupun Edryka cuba menjauhkan diri, namun semakin giat dia cuba menawan hati si gadis jual mahal itu. Baginya, melepaskan Edryka, suatu yang akan menjadi penyesalan kerana takkan wujud gadis lain sepertinya.

Tetapi sungguhkah Rain memaksudkan segala janji-janji manisnya agar Edryka menyerah diri kepadanya? Ataupun hanya kerana rahsia yang disimpannya menyebabkan dia harus memiliki Edryka?

Impian Rain untuk bahagia bersama Edryka mendapat tantangan daripada insan lain yang turut menyimpan perasaan terhadapnya. Sehinggakan nyawa menjadi pertaruhan sekaligus Rain menyangka dia bakal kehilangan masa depan yang dia inginkan.

“Ini bukan cinta terlarang. Ini satu cinta yang suci. Saya sedar saya memang tak boleh hidup tanpa awak. Cinta yang suci dan ikhlas akan merasa sakit bila orang yang dicintai dan disayangi meninggalkan kita. Kenapa awak perlu pergi? Susah sangat ke awak nak dengar dan terima semuanya daripada saya! Awak tak beri saya peluang untuk saya bela diri. Saya sayang awak.”

Tajuk: MELBOURNE, AKU INGIN PULANG
Karya: Dalila Sofea
ISBN: 978-967-0707-12-9
Terbitan: October

Sinopsis:
“I nak ingatkan you saja. Melbourne makin hampir dengan kita. Akan pisahkan kita!”

Keinginannya sejak dulu hanyalah menjejakkan kaki ke tempat itu, negara yang menyimpan pelbagai kenangan dan impian yang dia mahukan. Tekadnya, walau apapun yang menjadi halangan, Adelia tetap akan cuba mengatasinya. Tiada apa yang boleh menghalang, meskipun terpaksa meninggalkan Johan, lelaki yang terpenting dalam hidupnya.

Tanpa Adelia sedar, dia sebenarnya bukan hanya meninggalkan sekeping hati di Malaysia. Tanpa dia tahu, ada Suffian yang sudah menyimpan kerinduan dan perasaan terhadapnya sejak dia wujud dalam keluarga itu. Perasaan lelaki itu terhadap Adelia bertambah kuat semenjak dia mula menjauhkan diri. Suffian semakin bimbang kehilangan Adelia apabila perkahwinannya dengan Amanda semakin hampir. Bertambah gusar apabila ada insan lain yang sudah mula bertakhta dalam hati gadis yang dicintainya dalam diam itu.

Tapi Adelia masih tak mengetahui kekalutan yang berlaku di sekelilingnya, kerana baginya Melbourne ialah perkara yang paling penting dalam hidupnya. Sehinggalah demi Melbourne dia berani memilih untuk memperjudikan sebuah ikatan yang telah terpateri. 

Tapi kerana Melbourne juga, Adelia menemukan cinta sejatinya. Adakah Adelia akan bersama selama-lamanya dengan pilihan hidupnya itu? Atau akan wujudkah dugaan yang memerlukan Adelia pulang ke Melbourne selama-lamanya?

“Baby, kita kahwin? Lupakan semua yang berlaku antara kita. I janji tak kan ungkit sejarah keluarga you. I tak kisah.”

“Adelia Saffya milik aku. Tiada siapa yang mampu menyayanginya lebih daripada aku menyayanginya!”



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters