Monday, August 25, 2014

Novel buku prima bulan september 2014




Jangan lupa dapatkan novel The Lost World karya Helmi Effendy di Pesta Buku Selangor nanti, Harga pakej yang menarik bakal menanti anda di sana! Rugilah kalau anda lepaskan peluang ini.
RM 28.00
ISBN: 978-967-446-028-0
~736 hlm

Sinopsis
Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri.

Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka, pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat yang tiba untuk menyelamatkan mereka daripada kegilaan ini. Akhirnya memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup.

Di setiap inci pulau misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu? Siapa pula yang akan mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang disayangi?


Bakal menemui anda September ini, Suamiku Heroku sebuah karya terbaru Arysa Nasir. Kisah percintaan dua hati yang berbeza agama dan budaya. Pastinya menarik! 

Judul : Suamiku Heroku
Penulis Arysa Nasir
~784 hlm
ISBN: 978-967-446-029-7

Sinopsis:

Percintaan Adriana dan Navindran merentasi sempadan agama dan budaya mendapat tentangan hebat kedua-dua belah keluarga. Keluarga Adriana mementingkan status dan salasilah keturunan manakala keluarga Navin pula bimbang perbezaan itu akan menyebabkan hubungan mereka tidak mampu bertahan sepertimana peristiwa yang pernah mereka saksikan suatu waktu dahulu.

Dijangkiti HIV positif dalam sebuah tragedi, Adriana bertuah kerana cinta Navin tetap utuh.Tekad Navin memeluk agama Islam dan memperisterikan Adriana untuk menghalalkan hasratnya menjaga gadis itu sehingga hujung nyawa telah membuka lembaran sebuah rahsia kehidupan yang lama serta meleraikan misteri wasilah cinta yang mengejutkan beberapa jiwa.

Cinta adalah sesuatu yang memudahkan setiap pengakhiran. Mampukah rahsia kehidupan lama yang terbuka dan wasilah cinta yang terlerai itu menyatukan mereka berdua,lalu menjadi sebuah kisah cinta bahagia hingga ke syurga-NYA?


Apabila jejaka kaya-raya jatuh cinta kepada gadis Housekeeping? Macam pelik, tetapi itulah kebenarannya, cinta tak kenal siapa… Kisah Tengku Izzudin yang jatuh hati pada Azwa, gadis housekeeping yang ditugaskan untuk mengemas suite mewahnya.

Kisah cinta yang mencuit hati… pasti anda geli hati…Jom dapatkan novel ini di pasaran!

Tuk! Tuk! Tuk! Housekeeping!
Eina Afrina
RM 21.00
ISBN: 978-967-446-026-6
~512 hlm

Sinopsis
Bekerja sebagai housekeeping satu cabaran bagi Azwa. Tambahan pula jika dapat pelanggan yang cerewet mengalahkan anak raja seperti Tengku Izzudin. Lelaki itu tak habis-habis buat hidup Azwa hura-hara. Lepas satu, satu lagi masalah akan timbul. Memang tak ada faedah buat baik dengan manusia sebegitu. Buat sakit hati saja.

Namun begitu, entah kenapa Azwa suka benar ambil berat pasal Tengku Izzudin. Tambah kacau bila wajah Tengku Izzudin begitu mirip wajah Qallif, lelaki yang dia kenali setahun yang lalu sewaktu di Cherating. Siapa sangka pertemuan singkat itu mampu meninggalkan kesan di hati Azwa. Kadangkala rasa cinta ini memang tidak logik langsung. 

Azwa terpaksa pula berhadapan dengan Tengku Mariah yang enggan menerimanya sebagai calon isteri pilihan Tengku Izzudin. Nenek Tengku Izzudin itu sudah ada calon isteri yang sesuai untuk cucunya. Bagaimana Azwa menghadapi semua cabaran ini? Dan siapakah Tengku Izzudin sebenarnya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

Anonymous said...

Tiga2 buku tu memg best! The lost world 5 bintang. Tuk tuk tuk housekeeping 5 bintang. Heroku suamiku 4 bintang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters