Wednesday, August 20, 2014

Novel terbitan fajar pakeer september 2014





TAJUK : MENANTU PILIHAN BAPAK
PENULIS : SARNIA YAHYA
ISBN : 978-967-365-208-2

Nak kata kahwin paksa, tidak pula. Kerana dia rela bernikah dengan lelaki pilihan bapak. Seri Haji Salam tidak pandai buat keputusannya sendiri. Anak bongsulah katakan. Ikut sajalah cakap orang tua. Tak rugi mana pun. Lagi untung adalah. “Jadi, macam mana ni?” - Bapak
“Entahlah. Ikut bapaklah.” - Seri

Memang Seri anak bapak. Semua keputusan bapak yang buat. Dia tahu, bapak akan beri yang terbaik untuknya, walaupun Khalif hanya seorang drebar lori. Dia sendiri pun bukan bagus sangat, hanya seorang kerani biasa sahaja. Dan benarlah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Wajah tidak menggambarkan hati Muhammad Khalif bin Salleh. Okey, bukan khilaf, tetapi Khalif. Tak disangka yang lelaki bakal menjadi suami dan bakal menantu pilihan bapak itu punya seribu satu kisah. “Terima kasih daun keladi.” - Seri.
“Saya tak mahu daun keladi. Saya nak awak.”- Khalif.

Kan? Nak kata apa, memang begitulah sikapnya. Namun, yang paling disenangi, Khalif amat menghormati bapak kesayangannya. Kedua-duanya sekepala dan lebih kurang sengal juga. Lega hati Seri. “Awak, tinggal tinggal lima hari lagi kita nak nikah.” Memang Khalif sengaja hendak membuat dia sentiasa berdebar-debar dan tidak tentu rasa. Seri tahu lelaki itu menghitung hari bahagia. Dia? Harap-harap dia juga akan bahagia. Dia percaya yang calon bapak adalah yang terbaik untuk dirinya. Dalam gembira menanti untuk dinikahkan, pelbagai dugaan datang melanda. Begitu pun, akhirnya selamat juga mereka bernikahdan sama-sama cuba serasikan diri untuk menghadapi alam rumah tangga.


TAJUK : ISTERIKU HATI BATU
PENULIS : QHAYRA QHAYRIESA
ISBN : 978-967-365-207-5

Gara-gara kejadian kereta mereka berlanggar, Tengku Aamir Budriez dan Azreen disatukan dalam ikatan perkahwinan. Tetapi, menjadi suami kepada Azreen yang keras kepala dan berhati batu memang satu cabaran besar buat Tengku Aamir Budriez. Mana tidaknya, isterinya itu bukan saja degil, tapi juga biadab orangnya. Sekeras-keras batu, keras lagi hati batu isterinya!

Bagi Azreen pula, bersuamikan lelaki kasanova seperti Tengku Aamir Budriez memang satu malapetaka dalam hidupnya. Kerana lelaki itu, hubungan retak Azreen dan Datuk Latiff terus terbelah. Sudahlah dia dibenci kaum keluarga lelaki itu. Mustahil dia boleh menerima lelaki itu semudah yang disangka semua! 
Lelaki bangsa buaya tembaga macam dia tu bukannya boleh dipercayai. Lagipun memang patut aku bencikan dia. Kalau tak kerana dia, aku dan dia takkan ditangkap khalwat malam tu. Kami pun takkan jadi suami isteri dan hidup macam neraka seperti sekarang. Hubungan aku dan ayah pun takkan jadi seteruk sekarang. - Azreen

Tengku Suraya, cintanya kepada Tengku Aamir Budriez tiada tapi impiannya untuk mendapatkan harta bekas tunangnya itu begitu menggunung. Sakit hatinya apabila Tengku Aamir Budriez memilih Azreen sebagai isteri sedangkan dia diketepikan. Penuh dendam dia berusaha meleraikan ikatan perkahwinan yang sememangnya rapuh antara Azreen dan Tengku Aamir Budriez. Tambah-tambah Tengku Aamir Budriez dan Azreen tidak ada hubungan yang baik sepanjang bergelar suami isteri. 
Bagaimana rumah tangga mereka akan aman andai Azreen dan Tengku Aamir Budriez sering kali bertingkah? Mampukah Tengku Aamir Budriez melembutkan hati Azreen yang sekeras batu itu? Manakala Azreen sendiri, bolehkah menerima lelaki itu sebagai suaminya dan dalam masa yang sama memperbaiki hubungannya dengan Datuk Latiff? Dan, berjayakah Tengku Suraya mencapai hasratnya mendapatkan kembali Tengku Aamir Budriez?


TAJUK : ENCIK HUBBY, SAYA CINTA AWAK
PENULIS : IMAN KYUHEE
ISBN : 978-967-365-209-9

HARISA - Dia berhenti belajar atas sebab-sebab tertentu. Bukan sebab dia bodoh, tetapi disebabkan krisis wang yang sedang dihadapinya. Emaknya cuba melarang Harisa daripada berhenti belajar, namun Harisa berkeras. Harisa mahu menolong emaknya dengan membalas kembali jasa yang ditabur oleh wanita yang sudi mengambil dirinya sebagai anak angkat.

RIFKI ADZHARI - Dia lelaki kaya. Siapa yang tak kenal lelaki buaya darat seperti dia? Petik jari saja, bukan sepuluh yang datang, malah menimbun-nimbun yang datang. Dengan menggunakan wajahnya yang tampan, dia mampu mencairkan hati perempuan di mana-mana saja.

Tidak diduga, ayah Rifki Adzhari dalam diam cuba menjodohkan dia dengan Harisa, anak seorang wanita yang pernah ditolongnya. Demi membalas jasa ayah Rifki Adzhari, emak Harisa terpaksa bersetuju. Namun, mummy Rifki Adzhari pula tidak menyukai Harisa!

“Argh! Kenapalah aku kena masuk ke dalam keluarga yang aku tak pernah langsung tahu kewujudan dia?” - Harisa
“Daddy! What does all this mean? Why must I marry to this stupid woman?” - Rifki Adzhari 

Kemunculan abang Rifki Adzhari iaitu Razeeq Adzhari yang baru saja pulang dari UK membuatkan hati Rifki Adzhari kacau-bilau. Kerana abangnya itu cuba memikat hati isterinya! Rifki Adzhari keliru. Kenapa pula dia harus cemburu? Dia sudah jatuh cinta kepada isterinyakah?

“Kenapa mesti isteri aku yang kena? Apa? Kau ingat tak ada perempuan lain lagi ke kat dunia ni? Dia tu... selama-lamanya milik aku!” - Rifki Adzhari
“Aku tak peduli! Kalau kau tak nak dia, this is my chance. Aku nak pikat dia, selagi aku masih mampu!” - Razeeq Adzhari

Rifki Adzhari dalam dilema. Apakah yang patut dilakukannya? Dia jadi bingung! Tak mungkin dia hanya melihat saja isterinya diambil oleh abangnya sendiri! Apakah tindakan Rifki Adzhari seterusnya? Mahukah Harisa menerima suaminya kembali sedangkan dia tahu lelaki itu tidak mencintainya langsung? Dan Razif, kewujudannya bagai bala, tapi adakah hikmahnya?

Nampaknya ramai yang tak sabar untuk mendapatkan novel September ini. Kami mula jual novel ini di Pesta Buku Selangor 2014. Mari datang dan bertemu mesra pada 30 dan 31 Ogos ini.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters