Tuesday, August 19, 2014

Novel terbitan KN bulan september 2014



ASSALAMMUALAIKUM SEMUA!!! YANG DINANTI KINI TIBA KEPADA ANDA...PRE - ORDER SEPTEMBER 2014 KINI DIBUKA, 19 OGOS 2014 (SELASA)!! KUOTA 300 NOVEL DENGAN TANDATANGAN PENULIS KINI DIBUKA!!! PASTKAN ANDA MENYATAKAN "INGIN TANDATANGAN PENULIS" PADA PRE - ORDER ANDA. TANPANYA, KAMI MENGANGGAP BAHAWA ANDA TIDAK MAHU TANDATANGAN PENULIS. SEBARANG PERMINTAAN TIDAK AKAN DILAYAN.

CINTA TANPA NOKTAH - AISHA HAMZA
PERFECT MATCH! - WANIEY ZAKARIA
KAU PEREMPUAN ITU - SRI SARAH

--------------------------- -------------------------



CINTA TANPA NOKTAH
No. ISBN:- 978-967-0448-76-3
Jumlah muka surat:- 568


Sinopsis:-
Durrah, seorang gadis kampung membawa diri ke kota metropolitan, Kuala Lumpur setelah cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri.

Perkenalan dengan anak majikannya, Adam membuatkan Durrah terbuai dalam kisah cinta yang direka sendiri. Adam pula menyimpan satu rahsia besar yang tidak diketahui oleh ahli keluarganya. 

Mereka kemudiannya terikat dalam sebuah perkahwinan. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Adam? Dan sejauh manakah hati Durrah dapat bertahan dengan layanan dingin Adam?

“Biarpun aku selalu menjadi orang yang kedua dalam hatimu, kau tetap yang pertama dan terakhir dalam hatiku.”


PERFECT MATCH!
No. ISBN:- 978-967-0448-78-7
Jumlah muka surat:- 496

Sinopsis:-
Berkahwin dengan Harraz yang merupakan abang tiri Laila umpama maut yang datang menjelma tanpa diduga. Sudahlah malunya berbakul-bakul kena hina, sekarang kena kahwin paksa pula!

Demi maruah dan keluarga, diterima sahaja tanpa banyak bicara. Pelik juga kenapa Harraz yang membencinya sanggup menjadi suaminya?

Benarkah kerana tanggungjawab merupakan punca Harraz sanggup berkahwin dengan adik tirinya? Atau mungkin dia sudah jatuh cinta? Apakah yang bakal terjadidengan perkahwinan mereka? Dalam masa yang sama, Azmir si playboy menagih semula cinta Laila.

Adakah Laila sanggup menerima cinta Azmir setelah hatinya dirobek oleh permainan perasaan kekasih gelapnya itu? Adakah Harraz hanya mendiamkan diri sahaja? Benarkah Laila adalah jodoh terbaik yang ditetapkan oleh Allah untuknya?

“Bila abang tiri jadi suami, punah harapan nak dapat lelaki pilihan hati….”


KAU PEREMPUAN ITU
No. ISBN:- 978-967-0448-77-0
Jumlah muka surat:- 1,024


Sinopsis:-
Mengenali Arif Shah membuatkan hati Sarah kembali berdebar kencang selepas putus cinta dengan Ikram. Tatkala hati mula terpaut dengan kehadiran lelaki itu, hati Sarah kembali sakit apabila mendapat berita bahawa Arif Shah akan bertunang dengan Marliana.

Atas nasihat Tuan Ramlee dan Encik Sulaiman, Sarah berkahwin dengan Ari Aqashah, seorang lelaki yang sombong, bongkak dan ego. Tanpa diduga, selepas perkahwinan Sarah dengan Ari Aqashah, keluarga Sarah meninggalkannya dalam keadaan sangat menyedihkan. Dibenci suami dan ahli keluarga sendiri menjadikan Sarah keseorangan. Tidak pasti dengan perasaan sendiri dan pesanan-pesanan Arwah Encik Sulaiman menjadikan Sarah keliru apa yang harus dia lakukan.

Kehadiran Haikal mengelirukan Sarah. Siapa sebenarnya Haikal? Apakah sebenarnya hubungan Haikal
dengan Sarah? Kesabaran hati seorang isteri sekali lagi diduga dengan kehadiran Tasha yang mahu menuntut cinta Ari Aqashah. Adakah masih ada ruang kemaafan dalam hati Ari Aqashah untuk bekas teman wanitanya?

Adakah sikap keras Ari Aqashah akan dibalas dengan sikap keras kepala Sarah atau sebaliknya? Bagaimanakah Sarah menangani masalah rumah tangga yang tidak habis - habis menguji kesabarannya?

“Aku sedar aku bukan pilihan hatimu tetapi, aku yakin dengan jalan cerita yang Allah aturkan untuk aku.”



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters