Friday, August 29, 2014

Novel terbitan October bulan september 2014





Tajuk: DIA... ISTERI AKU RUPANYA
Karya: Hash Auliaa
ISBN: 978-967-0707-19-8

Sepatutnya kami berkahwin dengan gelaran kahwin paksa, tapi akhirnya… aku putuskan untuk kahwin rela dengan dia!

Beria-ia aku menangis, menjerit, melalak dan berdoa tak nak kahwin dengan pilihan emak. Tup-tup, mama kepada lelaki itu menghubungi emak aku. Katanya, rancangan perkahwinan terpaksa dibatalkan tanpa disertakan sebab. Fuh, lega aku!

Namun siapa sangka, majlis perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku juga dan kini bukan atas keterpaksaan tapi atas kerelaan aku sendiri. Persoalannya kini, adakah aku bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang bersama dengan si dia yang tidak mengenali aku malah mencurigai niat sebenar aku kerana menerimanya sebagai suami?

“Berapa mama bayar kau?”
“Dua juta. Puas hati?”

Aku menyayangi Adi Firkash sepertimana aku seharusnya menjaga suami aku sendiri walaupun apa pun kekurangannya. Sehinggalah dia jatuh cinta dengan aku dan begitu juga aku mencintainya. Namun belum sempat aku meluahkan perasaan sebenar itu, dugaan datang sehingga menyebabkan aku berundur diri.

Dan bila tiba-tiba takdir menemukan semula aku dengan dia, adakah dia akan mengenali aku meskipun aku menidakkannya?

“Syifa Imani binti Dollah. Awak... isteri saya kan?”
“Encik salah orang. Saya bukan isteri encik. Saya belum kahwin.”

Airil Izwan datang setelah bertahun-tahun aku fikirkan dia telah pergi dan tak akan memelukku seperti zaman kanak-kanak kami dahulu. Kini… benarkah dia yang muncul di hadapanku dan mampu aku katakan betapa aku merinduinya? Lantas… adakah Adi Firkash boleh menolak rasa cemburu dek kehadiran lelaki itu sedangkan aku sendiri tak tahu kedudukan sebenar aku dalam hatinya?

“And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan jantan lain depan mata dia sendiri? Tell me!”


Tajuk: RINDU BERTAUT KASIH
Karya: Azieana
ISBN: 978-967-0707-18-1

“Satu perkara yang paling mustahil dalam hidup aku ialah jika ditakdirkan suatu hari nanti aku jatuh cinta pada kau!”

Hafiz dan Sarah bukan nama yang sesuai untuk disatukan di dalam sekeping kad jemputan perkahwinan, tapi itulah yang berlaku apabila kedua-duanya sepakat untuk berkahwin.

Dek sejarah dirinya yang lalu, Sarah memilih untuk mengikut saja segala takdir yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memilih Hafiz asalkan janji yang sudah diikat bersama akan dapat dimilikinya suatu hari nanti.

Hafiz pula merasakan yang Sarah hanya layak dihina dan dijadikan sandaran untuknya mendapatkan kekayaan yang selama ini diidam-idamkannya. Tapi benarkah itu yang difikirkan oleh jejaka itu, atau… ia hanya sekadar helah bagi menutup perasaan sebenarnya selama ini?

“Ya... Sepuluh tahun cukup merubah apa saja tapi perasaan Abang Adam pada Sarah tak akan berubah biar pun masa terus berlalu.”

Abang Adam... Sudah lama nama itu tidak meniti di bibir Sarah. Dek kata-kata ugutan daripada Hafiz menyebabkan Sarah pernah melepaskan lelaki itu pergi dari hidupnya. Tapi mana mungkin rasa yang pernah dikongsi bersama itu hilang begitu saja?

Saat Hafiz mula menerima dan menganggap Sarah sebagai seorang insan yang istimewa dalam hatinya, datang pula Carolina, menagih kasih. Tapi haruskah dia mengikut kata hawa nafsu padahal hatinya sudah melekat dengan nama gadis bernama Sarah, isterinya sendiri? Dan saat rasa cinta itu pasti, Sarah kembali menuntut janjinya yang telah dimeterai… Adakah Hafiz akan menunaikannya?

“Abang Hafiz lupa apa yang telah kita persetujui? Abang Hafiz akan ceraikan Sarah tanpa menyentuh Sarah dan sebagai balasannya Sarah akan menyerahkan semua hak Sarah kepada Abang Hafiz... Abang Hafiz dah lupa?”




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

2 comments:

yaya_flanella said...

Baca sinopsis pun dah best. hee *done follow. keep in touch :)

Tinta cinta said...

thanks :) and done following u 2... :)
if ada free time, dtglah singgah... k?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters