Thursday, September 4, 2014

Novel terbitan alaf21 bulan oktober 2014





Tajuk: Awak Pengantin Saya!
Penulis: Ainul Hazrah
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Manja, sengal, tidak tahu membuat kerja rumah dan suka menyuruh orang mendenda diri sendiri, itulah Nurul. Jangankan hendak buat kerja, makan pun kadang-kadang masih bersuap! 

Bagi mengelak dikecewakan oleh Fadzley, Nurul telah telah dipaksa bernikah dengan Fandi yang digelarnya ‘Keropok masuk angin’. Penampilan Fandi memang selebet, tetapi ada sesuatu yang menarik cuba disembunyikan.

Bila Nurul cuba membuat kerja, banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Gosok baju, baju boleh terbakar. Bila memasak, terpercik minyak. Bahkan menjerang air pun sampai penuh satu cerek.

Nurul yang malas bangun pagi begitu menguji kesabaran Fandi. Namun, dia terpaksa hadapi kerana berpegang pada amanah.



Tajuk: Sayangku Cik Tiramisu
Penulis: Herna Diana
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
19 tahun. Itu tempoh yang diberikan Faiz kepada Intan untuk mereka bertemu semula. Takdir ALLAH, Intan dan Faiz bersua kembali sebelum waktu yang dijanjikan. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Pertemuan pertama, mereka saling berebut dan berbohong untuk memiliki kek tiramisu! Sejak itu, entah kenapa makin terjadi-jadi pula pertemuan mereka. Ada sahaja insiden yang membawa pertengkaran.

Cukup 19 tahun waktu yang dijanjikan, masing-masing terkedu saat bertemu pandang. Dalam masih kebingungan, Faiz buat perangai gila. Waktu itu juga diluahkan lamarannya. Mahu tidak sewel sekejap otak Intan dibuatnya? 

Sejak pertemuan itu, makin kerap Faiz memburu Intan. Balik-balik, Faiz ajak kahwin. Rimas pula Intan jadinya. Tapi kata bijak pandai, usaha tangga kejayaan. Akhirnya Intan menerima lamaran Faiz. 

Masuk ke dalam keluarga mertua, dunia Intan tidak seindah dijangka. Jika ibu mertuanya bersikap A, ayah mertuanya pula berperangai B. Bertambah parah dengan si adik ipar yang berkelakuan C. Naik pening Intan jadinya.


Tajuk: Bukan Salah Cinta
Penulis: Liza Zahira
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Megdelina, gadis manis yang jadi perhatian. Memang ramai lelaki yang cuba mengusiknya tapi dia tidak peduli. Cuma usikan Yusoffe dia rasa lain macam. Ini bukan kes mengusik tetapi kes menyakitkan hati. Jenis mulut longkang! Megdelina tidak akan jatuh hati pada orang begini. Dia hanya mengharapkan lelaki yang berbudi dan berhemah tinggi.

Namun Yusoffe ingin melamarnya. Permintaan itu terlalu berat! MenerimaYusoffe bererti dia mengecewakan Emmareeza, adiknya yang menaruh kasih pada lelaki itu. Sama ada dia pasrah atau tidak, pasti ada hati yang akan terluka.

Pada masa yang sama, Chef Syafil turut menaruh perasaan terhadapnya. Namun, dia menganggap lelaki itu sebagai sahabat dan jiran yang paling baik.


Tajuk: Rengsa
Penulis: Zharulnizam Shah Z.A
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Malam itu, guruh menabuh langit bertalu-talu. Petir sabung-menyabung membelah sepi. Tiba-tiba lampu di rumah itu terpadam. Kedengaran suara mengeras. Suara lelaki dan perempuan yang menahan rengsa. Bulu roma Budin meremang. Seperti ada ‘benda asing’ di belakangnya. Dia meraba-raba mencari ayah dan ibunya. Dia terkejut ketika kilat memancar selepas guruh berdentum menampakkan ayahnya mengerekot seperti huruf ‘wau’ dan ibunya terbaring memegang dada dan tidak bergerak. Darah mengalir merah likat dan melekit. Sungguh mengerikan! 

Sejak itu seorang lelaki berjubah putih dengan tangan memegang tasbih muncul dalam hidup Budin. Satu lagi misteri yang mesti dirahsiakan. Dia tahu siapa yang membunuh ibu ayahnya. Kematian itu dek permainan sihir yang sadis. Tapi mampukah dia membalas dendam sedangkan dia masih mentah dan ‘kurang cerdik.’ 

Budin Si Torek sebenarnya bukan lemah! Dia juga tidak bodoh. ALLAH berikannya kelebihan yang luar biasa. Cuma dia menunggu masa untuk bertindak. Mati lawannya mati! 





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

2 comments:

Nur Farahuda said...

wahhh ada novel herna dianaaaaa. yes. Insyallah akan beli, hehe =D

Chien si puteri said...

hehe... siok sinopisnya kan? aku pun kan beli.. coming soon :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...