Thursday, September 4, 2014

Sedih dan menangis




Hari ni entah kenapa moody semacam je. Nak nangis tapi air mata tak keluar... Macam nak curhat je disini untuk lepaskan geram+ marah. Nak tahu siapa yang aku marahkan... tunggulah siapa orangnya:)  

Al kisahnya macam ni...

Hari ni aku ada extra class di sekolah, belajar maths. Hari ni jua aku dan kawan2 marks short test kami yg lepas. Cg kami bagi kami random maksudnya kami marks kertas kawan kita. Lepas tu aku dpt tahu aku fail. Dapat 48% over 100%. Ok, yang ni memang tak adalah sedih sangat sebab short test je. Bila ujian sebenarnya aku kan banar2kannya. Lepas tu cg kami cakap sesiapa yang fail 50% below tolong berdiri and teacher bagi denda. Cg suruh kami keluarkan tangan and tutup semua jari (macam orang makan guna jari K?). Cg guna calculator untuk denda kami ( faham2 je.. sendiri boleh imanginekan?).  Walaupun nampak tak sakit tapi aku yg takut sangat. Why? kenapa pulak kan? tak ada angin tak ada ribut.. tiba2 jekan? 

Inilah sebabnya aku FOBIA dengan kesakitan. aku takut sakit (bukan sakit hati yeeaa~ jangan salah faham!) tapi sakit kulit, sakit badan, sakit kaki dan segala yang berkaitan dgn badanlah. Itulah aku tak benarkan sesiapa pun untuk sentuh badan ku termasuk kawan2 ku sendiri. Masa sekolah rendah, aku pun tak berasa aktif dalam bidang sukan. Aku hanya akan bermain bila permainan tu tak buat aku sakit.(Maksud sakit disini cth; jatuh ke, tergolek ke, cedera ke... )

Masa dulu sehingga sekarang aku hanya stay dalam rumah je, aku jarang bermain diluar rumah hanya mengadap novel, buku, komputer , buat kerja dirumah. My parent tak benarkan kami adik-beradik keluar sebabnya mereka balik lewat malam dan hanya kakakku yg menjaga kami dari kecil sampai sekarang. Sekarang,inda lagi sebabnya kami adik beradik bagi extra class dan activiti sekolah. So aku tak pernah sakit and berpeluh.  Tapi sejak masuk sekolah menengah, bila bersukan je...aku mudah berpeluh dan letih seluruh badan. Rasa semua tenaga ditarik keluar dari badan. 




Balik cerita dalam kelas tadi. Bila kena denda. Ok, bila ku hulur tangan tadi, rasa tak nak je kena denda. Yalah kan.. ada ke org yg suka denda. Mun ada, sila angkat kaki. Opss, bukan... angkat tangan. Ok, lepas denda tu dah siap, aku check balik kertas ku tadi. Nampak macam ada satu soalan adikku inda marks. (Lupa ku nak bagitahu, kertas ku dimarks ok adik ku). Aku tanya partner ku hari ni, Lina. Aku tanya apa jawapan utk soalan tu. Hmmm, sama je jawapannya dengan aku! Tak salah pun. Aku tanya kawan ku dibelakang duduk ku. Sama jua. rupanya jawapan ku betul je. Aku tanya adik ku kenapa dia tak marks. Mahu tahu apa dia cakap. " aku fikir atu workingnya.. tak nampak jawapannya.

"Otak kepala kau atu workingnya.. mestilah working ku panjang menjela.. aku guna step by step... bukan macam kau , terus guna short cut je." Sebenarnya perkara ni yg ku nak serbur ke muka dia tapi memandangkan kami masih didalam kelas, aku pendam je dalam hati (ini tah jadinya bila ikut perasaan je, memang tak toleh ke belakang, depan sekalipun) Semasa dalam kelas, rasa nak nangis je. Sebabnya aku dpt just pass jua. Inda jua fail. Lepas tu dalam otak fikiran ku ckp 'gara2 dia aku dpt denda.' dan macam2 perkara negative yg ku ckpkan. 

Jahat lagi kejam aku ni? cakap macam tu pulak arah adik sendiri. Tak apa, 1 - 1. So draw. Itulah lain kali jangan sesekali nak buat aku marah dan dingin semacam. Sampai balik kerumah dalam diam2 ku menangis  termasuk aku tak cakap sepatah perkataan pun dgn dia. Dingin lagi beku...Tapi sebenarnya dah sejuk dah rasa hati. Baru sekarang ku cakap dengan dia. Pukul 3.26ptg. 




Sebenarnya sampai je dirumah, baru sedar muka ku dan bawah mata ku merah patut tah kawan-kawanku tahu aku menangis. TQ azie kerana sudi dengar apa yg ku cakap tadi.. :) tq always there bila ku sedih macam tadi...  
Bersihkan kemarahan dan terasa hati dengan memaafkan salah dan silap orang lain terhadap kita pada malam ini. InsyaAllah tidur makin lena dan esok hati makin lega 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters