Thursday, September 18, 2014

Novel terbitan lovenovel bulan september 2014



KITA PERNAH MENYULAM KASIH BERSAMA,KENAPA TIDAK UNTUK KALI INI?


LOKET ZINNIA OLEH AYUMI SYAFIQAH
ISBN: 978-967-11741-4-2
JUMLAH MUKA SURAT : 565

BLURP:
Dua tahun menyulam cinta bersama Hayyan Rizqi, Zenia cukup bahagia. Apatah lagi apabila buah hati sering ada menemani sepanjang bergelar mahasiswa. Segala kekurangan Zenia diterima Hayyan seikhlas hati. Kasih sayang Hayyan terus mengikat hati Zenia untuk terus jatuh cinta. Janji untuk hidup bersama selepas tamat pengajian dilakar indah berdua, semakin utuh dari hari ke hari.

“I’m gonna be your husband someday, so don’t forget to put my name on the list. Okay?” – Hayyan.

Namun, cinta yang disangkakan akan berakhir bahagia, terputus di tengah jalan apabila Azfar muncul dalam hidup Zenia. Pesona Azfar membuatkan hati Zenia tersasar jauh. Bicara dan janji manis lelaki itu menjadikan Zenia lupa siapa yang selama ini menghuni hatinya. Lalu, Hayyan dicurangi dengan tegar. Dia leka dengan cinta yang ditabur Azfar sehingga sanggup menduakan Hayyan yang setia.

“Saya janji saya takkan sia-siakan awak. Saya boleh bagi lebih daripada apa yang Hayyan pernah bagi pada awak. Percayalah, sayang.” - Azfar
Pada ketika seluruh jiwa dan raga diserahkan kepada lelaki itu, Zenia ditinggalkan bagaikan sampah. Zenia merayu, tetapi Azfar tetap melangkah pergi. Zenia hilang punca. Ingin dipohon kemaafan Hayyan, dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu lagi. Ingin pulang ke pangkuan keluarga, terasa maruahnya hancur dengan cemuhan yang tiada henti. Lantas, ke mana lagi harus dibawa diri yang bagai sudah tiada harganya lagi?

Bersama Adam, Zenia belajar membina kehidupannya semula, jauh daripada segala-galanya... sehinggalah takdir membawa Hayyan dalam hidupnya buat kali kedua
.
“Selepas apa yang terjadi, kenapa dia juga yang awak pilih?” – Hayyan.
“Sebab saya tak mampu nak pilih awak, Hayyan...” – Zenia.

Janji yang pernah terlakar, masihkah ada ruang untuk memulakannya sekali lagi?


Tanpamu disisi,Aku akan selalu menanti

BERTAUT KASIH OLEH ZARA LILY
JUMLAH MUKA SURAT : 746

BLURB:

DHIEYA ARISHA… Gadis yang hampir tercampak ke dalam neraka ciptaan manusia berhati binatang. Namun qada' dan qadar Tuhan, dia diselamatkan oleh seseorang. Namun tidak semudah itu perjalanan sebuah kehidupan. Setiap pertolongan mengharapkan sebuah pembalasan. Tidak mudah lelaki itu untuk melepaskannya. Tetapi itu bukan sebab utama. Ada sesuatu yang istimewa menggugat naluri hati lelaki itu menyebabkan dia nekad. Kerana budi yang ditabur lelaki itu, maruah dirinya masih terpelihara. Tiada pilihan namun dia akur andai itu ketentuan Ilahi. 

“Dhieya tak kisah macam mana abang nak buktikan cinta dan kasih sayang abang pada Dhieya. Sebab... kasih Firdaus dan Dhieya sudah lama bertaut di dalam hati ni… Hati kita… Firdaus... dan Dhieya...” - Dhieya

SYED FIRDAUS HAKIMI… Lelaki yang keliru dengan perasaan sendiri. Pada pandang pertama, hatinya tercuit namun ego seorang lelaki mengatasi segala-galanya. Dhieya Arisha diikat hanya demi kepentingan diri dan nama. Namun keperibadian Dhieya Arisha telah mengikat hati Syed Firdaus Hakimi untuk terus mendekati gadis itu. Setiap jalan menuju kebahagiaan pasti akan ada jalan yang berliku.

“Lelaki ini tetap setia menunggu suri hatinya, meredai isteri kesayangannya dan ingin dia mengetahui yang dia tidak keseorangan, masih ada seorang lelaki ini yang menantinya. Biar berjuta yang menghalang, biar beribu yang menduga tetap takkan merubah hati dan perasaan abang, selamanya jika diizinkan Tuhan.” - Firdaus

Bagaimanakah Dhieya Arisha menghadapi sikap Puan Sri Sh. Faridah yang terlalu mementingkan darjat dan harta? Bagaimanakah pula kehadiran Karinna yang menagih janji daripada Syed Firdaus Hakimi? Bagaimana pula dengan Sh. Emilina, sepupu Syed Firdaus Hakimi yang sudah lama mencintai lelaki itu dan juga merupakan calon pilihan ibu Syed Firdaus Hakimi?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

5 comments:

Scha Nazri said...

Menarik jugak ni.

Syahir Basharuddin said...

salam, done following..jemput jenguk ke http://syahirbasharuddin.blogspot.com/ :)

radin siti aisyah said...

menarik...:D

hai anda telah ditag liebster award..

http://ummiammararif.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

ilot said...

nak beli nak beli!


thanks tinggalkan url awak kat status saya di Kelab Blogger Abg Ben
http://ilotnaim.blogspot.com

aqila ramlee said...

wahhhh bestnyer awk create sendri ni. boleh jd novelis ni. gud job dear. btw anda dilistkan dlm liebster awrad. meh klik link ni http://qelaramlee.blogspot.com/2014/09/name-listed.html. ok tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...