Monday, September 22, 2014

Novel terbitan pink diksi bulan ogos 2014 | limited edition



Andai ini jalan ceritaku, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dgn Mister Gardeniaku, imam dunia dan akhiratku. *

SINOPSIS
 Dia hanyalah seorang gadis desa yang membesar dan dididik sebagai gadis ketimuran oleh atuknya. Tapi perjalanannya tak semudah yang diharapkan apatah lagi bila sesuatu yang amat berharga miliknya diragut oleh orang yang tak berprikemanusiaan. Siapa? Bersama bukti yang dia ada, NurMaisarah Alisa membawa kakinya melangkah memasuki banglo milik keluarga Pakcik Akram kerana dia tahu ‘lelaki’ itu ada didalam keluarga itu. Tapi tak semudah itu apatah lagi dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam penghuni dibanglo tersebut, ditambah pula dengan gelaran isteri muda yang terpaksa disandang sebelum melangkah masuk ke dalam banglo itu.

“Rilekslah, apa nak cuak? Syaz tak marah pun. Memang macam ni gaya kita orang satu keluarga lagi-lagi sejak mama dengan Maya join family ni. Meriah macam hari-hari nak sambut hari raya.”- Khairul Syazlan

“Naaaa.. you must be kidding kan, pa? Papa nak Raff bawak dia keluar kat KL ni? Perempuan kampung ni? Mengarut.”-Raffael Akma

“No way.. budak kampung ni nak masuk kolej Maya? Pa, are you mad? No.. just put her at other place. Banyak lagi U and kolej kat dalam Malaysia ni. Oohh my God..”-Nur Maryana

“Bangunlah Lis. Jangan biarkan orang keliling kau, jatuhkan kau. Ingat Lis, kita tahu siapa diri kita yang sebenar. Bukan mereka. Mereka cuma tahu berkata bila ada yang tak kena. Hakikatnya, mereka tak rasa apa yang kita tanggung. Apa yang dah jadi, tak boleh diubah.”-Nur Arisya Akma

Bersama dendam, dalam diam dia terus mencari si pemusnah masa depannya namun setelah apa yang dicari ditemui, dia mula menyesali tindakannya.

“Maaf ya, NurMaisarah Alisa. Walaupun kita kahwin sebab aku nak jaga maruah kau, tapi aku tak ada niat nak kahwin lain apatah lagi bercerai-berai. Kalau kau nak kita kahwin lepas tu buat macam tak ada apa-apa, mimpi ajelah. So, sila jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Aku tak kahwin dengan kau untuk dapatkan tittle suami je.”

Je T'aime Monsieur Gardenia merungkai perjalanan seorang gadis yang penuh dugaan.

~~~~~~~~~~~~~~~

“Gardenias means admire and secret lover. Kau tahu kenapa Raff suka bunga ni? Sebab bunga ni ibarat dirinya. Dia seorang pencinta dalam diam. Dia mencintai seseorang dalam senyap. Dia mencintai kau, Nur Maisarah Alisa. Dengar tak? Raffael Akma cintakan kau. Dia bukan tak nak luahkan sendiri pada kau, tapi dia takut kau tak percaya sebab kau selalu meragui kata-katanya. Jadi, dia minta aku jadi orang tengah. Aku nak tengok kau dan abang aku bahagia, Lis. Abang aku dah banyak menderita. Selama ini dunia dia hanya ada dia dan aku. Macam mana dia sayangkan aku, adik dia ni, aku tahu dia lebih sayangkan kau, isterinya. Percaya pada dia, Lis. Dia juga manusia yang ingin rasa disayangi tanpa sebarang keraguan. Kalau kau tahu isi hati dia, kau takkan teragak-agak untuk balas cinta dia.” – Isya

“To be frank, I’m not a sweet talker neither the right person to talk about love. But deep inside, kau patut tahu hanya ada nama kau yang tertulis di hati aku. Setiap degupan jantung aku, aku hanya mahu kau di sisi aku, bersama aku tak kira masa. No matter what or who, Mohd Raffael Akma will always love his wife, Nur Maisarah Alisa” – Raff

***
Mendirikan rumah tangga dalam usia yang masih muda bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh Nur Maisarah Alisa. Tambahan pula pada awalnya dia tidak begitu menyenangi sang suami yang pada pandangan matanya sangat sombong dan suka menyakitkan hatinya. Namun dalam rela terpaksa, dia meneruskan juga perkahwinan itu kerana mahu membongkar suatu rahsia yang hanya orang-orang di sekelilingnya sahaja yang tahu. Apakah rahsia itu? Bagaimana pula penerimaan Mai atau Lis setelah mengetahui rahsia itu? Bagaimana pulak hubungannya dengan sang suami? Adakah bahagia atau sebaliknya….


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

addin NA diena said...

mana nak dptkan novel ni ye? tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters