Wednesday, October 1, 2014

Novel terbitan karyaseni bulan oktober 2014




Tajuk: Kau Pergi Jua
Penulis: Hessa Widad
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-82-6

Cinta pertama Zuleesha Izara, si budak kecik yang disenangi ramai itu ialah Akil Aiman. Meski cinta mereka tidak pernah diungkapkan oleh bibir, cinta itu wujud bersama detak jantung mereka berdua.

Akil Aiman tidak menyangka bahawa si penulis Blog “Jiwa Esha” yang sekian lama diikutinya itu ialah si polos Zuleesha. Gadis itu benar-benar telah mengubah pandangan hidupnya ke arah yang lebih baik.

“Saya mulai ada rasa sayang pada Lesha. Lesha berikan saya satu semangat baru. Kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan. Saya tahu buat masa sekarang ni hati Lesha tak mampu menerima mana-mana lelaki lagi. Lesha ingin fokus pada pelajaran. Percayalah, saya akan tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan rasa hati saya pada Lesha.” – Akil Aiman

Tetapi, Akil hanya berdiam diri setelah menyambung master di Australia. Zuleesha khuatir bertepuk sebelah tangan, mungkin Akil sayang kepadanya tidak lebih sayang seorang abang terhadap adik.

Jadi, keputusan diambil dan… “Abah, acik fikir kalau ada orang masuk meminang dalam masa terdekat ni dan abah rasa orang tu sesuai, abah terima ajelah.”

Qada dan qadar tertulis, mualaf Kevin Yeong@ Amirul, abang angkat Zuleesha meminangnya. Zuleesha dengan reda menerimanya dan berusaha untuk menyerahkan sepenuh hatinya terhadap Amirul.

“Lengkapkan diri jadi isteri abang yang soleh, ya. Abang cintakan Zuleesha Izara ketat-ketat.”

“Saya tahu...”

“Betul, Izara. Abang sangat, sangat, sangat sayangkan Izara.”

“Saya tahu.”

Atas kehebatan cintanya, Amirul telah berjaya memenangi hati Zuleesha. Kini memang dia akui dia cintakan Amirul walau saat terdengar nama Akil, jantungnya masih berdegup kencang.

Suatu insiden tidak terduga berlaku pada hari perkahwinannya, Amirul kemalangan dan pergi dari hidup Zuleesha buat selama-lamanya. Kehilangan Amirul buat Zuleesha pasrah dan sendiri.

Setelah dua tahun berlalu, muncul Akil dalam hidupnya membawa sebuah mesej cinta. Apakah setia Zuleesha masih pada Amirul saat cinta pertamanya kembali mengetuk hati?

~~~~~~~


Tajuk: Aku, Dia Dan Stiletto
Penulis: Sri Sarah
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-83-3

Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje.


“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF

“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA

Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.

“Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?” - AULIA

“Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly.” - ASHRAFF

“Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?” - AULIA

“Oh, Aulia… Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I.” - ASHRAFF

“Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna.” - AULIA

“Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah.
Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you.” - ASHRAFF

Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?

“Kau nak bermadu dengan aku?” - HELINNA

“Kau sanggup? ” - AULIA

“Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau.” - HELINNA

Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan… Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.

Apa hala tuju hubungannya dan Ashraff selepas Helinna mengetahui hal yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan cinta yang baru hadir buat suaminya?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters