Friday, November 28, 2014

Novel terbitan Buku prima bulan januari 2015





Tajuk: ‘EX’ AKU GILA!
Penulis: Liza Nur
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:
Sufiyyah dan Hashir adalah bekas kekasih yang masih menyimpan dendam. Setelah tiga tahun memegang status single, Sufiyyah menerima kehadiran Izam. Hashir pula sudah tidak mahu bercinta dan berkahwin selepas paranoid dengan Sufiyyah.



Apabila disuruh bernikah dengan Natalia, Hashir dengan spontan mengatakan tidak. Walaupun Hashir mencanang benci tetapi dia masih memerlukan Sufiyyah untuk meyakinkan Datin Amira yang Natalia bukan yang terbaik. Sufiyyah rela dalam terpaksa. Mahu atau tidak, dia digesa berlakon sebagai kekasih Hashir untuk membohongi keluarga lelaki itu.

Dalam masa yang sama, Hashir cuba merosakkan hubungan Sufiyyah dan Izam kerana dengki.

Satu demi satu idea jahatnya dilaksanakan untuk merosakkan hubungan Sufi dan Izam.

Apakah yang akan berlaku selepas itu? Mampukah Sufiyyah terus mengikut kehendak lelaki itu? Siapa pula yang akan meraih bahagia?

“Boleh tak kau berhenti salahkan aku pasal apa yang jadi dulu! Benda tu dah lepas, Hash. Dah tiga tahun. Bohong sangat kalau lelaki yang perasan bagus macam kau tak boleh lupakan hal kita dulu.”-SUFI

“Dengar, Sufi. Zam janji, walau apa pun keadaan Sufi, Zam akan terima Sufi seadanya. Zam takkan sekali-kali melukakan Sufi macam bekas teman-teman lelaki Sufi sebelum ni. Zam tahu Sufi ada sejarah silam. Zam pun ada sejarah Zam. Kita sama-sama lupakan dan mulakan hidup baru ya.”- IZAM

“Kau terlalu buta untuk faham cinta aku, Sufi. Too bad, sekarang aku dah tak cintakan kau lagi macam dulu. Mungkin sekarang kau boleh bezakan bila aku cinta dan bila aku benci.”- HASHIR


Tajuk: BUKAN MENANTU PILIHAN
Penulis: Aira Aliff
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:
Kata orang dari mata turun ke hati. Tak kenal maka tak cinta. Seperti juga hubungan antara Leya dan Darius. Mereka saling tidak mengenali tapi terikat dengan perkahwinan.

Bagi Leya, Darius itu lelaki istimewa. Dahan yang ALLAH berikan untuk menjadi tempat dia berpaut. Bagi Darius pula, Leya itu hadiah yang ALLAH berikan untuk dia hargai dan lindungi. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Sangka Leya, bila segalanya selesai dia boleh terus melangkah tanpa menoleh lagi tapi ternyata hakikatnya tidak semudah menyusun ABC.

Bila hati masing-masing diketuk rasa aneh, mampukah untuk mereka menidakkan rasa yang semakin bercambah? Salahkah untuk mereka saling jatuh cinta? Takdir menyatukan mereka tapi kenapa takdir juga bagai tidak merestuinya. Lalu apakah dengan hanya perpisahan segalanya akan kembali seperti asal?

Andai ini yang telah tersurat dalam catatan takdir-NYA, dia pasrah. Cinta ini akan terus bernafas selagi denyut nadinya masih berdenyut dan akan dibawa rasa kasih ini hingga nafas terakhirnya terhenti.

Saat aku hilang tempat berpaut, ALLAH hadirkan dia untuk aku. – LEYA

Awak adalah hadiah yang diberikan ALLAH untuk saya. – DARIUS

Jangan sesekali kamu jatuh cinta pada dia. – DATIN AIDA

Mungkin ini balasan untuk kami kerana mengkhianati kau. – ERINA


Tajuk: MEREMANG
Penulis: Ninie Othman.
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:
Kematian tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan satu titik hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Mohd Azriq, Zamia Izaiqa sering diganggu dengan kejadian-kejadian pelik. Sentiasa menghantui alam lena dan jaganya. Dia bertindak melarikan diri ke banglo biru yang terletak jauh di Terengganu untuk menenangkan perasaannya yang terseksa. Banglo biru memberikannya ketenangan yang dicari-cari dan memulihkan semangat yang semakin pergi dari hidupnya. Kehadiran Mak Tam menambahkan perasaan bahagia selama dia berada di situ. Namun di sebalik kebahagiaan itu, terselit sejuta rahsia dan mula terbongkar satu demi satu.

“Ibu takkan benarkan Mia balik sana, Danny. Banglo tu tak elok!” ~ PUAN HATILA

“Azriq cakap dia diganggu sebab kotorkan pokok besar kat belakang rumah tu. Lepas tu dia ada cadang kat tunang dia supaya tebang pokok tu.” ~ FAKHRUL

“Hampir semua orang kampung pernah nampak, dengar dan kena kacau dengan iblis-iblis kat banglo tu.” ~ IMRIZ

“Keturunan kau tu milik aku! Kau tahu tak? Aku akan rampas anak yang ada kat dalam perut kau tu!” 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters