Wednesday, August 6, 2014

Novel terbitan Penulisan2u bulan ogos 2014




Tajuk: Seteguh Fayqa
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-35-8

FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri.

Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang- pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.

“Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF 

“Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA

Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.

“Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya 
nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA

“Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF

Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran.

Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan? 


Tajuk: Benci Amat, Sayang Sangat! 
Penulis: Ezza Mysara
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-36-5
Harga: RM24(Semenanjung) // RM27(Sabah & Sarawak)

Hidup Amna Safiya berubah tatkala seorang lelaki yang membantunya ketika keretanya rosak di tepi jalan tiba-tiba menghantar rombongan meminang dirinya di tempat kerja. Erk? Di pejabat, okey! Apa, dia ingat bos boleh jadi wali ke?

“Kenapa awak masuk meminang saya di ofis? Apa, awak dah terdesak sangat nak berbini ke atau saya ni terlalu cun hingga menarik perhatian awak?”- AMNA SAFIYA

“Saya masuk meminang awak sebab saya kesian... Dalam hati saya terfikir... Siapalah yang nakkan perempuan yang pemarah, selekeh dan tak cantik macam awak ni?” - REDZA KHUSYAIRI.

Dalam pada masa yang sama, seorang jejaka turut memuja Amna dalam diam. Dia yang trauma kerana pernah ditolak dulu berharap agar Amna akan memahami lenggok bahasa jiwanya.

“Pernah tak awak terfikir, apa yang saya lakukan itu cinta? Pernah tak awak sedari, setiap bicara saya itu bernada rindu?”- AMIRUL AHFAN.

Kisah hidup Amna semakin kronik apabila munculnya Dayang, bekas tunang Redza bersama satu konspirasi.

“Redza paling benci kalau perempuan tu tak sopan. Tak senonoh! Jadi kau kena berlakon menjadi perempuan tak senonoh di hadapan Redza untuk membuatkan Redza bencikan kau... Lepas tu Redza akan kembali ke pangkuan aku!” - DAYANG

Bermula dari itu, bermacam-macam strategi yang Amna jalankan untuk 
membuatkan Redza mengalah mendapatkan dirinya dan dalam masa yang sama, dia cuba mengumpan hati Amirul Ahfan. Tapi lain yang dirancang, lain yang jadi. Mengada-ada Si Redza makin menjadi-jadi!

Sampai satu tahap, perasaan Redza sendiri gawat, hati dah mula sarat. Jiwa pula berkarat menghadap kerenah Amna. Tapi dia tidak boleh mengaku kalah.

“Bila awak nak putus asa?” - AMNA SAFIYA.

“Nama awak dah jadi nada dalam denyut nadi saya... Lagipun cinta saya tak ada reverse gear!” - REDZA KHUSYAIRI.

Orang dulu-dulu cakap, jangan benci seseorang amat sangat! Nanti terjatuh sayang. Jangan pula sayang seseorang amat sangat! Nanti terjatuh benci. Tapi... relevan lagi ke slogan kata orang dulu-dulu pada zaman dawai besi ni?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters