Saturday, November 8, 2014

Novel terbitan karystos creative bulan April 2014



Selumbar Kasih Bertunjang Hempedu ~ Nurharyati Ishak

Aku tak pasti milik siapakah hatiku ini….kalian bertiga adalah sebahagian dari hidupku. Aku tak tega untuk menghampakan kalian. Sungguh aku bingung dalam membuat pilihan ini. Tapi aku pasti Allah takkan menganiaya hamba-Nya. Andai pilihanku adalah salah seorang dari kalian, aku akan bisa menerimanya. – JASMIN

Jasmin, aku akan tetap menunggu walau seribu tahun sekali pun….walau aku membujang sampai ke tua, walau apapun aku tetap menantimu. Sungguh aku sanggup. Andai kata cintamu bukan aku miliki, aku terima kerana aku tahu Allah itu adil. Apa pun, aku ingin kau tahu yang aku tetap mencintai kamu sampai ke akhir hayatku…. – RENGGANA

Maafkanlah abang…..abang benar-benar minta maaf. Abang sayangkan Jasmin…terimalah abang. Abang sedar abang berdosa pada Jasmin. Terimalah abang kembali. Sungguh abang perlukan kamu. Kita bina kembali hidup kita….Abang cintakan Jasmin… - ASRUL

Wahai cinta hatiku, siapa pun yang kau pilih, aku akan terima. Kerna aku tahu dialah yang selayaknya…andai bukan aku, aku reda. Aku sedar aku takkan pernah layak untuk menggenggam cintamu…cintamu sungguh tulus sampaikan aku tak mampu menggapainya…namun kasihku ini akan tetap aku abadikan dalam ‘My Lovely Jasmine’. Terimalah ‘My Lovely Jasmine’ ini sebagai tanda cintaku padamu walau diri ini bukan pilihanmu…. -YOSHI


Ada Cinta Dalam Hadirmu ~ Teh Zarina

Kerana cinta, Farish percaya kepada semua alasan yang dicipta Alina. Namun kerana kepercayaan yang diberikan untuk Alina, dia hilang seorang sahabat.

Hilangnya sahabat bersama dengan terlerainya ikatan cinta. Alina ditinggalkan untuk mencari ketenangan dan erti cinta sebenar. Hidupnya bertambah kusut dengan mama yang asyik inginkan Kamelia menjadi menantunya. Luka lama pun belum sembuh, Farish malas nak menempah masalah baru. Dia belum bersedia. Hilang seorang teman, kini Farish hilang sahabat baiknya. Namun, perginya kini tak kembali. Bersama pemergiaannya tertinggal sebuah hasrat yang besar.Farish bingung adakah patut dia tunaikan?

“Mohd Yunus Bin Tajuddin, kenapa awak nak kahwin dengan Sasha Ariadna Binti Ibrahim? Saya tahu saya ni memang cantik, sweet dan comelkan.” – Sasha

Kehilangan ibunya di ubati dengan kehadiran Yunus yang memberikan dia segala perhatian dan kasih sayang. Namun, manusia hanya mampu merancang, jodoh mereka tidak kesampaian. Sasha hanyut dengan dukanya hingga tidak menyedari yang dia hidup dalam bahaya. Nyawa Sasha dan satu-satunya insan yang dia sayang dalam bahaya angkara dendam lama.

Ikatan terjalin atas dasar sayangnya mereka kepada kekasih dan sahabat. Untuk Farish, dia benar-benar cinta. Sasha, pula masih keliru dengan perasaannya. Pada Sasha rasa cintanya dah lama pergi bersama perginya Yunus.

ANDAI ADA CINTA DALAM HADIRMU, aku ingin merasa bahagia. Namun, pengkhianatkah aku? Mengkhianati cinta kami- Sasha.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters