Saturday, November 8, 2014

Novel terbitan karystos creative bulan October 2013



Wasilah Kasih ~ Hayati Ahmad

Taket: Dalam memilih syahadah sebagai jalan hidup, cukuplah Allah ada untuknya. Penyerahan kepada takdir. Biar tersilap hukum. Andai kata hukuman itu mampu menyelamatkan insan-insan yang disayanginya.Takdir menemukan jalinan cinta terlarang. Memandang Zahra bagaikan ada deja vu yang merasuk hati. Cinta yang bukan atas dasar melampiaskan jiwa lelakinya yang kosong... Cinta yang hadir atas rasa tanggungjawab dan penerimaan.

Latifa: Sentuh hati saya, sentuh jiwa saya, baru awak boleh menyentuh saya.Terperangkap dalam konflik tidak terduga, rasa yang mengelirukan. Antara cinta dan persahabatan, garisannya amat halus. Siapakah takdirnya? Bagaimanakah gadis senaif Latifa memilih haluan hidup tanpa insan-insan penting dalam hidupnya. Seorang gadis berketurunan bumiputera asli, mencari hidayah yang terhijab di sebalik kemerduan suara.

Nazharul Irham: Mencintai tidak semestinya memiliki. Andai nyawa jadi taruhan, abang rela mengorbankan jiwa ini untuk Anim. Bergetar hatinya apabila paluan pertama, dia sedang membelasah rasa bersalahnya, paluan kedua, dia sedang membinasakan rasa bencinya terhadap insan yang menganiayai Taket, paluan ketiga, dia meremukkan rasa cemburu terhadap Umar Zahid, paluan keempat, dia membunuh kenangannya, paluan kelima, dia melepaskan seksaan yang ditanggung oleh Zahra yang menerima dugaan yang amat hebat, paluan keenam, dia membunuh segala harapan dan rasa yang tertahan… Berhenti, wajah Latifa muncul dengan air mata.
“Palu, nak… lepaskan rasa itu.” Lelaki tua itu memberikan sokongan. Nazharul Irham menoleh lantas menganggukkan kepala. Sekuat jiwanya, paluan ketujuh dilepaskan. Cintanya kepada Latifa seolah-olah dibiarkan jatuh tergolek di tanah. Nazharul mengulum tangis. Hatinya melihat darah cinta mereka bertebaran memercik di mana-mana. Cukup pedih.

Umar Zahid: Aku lebih rela menahan rasa daripada membiarkan dia hidup menderita…
“Kita menghirup udara yang sama... Menyedut udara ini terasa seperti saya mencium jiwa awak… harum dan indah. Awak begitu mulia dalam cara awak yang tersendiri...”
Tapi saya lebih sayangkan agama saya, agama yang sedang menjadi pegangan saya dan ayah Taket… Yang menyatukan kami menjadi saudara Islam. Saya sering berdoa agar Hanim juga menerima seruan itu. Rasa yang datang dari sini...” Dia menggenggam tangannya dan meletakkan genggaman tersebut di dada kirinya dengan kedudukan bahagian ibu jari menghala ke dada.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...