Thursday, October 10, 2013

TERBITAN FAJAR PAKEER OKTOBER 2013




Tajuk: ANDAI DIA JODOHKU
Penulis: MYA AYSSA
Terbitan: Fajar Pakeer

Sinopsis:
“She’s really like her…” 
“But she’s not her. They are different person.” 

Muhd Zarul Zikuan dan Nur Airisya Balqiss, pertemuan yang sering membawa pergaduhan. Tapi bagi Zarul Zikuan, Balqiss mengingatkannya pada masa lalu. Dan bagi Balqiss, Zarul Zikuan pembawa malang. Inilah jadinya bila singa betina jumpa orang gila dari planet aneh! Bumi yang jadi mangsa pergaduhan.

Mamat sengal, singa lapar atau macam-macam lagi gelaran diberi. Pergaduhan demi pergaduhan berlaku antara Zarul Zikuan dengan Balqiss, membuatkan kepala sahabat-sahabat mereka sendiri jadi pening. 

Satu kejadian membuatkan mereka diikat. Membuatkan Zarul Zikuan jadi suami. Membuatkan Balqiss dibuang keluarga. Ikut membawa banyak perubahan dalam diri mereka. Adakah ikatan mereka diterima oleh orang-orang di sekeliling? Macam mana pula dengan perangai playboy Zarul Zikuan? Siapa pula Akma di masa lalu Zarul Zikuan? Dan bagaimana perasaan Balqiss apabila mendapat tahu dia hanyalah pengganti Akma dalam hati Zarul Zikuan kerana dia iras sekali dengan gadis itu?

“Awak kena sedar, Zarul. Saya yang kat depan awak ni Nur Airisya Balqiss bt Halim. Bukan masa lalu awak dan saya tak ada kena-mengena dengan masa lalu awak tu.”

Andai Dia Jodohku... Adakah mereka memang sudah dijodohkan? Kuatkah berhadapan dengan insan-insan yang berdendam dan tidak henti-henti menggoyahkan hati mereka? Mampukah Balqiss memenangi hati suami, mertua dan memenangi kembali hati kedua-dua orang tuanya? Atau, mungkinkah Balqiss akan kalah dengan bayang-bayang Akma yang selalu ada antara dia dengan Zarul Zikuan?




Tajuk: STRICTLY IN LOVE
Penulis: KYNN LATIF
Terbitan: Fajar Pakeer.

Sinopsis:
Damia Huda – Dia memiliki segala-galanya. Apa sahaja yang dia inginkan bisa dia kecapi. Namun, cinta yang cuba digapai tidak pernah menjadi miliknya. Dia hanya memiliki jasad lelaki itu sahaja. Tetapi tidak hati dan cinta lelaki itu. Walaupun dia berusaha sedaya upaya untuk menggapainya, dia tetap kecundang.

“Walau datang sehebat mana sekalipun lelaki itu dalam hidup saya, cinta saya pada awak tidak berubah. Tak pernah, tak akan dan tak mungkin akan berubah sedikit pun.”

Darwisy Malik – Pemuda kampung yang begitu taat kepada kedua-dua ibu bapanya. Dia tersepit antara cinta dan budi yang telah ditaburkan. Berkahwin dengan wanita yang tidak dicintainya itu seakan-akan menjerut perasaannya. Perlukah dia korbankan perasaannya demi insan yang dipanggil bapa?

“Saya tak cintakan awak. Sedikit pun tidak. Saya tak punya apa-apa perasaan pada awak. Tapi saya tak tahu kenapa saya buat kerja bodoh ini.”

Adlan – Dia jatuh cinta buat kali kedua dengan wanita itu hanya kerana wanita itu seiras seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya suatu masa dahulu. Dia tidak tahu sama ada dia cintakan wanita itu hanya kerana apa yang wanita itu miliki atau kerana dia sememangnya mencintai wanita itu dengan setulus hati.

“Bila aku lihat dia, aku ingatkan yang aku pandang itu adalah arwah isteri aku…”

Mereka bertemu tanpa dirancang. Dan tanpa dirancang juga mereka bertiga saling berkait. Dapatkah Damia merebut hati dan cinta milik Darwisy yang dicintainya setelah cintanya melalui pelbagai halangan dan rintangan? Dapatkah Darwisy menerima Damia yang telah menjadi isterinya saat hati mula berbelah bahagi antara keluarga, Damia dan cinta lama? Adakah Adlan akan jatuh cinta kepada Damia yang seiras isterinya? Dan, cinta siapakah yang akan terjerumus dalam Strictly In Love?



Tajuk: INTAI HATI DIA
Penulis: EMMA MARIAM 
Terbitan: Fajar pakeer

Sinopsis:
Di saat meniti hari bahagia bersama tunang tersayang, Nur Syifa akur bila impian cintanya musnah dan disatukan bersama lelaki yang mendendami keluarganya dalam diam. Takdir telah tertulis. Jodoh telah ditetapkan. Mahu dengan tidak, Nur Syifa terpaksa reda.

“Boleh kan abang izinkan Syifa panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya?” 

Namun, rumah tangga yang dibina tak seindah seperti yang diharapkan. Syed Azmie tega melukai sekeping hati bernama isteri bila menidakkan hak Nur Syifa ke atas dirinya. Demi melunaskan dendam yang tak berkesudahan, sebuah perkahwinan diperjudikan.

Di saat api cinta sedang membara, Saiful kembali hadir untuk memaknakan kehadirannya di sisi Nur Syifa. Satu per satu rahsia yang tersimpan teguh kini terungkai dan kebenarannya menyebabkan Syed Azmie jatuh terkulai di atas khilafnya dalam membuat perhitungan.

“Masih adakah harapan dan peluang kedua untuk abang memebetulkan segala kekurangan ini?” 

Atas dendam apakah, Syed Azmie sanggup mempermainkan hati dan perasaan Nur Syifa? Atas alasan apa Saiful kembali muncul? Dapatkah hubungan yang sudah bergolak antara Syed Azmie dan Nur Syifa diselamatkan? Akan teguhkan rumah tangga yang dibina? Saat hati diintai, mampukah sebuah dendam bertukar sayang? Saat hati diintai, mampukah rasa kecewa berubah kasih?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters