Saturday, November 8, 2014

Novel terbitan october bulan august 2014



Bukan Cinta Secondhand ~ Ezza Mysara

“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI - Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempura. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?


Bintang Hati Saya ~ Riley Fizan

Hakimi Adam Song, pelajar kolej yang hobinya mencerap langit. Nampak tenang, suka tersenyum, bijak.

Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Rita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu. Hakimi adalah raksasa!

Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana ‘raksasa’nya Hakimi itu.

Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hamiki Adam Song tiba-tiba hilang.

Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad mister. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini?

“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit.”


Nada Dering Cinta ~ Deeme Danee

Sudah bosan hidup di kampung, Farhana nekad berhijrah ke bandar mengikut ajakan Waheda, teman rapatnya yang sentiasa nampak bergaya. Farhana mahu mengubah hidupnya. Dia mahu berjaya dan bergaya seperti Waheda – walau tidak jalan berlenggok, tetapi semua orang pandang!

Waheda pula sudah tidak boleh lari. Dia bukannya bersungguh mengajak Farhana, tetapi cuma ajak-ajak ayam. Habislah reputasinya nanti kalau Farhana tahu semua barang yang melekat di tubuhnya itu diperoleh dengan berhutang di sana sini.

Tiba di bandar, Farhana umpama rusa masuk kampung. Semuanya nampak indah di mata. Kenaifan Farhana menjadi modal kepada Idzuan bagi memperdayakan gadis mulus itu dengan menawarkan telefon idaman Farhana – telefon terbaru dengan spesifikasi yang tinggi!

Seorang lagi jejaka, iaitu Zulkarnain yang menjadi pemerhati setia begitu marah dengan sikap Farhana yang terlalu mempercayai Idzuan sehingga sanggup meminjamkan wang kepada lelaki itu. Teguran Waheda dan Zulkarnain mengundang rasa tidak senang sehingga mencetuskan pergaduhan antara mereka bertiga!



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters