Friday, December 26, 2014

Mood tengah tak baik!




Fuhh...
 hari ni, masa ni, saat ni, waktu ni...
rasa nak luahkan perasan marah, geram ni skrg jugak.. 
al kisahnya bermula macam ni...
baru je kitaorang balik dari shopping 'kasut' sbb cuti skolah dah nak selesai dah kan? 
 dah tu mak dan ayah membebel.. bukan tegur pun tapi mengaku tegur je. bila dah tinggikan suara bukan ke itu bermakna marah.. mula2 sebab adik2 dan aku suka melimpang di lantai bila tengok cerita.. dah jadi kebiasaan or tabiat.. cuba tanya orang lain, pasti mereka setuju je.. melimpang dikatil or disofa memang  best..(ya allah, nikmatnya) janji dpt melimpang kan? ni ckp kami melihat terlalu dekat, siap melimpang. tapi dari spekulaci kami.. memang jauh dah dari komputer.. siap rendahkan 'light' komputer. entah jauh macam mana lagi yang dpt mereka terima.. sudahlah rendahkan volume. 

kedua.. yang ni ada ke patut salahkan aku seorg bila kakak dan adik2 pakai kaca mata. semuanya nak salahkan aku.. akulah yang ajak mereka tidur akhir sampai pukul 1-2 pagi.. akulah yg ajak mereka melimpang bila lihat cerita.. akulah yg bawa balik novel utk kakak lihat sampai jadi macam ni.. semuanya nak letakkan kesalahan yang tidak sebesar zahrah di bahu org. tapi bagi aku tak semua org sempurna di dunia ni. dah ditulis sejak azali kitaorag akan jadi macam ni.. dah kita patut reda terima takdir yang sudah ditentukan kan? ada lagi ckp bila pakai kaca mata nada org yang sudi ambil buat kerja.. aku lihat ramai yang tugas dipejabat or sudah bekerja ada sebilangan yang pakai kaca mata.. ok je buat kerja, tak der masalah pun.. tak ada org sekeliling pun yg mengumpat or memperemehkan. pelik betul mak ayah orang. tak tahu kenapa sensitive kepada mereka yang pakai kaca mata. ni pun anak2 nya pakai kaca mata dia dah memperemehkan, siap kutuk2.. hish3.  siap lagi ckp entah aku makan ubat or not.. baru tadi, ayah suruh cuba skrg buka kaca mata dan
 tunjukkan arah dia..dpt nampak ke tak aku? ada lagi dia ckp dia malas dah nak tanggung beli kaca mata baru.. so what? ada ku kesah .. tak perlu tanggung ku kalau selama ni mereka anggap kami ni menyusahkan mereka je.. kalau aku dpt ckp depan2 macam tu.. nasib baik masih ada sifat sabar arah hati ku.. 

ketiga... yang ni aku mengaku aku tak suka org mengarah. bila time ku ok, aku pasti tolong bersihkan rumah.. bila mood ku nda ok, jgn tah mengarah... dgn dia2 sekali ku sembur. ada ke patut mak dan ayah ckp aku tak bersihkan rumah.. harapkan je kakak.. ya allah.. nak ku ckp, mereka di dari pagi sampai tengah hari.. kadang2 sampai petang mereka bekerja.. kadang2 ku tolong kakak buat kerja rumah.. time kakak exam, aku yang tolong bersihkan rumah.. mereka langsung tak tahu apa yang ku buat dirumah.. sudahlah mereka membabi buta buat keputusan sendiri. hissh, geramnya~ memang.. ku besyukur selama ni makan minum pakaian semuanya ditanggung oleh mak ayah.. tapi baru tadi ayah ckp malas dia nak tanggung kami.. jgn minta apa2 dari dia mulai skrg.. huh :( 


keempat... yg ni pun aku mengaku aku ni keras kepala dan memberontak orangnya sikit... otak pun tak pintar macam orang lain. ada ke patut lepas o'level habis pass ke nda pass ke terus berherti dan cari kerja.. sekarang dunia pun dah berubah 360 darjat.. mana ada org yang terima kerja sijilnya o'level je.. hissh, tak faham org betul. mereka ckp biar aku dan adik2 sedar apa itu letih.. sbb tu mak suruh ingat hari ni sebb keputusannya muktamad. sebb exam2 ku sebelum ni tak highest dan memuaskan.. semuanya sbb ku baca novel. aku tahulah macam mana nak bahagikan masa time exam or time relax. itulah org ckp "study smart not study hard" kan? sebb ketiga pun sbb aku dan adik2 bukannya org sini.. org m'sia katakan.. so byr exam and kalau exam fail, pun kena byr.. so mak dan ayah tak mampu byr..aku ada peluang sekali dalam seumur hidup... walaupun ku ckp macam ni.. lambat laun lepas o'level tak de lagi dpt sambung belajar.. terus bekerja.. so cadang.. lepas kumpul sebyk mana duit hasil bekerja, baru sambung belajar.. dah janji dgn seorang auntie merangkap mama sendiri.. janji nak belajar tinggi2 sampai PhD..boleh jugak dikatakan impian jugak ;) 


kelima.. yang ni ada ke patut seorang ayah ckp aku ni bukan makan nasi tapi makan najis.. tersetap giler bila ayah sendiri yang ckp. memang masa umur belum matang.. aku ada buat sesuatu yang kalau dalam islam memang berdosa besar (biarlah aku dan keluarga ku aje yang tahu, tak suka buka aib sendiri) skrg dah insaf dan taubat dah, alhamdulilah.. segala adalah nasihat dan teguran auntie merangkap mama sendiri.. tapi nda tahulah kenapa mak ayah org suka mengungkit.. perkara dah lepas dah kan? 


keenam.. sbb macam mana boleh ku ada byk duit beli novel. ada ku merompak ke bank sampai ada byk duit.. sudah tentu bukanlah! setiap bulan ku kumpul wang diberi mak utk ke kantin. kadang2 lepas 2 bulan baru ku beli novel secara on9.. aku tak faham kenapa mereka tidak suka memberi galakkan pada minat anak2 mereka sendiri.. aku sejak dulu lagi suka minat bac novel... tak suka bersukan or activity yang lain.. cuba kalau tanya kawan2 ku di skolah.. mereka tahu ku minat baca, nda berminat bab bersukan apa.. kenapa org luar lebih memahami aku dari mereka yang lahir ku.. bukan sbb apa yang ku tulis, aku memandang rendah, rasa terhina or skrg tengah mengadu.. NO, bukan sbb tu... baru tadi ayah marah, siap ada soalan apa guna baca novel yang berharga mahal dan tebal yang mengalahkan buku universiti..? ada dpt membantu ku dalam pelajaran nanti..? sudah tentu nda soalan o'level or exam kan tanya pasal novel.. tapi novel byk membantu ku dalm bahasa or dari segi percakapan.. walaupun novel ni bab2 byk dalam percintaan.. tapi aku tak terjebak pun. novel jugak walaupun aku tak der peluang nak ke sesuatu tempat yg jauh.. tapi aku dpt bayangkan melalui novel. kadang kala penulis suka menulis melalui pengalaman mereka pergi ke sesuatu tempat.. dan sometime ada jugak surah2 al-quran dan satu lagi, memang tidak dpt dinafikan harga on9 lebih murah dari beli di kedai.. janji ku tak menyusahkan mereka belikan novel utk ku.. :) 



dan lastly, walaupun dah janji dgn autie merangkap mama sendiri akan patuh dan hormat pada parents kerana mereka lah yg lahir ku ke dunia...jgn sesekali menaikan kemarahan mak dan ayah. tapi.. tadi bila masing2 mahu untuk menegakkan kebenaran..rasanya agak sukar dan payah. memang sudah jadi sifat ku pantang dicabar or mulut murai.. sekali ada peluang bercakap, memang ku terus cakap cakap and cakap.. dan aku tak faham, bukan ke org ckp mengeluarkan kata2 yg tidak baik kerana kata2 ibubapa adalah doa. tapi setiap kali bergaduh macam tadi, mak ayah sanggup mengeluarkan kata2 'kejam' macam tu.. .walau bagaimanapun dalam keluarga ku perbaiki hubungan dgn ibubapa, cuba untuk berkomunikasi dan berbincang dgn ibubapa adalah mustahil.. dan dah janji jgn tinggikan suara atau lawan org tua sbb mmg berdosa dear tapi tadi ku nda dpt kawal hati, perasaan dan perbuataan..sorry~ lain kali tak buat lagi :(

fuhhh, lega bila ku dah tulis apa yg ku simpan tadi.. sekian :)




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters