Wednesday, December 3, 2014

Novel terbitan penulisan2u bulan december 2014





Tajuk: Pergi
Penulis: Syima Syawal
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-43-3

RABIATUL ADAWIYAH... Kerana kekhilafannya, dia dihalau oleh keluarga. Dibuang tanpa diberikan peluang untuk meminta keampunan dan menebus dosa semalam. Kerana kesilapannya juga, dia keseorangan selama lima tahun. Dia hilang cinta, dia hilang jejak keluarganya dan dia juga hilang permata hati. Dan sehingga kini mimpi ngeri itu sentiasa mengganggu lena tidurnya.

SYAKRI... Saat dia bakal bertunang, dia bertemu dengan si gadis misteri, gadis berniqab yang menyewa di sebelah rumah keluarganya. Dan saat hatinya mula terpaut, rahsia gadis tersebut menyingkap kisah semalam yang menusuk hati... Kisah yang membawa duka dalam keluarganya.

“Perlu ke nak menyamar?” - SYAKRI
“Saya tak pernah menyamar!” - RABIATUL ADAWIYAH
“Bangkai mana boleh ditutup dengan daun. Lambat laun baunya akan tetap ada...” – SYAKRI

Pada saat Rabiatul Adawiyah tertekan dengan masalah-masalah yang tiba-tiba hadir, dia bertemu dengan seseorang yang ingin menjadi pelindungnya. Seseorang yang tidak kesah dengan latar belakangnya. Seseorang yang sudi menghulur tangan ketika dia lemas dalam perasaannya.

“Sebenarnya, dengan bersaksikan Tok Taha dan mak dek serta kawan Rabiatul Adawiyah, dengan berbesar hati saya ingin menjadikan dia sebagai suri hidup saya. Dengan niat lillahitaala.” – AFIF HAIKAL

Cinta? Dia tidak percaya. Cinta hanya melekakan dirinya dan cinta juga membuatkan dia jauh dari keluarga. Kisah cinta semalam masih meninggalkan bekas dalam hatinya. Namun dia tiada pilihan lain. Saat dia mahu memulihkan keadaan yang keruh, siapa sangka keluarga kandungnya mengenakan syarat untuk membayar harga erti sebuah keluarga dan keampunan.

“Baiklah... Kalau itu kehendak kamu dan Allah dah gerakkan hati kamu datang ke sini, pak cik setuju. Tapi dengan satu syarat...” - ENCIK JALAL

Kerana lelaki hidupnya menjadi sengsara... Dan kerana lelaki juga dia mampu mengembalikan hubungan dengan keluarganya tetapi bersyarat. Mampukah dia menggapai kembali bahagianya?


Tajuk: Bukan Dua, Tapi Tiga?
Penulis: Azimah Lily
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-44-0

Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.

“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.

“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.

“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” –NUR ALINA.

Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.

Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.

Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.

Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters