Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan fajar pakeer julai 2015



TAJUK : AKU DIPINANG DUDA
PENULIS : ADNIL ZAFF
ISBN : 978-967-365-235-8

Lelaki bernama Firman Ahmed itu memanglah tidak digemari oleh Nurul Rania. Dalam pertemuan awal lelaki itu sudah mengakui dirinya duda yang memerlukan teman. Pertemuan seterus-seterusnya, ada sahaja gelagat lelaki itu yang membuatkan darahnya naik. Lelaki gatal! Rania memang alergi lelaki persis itu. Apatah lagi dengan title duda yang digalas Firman, pasti sahaja telahan itu dirasakan benar. Apa yang membuatkan dia benci dengan lelaki itu?

“You ada urusan apa kat sini?”
“Dah nama pun hospital. Buat apa lagi?”
“Oh, setahu I, banyak tujuan manusia datang ke hospital ni, Cik Rania. Kalau untuk wanita.. mungkin memeriksa kandungan. Atau kesuburan. You yang mana satu?”

Dah berkawan dengan adiknya, boleh pula meminang dirinya. Memang nak kena pelangkung si duda itu! Namun kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana perginya.
Perkahwinan mereka bermula normal seperti manusia lain. Ada manis ada duka. Adatlah manusia perlukan masa untuk serasi dengan pasangan hidup mereka. Kehadiran anak-anak tiri, Irsyad, Iqbal dan Ferhad mengubah persespsi Rania kepada perkahwinan.

“Sekarang ni Irsyad pergi naik atas cakap pada daddy, daddy pun jangan jadi pemalas! Jangan banyak cakap! Tahu nak membongkang aja. Pergi cepat bagitahu daddy!”
“Daddy kata daddy penat drive. Mummy tadi duduk aja dalam kereta membesarkan punggung kat sebelah daddy.”

Namun bahagia mereka mula diuji. Hanez, bekas isteri Firman tiba-tiba menyampaikan hajat mahu mengambil alih jagaan ke atas anak-anak kandungnya. Hatinya tidak mampu menolak rasa cemburu melihat anak-anaknya lebih menyayangi ibu tiri berbanding dia. Semudah apa rintangan hidup mereka? Apa mahunya orang ketiga itu sebenarnya?

TAJUK : CINTA DI HADAPAN!
PENULIS : GEE AZEEZ
ISBN : 978-967-365-234-1

“Kau ingat kepala aku ni buah kelapa ke yang boleh kau main-main?”- KHAYLA QAISARA
“Memang kepala kau buah kelapa pun. Kalau bukan buah kelapa kau takkan jadi sewel macam ni.”- RAQIB DANIAL

Pertelingkahan demi pertelingkahan terjadi antara mereka berdua. Seperti anjing dan kucing mereka akan bercakaran. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Khayla Qaisara benci kepada Raqib Danial. Raqib Danial juga amat membenci Khayla Qaisara. Rasa benci mereka semakin hari semakin menggunung tinggi. Rasa benci dan pergaduhan berlarutan hingga alam dewasa. Raqib Danial akan cuba untuk membalas setiap apa yang dilakukan oleh Khayla Qaisara terhadap dirinya. Jejaka itu tekad untuk menghuru-harakan hidup Khayla Qaisara. Kehadiran seorang jejaka tampan ke rumah Khayla Qaisara telah menyebabkan hati Raqib Danial dijentik dengan suatu rasa. Rasa yang dia sendiri tidak mengerti.

Tanpa diketahui oleh semua orang terutamanya Khayla Qaisara, Raqib Danial telah merencana satu rancangan yang akan mengakibatkan hidup Khayla Qaisara porak-peranda. Rencana yang dirancang rapi untuk memudahkannya menakluk hidup Khayla Qaisara 100%. Raqib Danial berjaya!

Khayla Qaisara rebah. Rebah kerana maruahnya diinjak-injak oleh penduduk kampung dan ibunya sendiri. Khayla Qaisara berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan ibunya, namun ia datang dengan syarat. Syarat ibunya adalah dia harus mempersuamikan Raqib Danial.

Adakah rasa benci Khayla Qaisara terus kekal untuk Raqib Danial? Adakah rasa benci akan bertukar cinta? Adakah mereka akan menolak cinta tatkala ia sudah terbentang di depan mata? Jangan terlalu membenci kelak akan mencintai...


TAJUK : CINTA SAMA CINTA
PENULIS : REEANI ANNUR
ISBN : 978-967-365-236-5

Izam dan Hanis memulakan episod cinta pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Kristal Bayu. Namun, kemanisan dirasakan hanya seketika. Hanis tiba-tiba berpindah sekolah tanpa memberitahu Izam. Malah, dia orang terakhir yang tahu mengenainya dan Izam kecewa.

Selama 10 tahun Izam menanggung sengsara merindui Hanis. Walaupun dalam tempoh itu dia telah bertunang dengan Rehan, tetapi dia terus hidup dalam kenangan cinta lamanya bersama Hanis.

Jodoh akhirnya menemukan kembali Izam dan Hanis. Tanpa disangka, Hanislah pereka baju pengantin Izam dan Rehan. Atas dasar klien, hubungan mereka menjadi rapat kerana sering berjumpa.

Ketika Rehan tiba-tiba memberi goresan luka pada hatinya, Izam merasakan itulah saatnya dia harus bertindak. Dia bertekad mahu menawan semula hati Hanis.

“Izam, kau bawa aku pergi Penang?”
“Susah sangat nak dating dengan kau. Aku culiklah kau bawa bercuti ke sini.”
“Izam, untuk apa percutian ni semua?”
“Untuk ulang semula kisah cinta kita.”

Akhirnya, cinta bersemi kembali. Izam dan Hanis benar-benar menikmati peluang kedua yang datang. Tetapi, dalam bahagia ada dugaan datang menghimpit. Heris, lelaki yang dicemburui oleh Izam. Hisyam, mamat psiko yang tidak pernah ingin melihat Izam bahagia. Dan, Kay si penggoda cuba kacau daun mengurat Izam.

Bagaimanakah Izam dan Hanis menghadapi semua itu? Masihkah kebahagiaan menjadi milik mereka?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters