Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan fajar pakeer ogos 2015




TAJUK : NASI PAPRIK CINTA
PENULIS : MYNFAMIEZA
ISBN : 978-967-365-238-9

Siapa sangka kerana resipi nasi paprik boleh buat dua hati saling jatuh cinta? Itulah magis cinta. 
Najwa Natasha hanya olok-olok melamar Umar Al-Hafiz kerana rimas diganggu kekasih lama. Tapi tidak bagi Umar. Bagi Umar ini satu peluang baginya untuk memiliki Najwa. Sudah lama dia menyimpan perasaan kepada gadis itu. “Kalau hang kahwin dengan aku, hari-hari aku masak nasi paprik untuk hang.” - Umar Al-Hafiz. 
Jodoh tertulis nama mereka dan Najwa terima. Namun, kerana dendam dan rasa marah Najwa menjadi mangsa kerakusan Irhan Adha. Kekasih lama yang datang menuntut hak semula. Dunia Najwa gelap seketika. Tapi Najwa tidak mudah tertewas. Dengan semangat dan kesungguhan Umar mereka disatukan juga. Najwa percaya pasti Umar akan menerimanya. “Aku akan cuba jaga rumah tangga yang kita bina ni dengan sebaik-baik. Maafkan aku kalau aku tak mampu nak bagi kemewahan untuk hang tapi insya-Allah aku mampu bagi cinta aku sepenuhnya.” - Umar Al-Hafiz

Rumah tangga mereka bahagia bila masing-masing cuba untuk mencintai antara satu sama lain. Bahagia yang seketika tatkala Irhan tidak pernah puas melihat mereka bahagia. Segalanya terbongkar kerana fitnah yang ditabur oleh Irhan. 
Najwa tekad. Dia tidak akan pernah biarkan Irhan menang. Dia berusaha untuk memenangi hatinya Umar semula namun Umar tetap sama. Hatinya penat. Mampukah Umar kembali menyembuhkan luka di hati isterinya? Berjayakah dia mendapat kemaafkan daripada Najwa setelah apa yang terjadi?


TAJUK : LOVE MADE IN VENICE
PENULIS : NIA QURRATUN’AINI
ISBN : 978-967-365-240-2

Skateboard dan Nadhrah, ibarat lagu dan irama apabila gadis itu mengambil keputusan untuk hidup di bumi Venice. Dia bekerja di Bistro Karipap La Timah, milik Qash Alaisyah. Namun, hidup Keris Nadhrah Sari mula menggelabah dan berubah tatkala adik bosnya, Qadheer Alauddin, muncul di kota yang penuh dengan gondola itu. 
“Encik, jangan harap kita ada ilmu tapi mulut masih melopong. Jangan harap nama sahaja Melayu, tapi kita jadi orang yang sombong. Orang Melayu tak sombong.”
Qadheer Alauddin bukanlah sombong orangnya tapi dia saja nak tunjuk maco. Tambahan lagi, mereka berdua ada peristiwa sewaktu pertama kali bertemu. Qadheer Alauddin sebenarnya punya misi rahsia ke Venice selain melarikan diri daripada calon menantu neneknya, Fatimah. 
Daripada hati naik ke mata ke, dari mata turun ke hati? Haih... Qadheer Alauddin pun tak tahu. Mulanya hanya mahu menyiasat latar belakang Nadhrah, tidak semena-mena jantung berdegup kencang bila melihat senyuman gadis itu setelah dua tahun hatinya terkunci untuk bercinta lagi.
“Bagi awak mungkin biasa aje. Tapi bagi saya yang dapat berjumpa dengan gadis Melayu yang benar-benar jati dirinya Melayu di celahan kota Venice ni sesuatu yang luar biasa.”
Isy... Takkanlah aku jatuh cinta? Itu yang Qadheer Alauddin rasa pada awalnya. Bila berjauhan, yang di benua Asia tidak menentu, yang di Eropah sudah pun merindu. Sudahnya, mereka berdua angguk setuju yang cinta di hati telah bertemu. Namun, Qadheer Alauddin tersepit antara dua. Janji atau rasa indah? Rahsia yang cuba disembunyikan terbentang jua tatkala Nadhrah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Rasa bahagia sekelip mata berubah kerana Zahid Kenchana. 
Siapa Zahid Kenchana? Apa kaitannya Zahid dengan Qadheer Alauddin dan Nadhrah? Apakah rahsia di sebalik jejak kaki Qadheer Alauddin di Venice? Lalu, benarkah cinta Keris Nadhrah Sari dan Qadheer Alauddin, made in Venice?


TAJUK : ISTERI MAMPU MILIK
PENULIS : SARNIA YAHYA
ISBN : 978-967-365-237-2

Agaknya dunia mereka ini kecil sangat-sangat. Satu minggu sampai tiga kali bertembung. Murni yang besar atau Ujang yang terlalu kecil? Melihatnya sahaja hati Murni sudah berapi-api. Mana tidaknya, boleh berpusing 360 darjah berlanggar dengan abang sado itu—gelaran yang diberi oleh Amira, teman baik Murni.

“Kenapa dengan awak ni? Dalam minggu ni dah tiga kali awak langgar saya tau!” 
“Maaf, maaf... Saya tak sengaja.”
“Sakit tau tak! Boleh mati saya!” 

Lenguh segala sendi dan uratnya kerana berlanggar dengan lelaki bertubuh tegap yang bekerja di pejabat sebelah. Tak disangka minyak angin menjadi pemujuk hatinya. Terima sajalah walau hati sentiasa berangin melihat lelaki itu. Namun ia bukan sembarangan minyak menurut Amira.

Minyak lintah? Terkejut Murni. Apa maknanya? Nampaknya minyak angin punca mereka kerap bertemu. Semakin dia mengelak semakin kerap pula Ujang menjejakinya. Dan lebih sadis apabila lelaki sanggup mencari rumah orang tuanya untuk menghantar minyak angin dan membawa hajat bersama.

“Saya serius. Tak main-main. Tak reti nak cinta-cinta. Saya berkenan terus pinang aje.”

Sungguh! Memang Ujang tak main-main. Sungguh-sungguh lelaki itu datang meminangnya. Ayah terus terima tanpa fikir panjang. Katanya, Ujang berani. Datang sendiri membawa hajat bersama anak agar diketahui status dirinya yang sebenar.

Tiga bulan bertunang, tiada mana indahnya. Macam-macam dugaan yang diterima terutama daripada bekas isteri dan bakal emak mentua. Kata-kata semangat sering diungkap oleh Ujang kepada Murni. Murni tahu dia adalah pilihan lelaki itu. Namun itu tidak bermakna ia akan berakhir dengan akad.

“Nanti kita dah kahwin, tambah lagi satu harta saya. Awak.” - Ujang.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters