Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan fajar pakeer November 2015



TAJUK : SUAMIKU KETUA GENGSTER
PENULIS : QHAYRA QHAYRIESA
ISBN : 978-967-365-247-1

Tengku Ishaan Danish. Orangnya berkarisma, berpenampilan segak dan menjadi rebutan ramai wanita. Dengan jawatan CEO Seri Jaya Holding Berhad yang disandangnya, sesiapa saja menanti peluang untuk mendekati. Namun siapa duga, di sebalik semua itu, dia adalah seorang ketua gengster!

“Kau jangan fikir aku akan berhenti di sini saja Sarah. Selagi kau tak jadi milik aku, selagi itulah aku akan terus kejar kau sampai akhirnya, kau sendiri yang datang menyerah pada aku. Itu janji aku.” ~ Tengku Ishaan Danish

Nurul Salah Sulaiman. Dia hanyalah seorang gadis biasa. Tiada impian lantaran hidup sendiri lebih banyak diatur orang sejak dulu. Caranya kekampungan, rupanya pun tidak seindah mana, tetapi mengapa dia juga yang dikejar Tengku Ishaan Danish sedari dulu? Apa istimewanya dia di mata lelaki itu hingga Tengku Ishaan Danish sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya? 

“Tengku buat apa ni, hah? Suka hati saja nak babitkan saya dalam masalah Tengku dengan awek Tengku. Tengku jangan fikir Tengku tu orang kaya, Tengku boleh cakap apa saja yang Tengku suka tanpa fikir perasaan orang lain!”~ Sarah

Dellina Datuk Mokhtar. Lapan tahun dia menunggu Tengku Ishaan Danish. Mampukah dia menerima hakikat apabila Tengku Ishaan Danish memilih Nurul Sarah sebagai isteri dan bukan dirinya? Rahsia apakah yang wujud antara Dellina dan Tengku Ishaan Danish hingga Dellina sukar melepaskan lelaki itu pergi begitu saja? Manakala Dahlan, bekas tunang Sarah, mampukah melihat Sarah hidup bahagia di samping Tengku Ishaan Danish setelah Sarah menjatuhkan maruah dia sekeluarga? 

TAJUK : MR. DONAT KARAMEL
PENULIS : HANNY ESANDRA
ISBN : 978-967-365-246-4

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya. 

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

“Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentleman tau, cik.” 

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka. 

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan. 

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan. 


TAJUK : PANDU ARAH KE HATI
PENULIS : EMMA MARIAM
ISBN : 978-967-365-249-5

“Kau jangan pandang rendah dengan pemandu treler seperti aku. Sebab kau tak tahu yang aku juga boleh pandu hati kau ke hati aku.” 

Mohd Ariq - Sebuah nama yang ringkas. Namun, takdir hidupnya tidak semudah namanya. Hidupnya berubah 180 darjah apabila dia ditemukan dengan minah Nissan Skyline yang baru sahaja ditinggalkan kekasih.

Nur Hafiya - Gadis kepala batu dan kurang ramah. Mengenali lelaki bernama Ariq membuatkan hatinya kucar-kacir. Bila mata Ariq merenungnya pula Hafiya hilang arah. Resah gelisah jiwa dibuatnya!

“Misi pandu arah ke hati.”
“Asalkan ada jalannya.” 
“Fiya dah sediakan highway untuk abang.”

Hafiya tubuhkan satu misi buat Ariq. Daripada misi itu, hubungan mereka cuba dibina. Daripada seorang kawan kepada kekasih, daripada kekasih kepada teman hidup. Ariq bahagia hinggalah dia merasakan maruah dirinya mula dipijak-pijak oleh wanita kesayangannya itu. Hanya kerana sebuah salah faham, Hafiya tega melukakan sekeping hati lelaki yang tulus mencintainya. Tekadnya, Hafiya perlu dilupakan. Tidak guna mencintai wanita yang telah bermain dengan harga dirinya. Kata putus telah dibuat. Ikatan harus dileraikan.

Bila kebenaran terungkap, mampukah Hafiya meraih kembali hati Mr. Pemandu Hatinya itu? Bisakah dia memandu semula hati Ariq ke hatinya? Akankah misi pandu arah ke hati terlaksana andai dua jiwa kian berjauhan? 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters