Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan penulisan2u julai 2015





Tajuk: Pencuri Cinta Kelas Satu
Penulis: Illa Shanahila
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-78-5

Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.
Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!
Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.
Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.
“Jom kita kahwin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri orang anak satu.” – Amar Firzal
Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung – Aira
Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?
Malam ni jangan pergi mana-mana.”
“Kenapa?”
“Nanti awak tak ada dalam mimpi abang.”
Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?


Tajuk: VVIP Di Hatiku
Penulis: Fatin Hassan
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-79-2

Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya.
“Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia
“Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman
“Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia
“Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman
Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal.
“Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal
Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut.
“Ya Allah. Rin, what are you doing here?”– Fiqri Aiman
Saat melihat Airin ketika itu, Fiqri benar-benar terkejut. Airin juga begitu kerana dia tidak mengetahui bahawa Fiqri turut belajar di universiti yang sama dengannya. Pertemuan semula Fiqri dan Airin berlaku tanpa dirancang. Mungkinkah pintu hati Fiqri akan terbuka untuknya? Atau, selama-lamanya dia hanya mampu bertepuk sebelah tangan?
Airin Nadia. Dia perlu memilih. Menerima cinta orang yang mencintainya setulus hati? Ataupun dia tetap akan mempertahankan cintanya yang tidak pernah berbalas?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters