Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan fajar pakeer oktober 2015




TAJUK : AKU TAKKAN SUKA KAU!
PENULIS : EYLA HIME
ISBN : 978-967-365-244-0

Amna perempuan gila! Dilabel Akif perempuan itu sebagai perempuan gila kerana Amna tiba-tiba sahaja datang ke Kafe Smile miliknya, meluah perasaan dan penuh yakinnya berkata yang Akif akan jatuh hati kepadanya, dan yang lebih gila lagi, Akif akan menjadi suaminya!

Bagi Akif, itu semua tidak mungkin menjadi kenyataan. Dia sudah pun punya Maisara sebagai kekasih dan mereka sudah pun merancang untuk menjadi suami isteri. Masakan dia akan menerima Amna? Namun gadis itu tidak pula reti hendak berputus asa, malah mengupah pula Danny untuk menyiasat kekasih hati Akif! Stalker sungguh!

Maisara dan Encik Azman juga kelam-kabut apabila Amna tiba-tiba mengumumkan yang dia bakal bersuami tidak lama lagi. Masing-masing sibuk hendak mencari identiti encik suami kepada pewaris Empire Corporation itu dan kedua-duanya jadi kaget apabila mengetahui orang yang dicari adalah Akif, bakal suami dan bakal menantu mereka!

“Kau tu yang patutnya jangan terlalu yakin kau akan dapat buat aku jatuh hati dekat kau. Kau ingat lepas kita dah kahwin nanti aku akan layan kau macam seorang suami melayan isterinya ke? Dream onlah perempuan senget! Apa pun yang jadi, aku tetap takkan suka kau sampai bila-bila, tahu!”

Hajat di hati tercapai. Ikrar si suami pula langsung tidak diendah dek keyakinan Amna yang menggunung. Setiap hari mencuba dan cubaannya itu sudah tentulah membuahkan hasil positif. Namun, di saat Akif akhirnya tunduk pada egonya sendiri, Amna terpaksa memilih untuk menolak.

“Am minta maaf, tapi Am tak boleh terima abang.” 

Ah sudah! 


TAJUK : SENYUM TANDA SUKA
PENULIS : EMMA RUSDI
ISBN : 978-967-365-245-7

Amani, dia dingin dan kaku. Namun kerana dirinya begitu, membuatkan Izz jatuh hati kepadanya. Namun, Amani begitu sukar untuk didekati. Sikap Amani ada kalanya mencabar kesabaran Izz.

“Berani awak?!” 
“Awak marah sebab saya pegang awak?” 
“Lepaskan!”
“Awak nak pergi? Baiklah. Assalamualaikum.”
Amani diam.
“Assalamualaikum. Awak tahu tak yang memberi salam itu sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib. Kalau awak tak tahu, anggap saja ini pelajaran awak yang pertama untuk hari ini. Kalau awak nak saya lepaskan awak, jawab salam saya!”
“Waalaikumussalam.”

Kekasaran Izz membuatkan Amani membencinya. Namun dalam kebencian itu, dia akui bahawa hanya Izz yang selalu berada di sisinya. Saat hatinya mula lembut dengan Izz, Izz pergi meninggalkannya. Setelah lapan tahun Izz kembali semula. Namun saat itu, kepercayaannya kepada Izz telah hilang.

Sekali lagi Izz berusaha untuk mendapatkan kepercayaan Amani. Apakah kali ini Izz akan berjaya setelah hati Amani terluka?

“Hei, Amani. Kalau awak malu, cukuplah kalau awak senyum. Senyum tanda suka.” 
“Kalau tak senyum?”
“Senyumlah, sayang...”


TAJUK : BERCINTALAH PULA KITA
PENULIS : ORKID EDYLIYNE
ISBN : 978-967-365-243-3

Satu kejadian berlaku membuatkan gadis bernama hampir sama dengannya itu sentiasa mahu terus mengekornya. Persis anak kucing yang baru berjumpa dengan tuannya.

“Oh... anak kucing rupanya. Hah! Anak kucing!” 
“Encik... boleh tolong saya?” 
“Manusia rupanya. Kenapa duduk dalam kotak ni?” 
“Encik... tolong saya...” 
“Kenapa duduk dalam kotak ni?” 
“Saya kena buang.” 
“Buang?” 

Okeylah. Daripada apa yang Rian ingat, dari situlah bermulanya kisah mereka. 

Rian, lelaki yang memang takutkan perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan yang tidak dikenalinya. Lain pula dengan perangai Nina, gadis yang sering dikaitkan dengan perkataan lembap. Tapi, sekali Nina sudah kenal dan suka, jangan haraplah orang itu hendak lepas daripadanya.

Bermacam-macam perkara cuba Rian lakukan sehingga tanpa sengaja menjadikan Marit teman wanitanya. Semua itu membuatkan Nina semakin lama semakin jauh daripadanya. Ketika Rian tidak sudi lagi menjadi tuan kepada ‘anak kucing’ yang dikutipnya itu, ada pula tangan lain yang datang membelainya, membuatkan ‘anak kucing’ itu beralih tuan.

Rian tidak mengerti kenapa otaknya terus sahaja menafikan kewujudan satu rasa yang pelik kepada Nina? Tapi kenapa dalam masa yang sama hatinya rasa terdera dengan jarak yang berlaku antara dia dan Nina? Ah! Dia tidak sangka hubungan yang dianggap sekadar hubungan antara anak kucing dan tuannya itu, menjadi satu perkara yang besar untuk dia fikirkan.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters