Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan fajar pakeer september 2015




TAJUK : MISS PERFECT KAHWIN MR. MAID
PENULIS : ZANY EZATIE
ISBN : 978-967-365-242-6

Terdesak kerana ayahnya memerlukan wang 50 ribu ringgit untuk pembedahan, Elias nekad merayu kepada CEO Hotel Grandstar, Edora yang berlagak macam dialah orang yang perfect di dunia. Kerana terhutang budi, dia rela gadai body. Jadi orang gaji minah tu. 

Edora juga punya masalah besar. Tunang dia, Tengku Farhan curang! Dia tak nak kahwin dengan playboy Malaya itu. Dalam resah, dia dapat idea gila. Lamar Mr. Maid jadi calon pengganti pengantin lelaki. 

“Emm. I nak lamar you. Jadi suami I.” - Miss Perfect
“Saya rasa Miss Edora dah melampaui batas kemanusiaan. Saya memang ada cakap saya nak tolong Miss Edora tapi bukan sampai tahap macam ni. Kahwin?
Tak masuk akal langsung.” - Mr. Maid

Direncana dengan permainan rapi, mereka akhirnya bersatu. Namun, di pertengahan mahligai permainannya, Edora tewas sendiri. 

“Ya! I cintakan you? So, what? I cemburukan you dengan si Norain tu sebab I cintakan you. So, what?” 

Namun, cinta yang disulam terasa seperti bertepuk sebelah tangan. Beribu ungkapan cinta diungkap, namun berbalas sepi oleh si suami. Kenapa? Adakah lelaki itu mencintai Norain, kawan sekampungnya? 

Mampukah Edora menyempurnakan kisah cintanya sesempurna dia menjaga penampilan dan statusnya sebagai Miss Perfect, CEO Hotel Grandstar? Dan adakah benar Elias, Mr. Maidnya, memang tak mencintainya?


TAJUK : VERSI CINTA KITA
PENULIS : HANA NORISA
ISBN : 978-967-365-241-9

Iryani, gadis buta yang diambil Tengku Azimudin menjadi cucu angkatnya. Sebagai cucu angkat Tengku Azimudin, Iryani harus mempersiap diri untuk mengambil alih IZ Holdings dan sebagai balasan, dia akan mendapat bantuan untuk celik semula. 

“Dia akan tinggal dekat sini mulai hari ni. Hak dia, sama macam hak cucu-cucu aku yang lain. Dia berhak dan bebas buat apa sahaja yang dia mahu dekat vila ni.”

Tengku Elman, tidak sukakan Iryani. Padanya, Iryani seorang yang cengeng. Dia benci kepada gadis seperti itu. Malah berita pertunangan antara dirinya dengan Iryani menambahkan lagi sakit di hati. 

“Kalau dah tahu diri tu buta, janganlah menggatal merayap. Tak pasal-pasal habis semua benda kau langgar kat rumah ni. Apa kau ingat barang-barang kat rumah ni murah semuanya? Mati hidup semula pun tak terbayar tau.”

Sikap Tengku Elman yang sentiasa mencari salahnya membuatkan Iryani dirundung pilu. Namun begitu, kerana satu peristiwa, bantuan Iryani diperlukan Tengku Elman. 

“Atuk tak kisah apa yang kamu nak buat asalkan Iryani maafkan kamu. Atuk nak mulai hari ini kamu berbaik dengan Iryani. Kalau tak, semua harta kamu atuk sekat!”

Dan dalam diam, hati Iryani berdetak bila berhadapan dengan Tengku Elman namun kata-kata Azlina membuatkan Iryani mulai sedar, tak mungkin ada dia di hati jejaka itu. Kemunculan Shafique dan Azlina menyulitkan kisah mereka. Shafique mahu memiliki Iryani, Azlina mahukan Tengku Elman. Pelbagai rancangan mereka rancangkan untuk pisahkan Iryani dan Tengku Elman namun berjayakah mereka? Tengku Elman pula, dapatkah dia mengenal pasti perasaannya menggunakan hatinya yang telah buta itu? Apakah cinta dapat mencelikkan hatinya itu atau terus gelap dengan dendam?


TAJUK : JODOHKU SUPERSTAR
PENULIS : ZARA RYANA
ISBN : 978-967-365-239-6

“Tapi saya bukan peminat awak. Sebenarnya, saya datang bagi pihak kawan saya. Dia out-station. Sebab tak nak bazirkan tiket tu, dia suruh saya datang.” 

Kata-kata Dhiya telah mencemarkan nama baik superstar bernama Amar Affandy. Penyanyi itu tekad untuk saman Dhiya kerana telah menghinanya. Namun siapa mampu menduga, rupanya mereka berdua adalah junior dan senior walaupun berlainan jurusan dan tidak kenal satu sama lain ketika di universiti. Atas dasar itu, Amar Affandy lupakan niat untuk saman Dhiya sebaliknya mereka mula rapat.

Tanpa Dhiya sedar, Amar Affandy menaruh cinta. Saat meluahkan cinta...

“Saya rasa macam nak jumpa awak lagi, lagi dan lagi.” – Amar Affandy
“Amar, saya tak tahu apa perasaan awak tapi… saya dah ada pilihan hati saya.” – Dhiya

Pengakuan daripada Dhiya buat Amar Affandy menyepi seketika. Tanpa Dhiya tahu, pilihan hatinya telah disunting. Dia benar-benar kecewa. Namun kekecewaan itu terubat dengan adanya Amar Affandy. Keikhlasan superstar itu membuatkan hati Dhiya tersentuh. Tatkala dia mahu menerima lelaki itu, pada malam dia akan diperkenalkan secara umum di satu majlis, Dhiya tidak dapat hadir dan dia diburu sesal kerana Amar Affandy telah membawa diri ke Los Angeles. Kerana salah faham itu, Dhiya tekad untuk jelaskan kepada Amar Affandy. Sejak lelaki itu pergi, dia mula sedar kehilangannya.

Dapatkah Dhiya jernihkan salah faham yang berlaku itu? Masihkah ada peluang untuk Dhiya bersama semula dengan superstar itu? Atau tiada lagi ruang dalam hati Amar Affandy buat Dhiya setelah dikecewakan? 

Jodohku superstar... carilah aku. Aku di sini menantimu.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters