Monday, November 9, 2015

Novel terbitan idea kreatif jun 2015




KEKASIH CADANGAN HATI
Penulis : ANGGERIK MAHWA
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-35-4
TAHUN : 2015

Saat jiran baru mereka tiba, Zehra tak peduli. Siapa pun yang menghuni rumah kosong itu, bukan hal penting. Yang difikirkan, mahu membebaskan diri dari neraka ciptaan Khalil. Bila si jiran itu rupanya Tasya, dia bagaikan melihat cahaya terang. Namun, ada Tasya, bererti ada Raimi! Ada Raimi, bermakna ada kisah semalam yang kian jauh ditinggalkan. “Kita tak ada jodoh, Raimi. Kita…” “Itu bukan apa yang aku nak dengar. Yang aku nak tahu, kenapa kau tinggalkan aku?” potong Raimi pantas. “Sudahlah Raimi. Aku tak nak ungkit hal dulu.” “Aku tak akan berhenti ungkit mulai hari ni. Jangan ingat lepas tujuh tahun, aku akan lupakan semuanya. Jangan mimpi, Zehra!” Terlepas dari cengkaman Khalil, dia bagai dikepung Raimi. Rasa ingin tahu lelaki itu cukup melemaskan. Harapan Tasya yang menggunung di saat nyawanya sudah dipenghujung juga sangat melelahkan. Dan... bila Khalil jadi gila talak, Zehra tak cukup tanah untuk melangkah. “Kenapa dari mula kahwin sampai sekarang ni kau tak sudah-sudah nak menyusahkan hidup aku, Khalil?”- Zehra “Aku sayangkan kau, Zehra...” - Khalil Mahukah Zehra kembali ke neraka ciptaan Khalil yang sudah pandai bermulut manis? Atau memilih Raimi yang mulutnya tak pernah ada insuran? Bahagia yang digenggam bagaikan cuaca. Sekejap panas, sekejap lagi sejuk. Sesekali hujan bila Khalil muncul dengan permintaan di luar kotak. Sedangkan Raimi yang kononnya sudah tak cintakan dirinya, terus-terusan ditimpa cemburu. Tapi bukankah orang tua kata, cemburu itu tandanya sayang? Betulkah Raimi masih sayangkan dia? Apa akan jadi bila Khalil berterusan menyusun strategi? Dan kalau betul di hati Raimi sudah tak ada rasa sayang, kenapa perlu meminta yang bukan-bukan? “Aku nak anak lelaki, Zehra. Itu yang aku belum ada lagi.”


SEPTEMBER
Penulis : Farah Husain
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-31-6
TAHUN : 2015

Niat Nur Jazleen hanya mahu membantu temannya tapi, siapa menduga dia ditemukan kembali dengan kisah silamnya, Zayn Akmal. Namun, Zayn hari ini bukan lagi Zayn yang dikenali dulu. Kelembutan bicaranya sudah hilang dan tiada lagi siar cinta di matanya. “Jauhkan diri kau dari adik aku, Jazleen. Kalau tak..” – Zayn Akmal “Kalau tak, awak nak buat apa?” – Nur Jazleen “I’ll make your life a living hell. Mark my words, Jazleen.” – Zayn Akmal Tiga tahun dahulu, mereka bertemu dan jatuh cinta pandang pertama. Bagi Zayn, Jaz adalah adalah segalanya. Apa saja dia sanggup lakukan dengan kebahagiaan Jaz. Tapi ada sesuatu yang ‘menghalang’ Jaz untuk menerima cinta Zayn. Dan.. bermulalah penipuan demi penipuan sehingga Zayn jadi kecewa. Kini, takdir menemukan mereka kembali. Masing-masing cuba menafikan rasa yang masih wujud di hati. Namun, makin mereka cuba menjauh, makin takdir mendekatkan mereka. Dan kehadiran si dia bernama Ariq menambahkan lagi kusut keadaan. "I hate that I hate you, Jaz." – Zayn Akmal “So what do you suggest we do, Zayn?” – Nur Jazleen September menyaksikan dua hati bertemu, berpisah dan bertemu kembali. Mampukah peluang kedua ini menukar kesudahan kisah mereka seperti yang diinginkan hati? Atau kisah ini akan terus luruh bersama waktu?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters