Monday, November 9, 2015

Novel terbitan idea kreatif april 2015




J&J (JODOHKU DAN JANJI-NYA)
Penulis : SUZANA SULAIMAN
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-28-6
TAHUN : 2015

Terkejut. Terkedu. Terkesima. Itulah perasaan Nur Jannah Zahraa ketika ‘dilamar’ oleh seorang lelaki yang baru sahaja dikenali. “Saya nak jadi yang istimewa dalam hidup awak, Jannah,” akui Jihad jujur. Memandang tepat ke dalam mata Jannah. “Kenapa?” berkerut dahi Jannah. “Saya tak ada jawapan untuk soalan tu.” “Mustahil!” “Yang saya tahu, jantung saya berdetak hebat apabila saya dekat dengan awak.” “Ayat player tu, Jihad.” Jannah ketawa sinis. “Saya bukan player, Jannah. Saya tak bohong.” “Then, you must be crazy. You don’t even know me.” “Love is kinda crazy.” Ya! Cinta itu gila, sama gila dengan encik lawyer yang bernama Jihad Mikael. Sekuat mana Jannah menolak, sekuat itu juga takdir merapatkan mereka sehingga akhirnya Jannah mengalah. “Jihad Mikhael, will you take me as your wife?” Jannah membuka mata dan memandang tepat wajah lelaki itu. Pandangan mereka bertaut lama. Seperti ada sesuatu yang menghalang mereka mengalih pandang. “Can... can you say that again?” Jihad bagai tak percaya. Sungguh dia tidak sangka! Jannah melamarnya! Adakah perkahwinan mereka merupakan titik sebuah bahagia? Bagi Jihad, dia memang sudah lama bersedia. Cuma Jannah yang masih ragu-ragu. Trauma hidup penuh keperitan masa lalunya buat dia rasa rendah diri. “Bagaimana kalau saya tak dapat membahagiakan awak, Jihad?” “Kebahagiaan itu telah menjadi milik saya di saat awak melamar saya, Jannah. You made me a happy man since then.”


TEMANI AKU SELAMANYA
Penulis : PENA KAYU
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-30-9
TAHUN : 2015

Kejam! Egois! Sinis! Itu tiga pakej khas Carl Ibrahim, lelaki kacukan Melayu - Jerman. Pun begitu, dia lelaki yang kaya dengan pesona memikat. Yang mampu membuatkan Nirina terpikat. "I jaga you." - Carl Ibrahim Perkataan 'Jaga' itulah yang menyebabkan hati Nirina jatuh bergolek-golek di depan Carl Ibrahim. Malangnya Carl Ibrahim bukan kutip hati Nirina untuk dijaga, tetapi dipijak-pijak hingga lumat. Penghinaan paling teruk bila Carl Ibrahim sanggup panggil Nirina betina. Memang Nirina tak boleh terima. Carl Ibrahim beri luka dan juga air mata pada Nirina. Jadi, Nirina pilih tutup cerita hitam tersebut. Tapi tiba-tiba.... “I dah cuba, tapi tak boleh. Mata ni memang suka pandang you, Nirina. I paksa pun tak jalan juga.” - Carl Ibrahim Apa ni? Carl Ibrahim macam dah tak betul? Mula-mula tak suka, sekarang dia suka Nirina pula. Tapi jangan harap Nirina akan beri hatinya! Hati Nirina sekarang dah pakai baju besi. Masalahnya Carl Ibrahim ada 'kabel berteknologi tinggi'. Meski Nirina sebut TIDAK, dia tetap kena jadi isteri Carl Ibrahim juga. "Kalau I dah peluk sesuatu, I susah nak lepaskan, Nirina. Dan rasanya I tahu sekarang kenapa I jadi gila bayang lepas sentuh bibir you." – Carl Ibrahim Bebelan cinta untuk Carl Ibrahim; Pandai-pandailah kamu tanggalkan baju besi hati Nirina tu. Kalau silap cara, nanti Rizqi bawa Nirina lari. Sebab kata Rizqi, dia boleh cipta bahagia untuk Nirina.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters