Monday, November 9, 2015

Novel terbitan karya seni ogos 2015





Tajuk : Cinta Paling Agung 
Penulis : Umie Nadzimah
ISBN : 978-967-0890-55-5

Sinopsis
AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan. 

Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu… Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan. 

“Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA “Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. 

Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya? “Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza. “Whatever…” balas Khairi selamba. Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka. 

Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...

Tajuk: The Greatest Of Destiny!
Penulis: Al-Wahyu
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-53-1

ALISA ZAHIRA ialah gadis beauty with brain! Dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Asyraf Kamil pada saat-saat akhir gara-gara perkara aib yang menimpa lelaki itu.

“Awak jangan tertipu, Alisa! Saya memang tidak kenal langsung dengan perempuan tu! Saya diperangkap!” - ASYRAF KAMIL

“Soal siapa perangkap siapa, buat masa ini tidak penting, Asyraf! Ya! Saya boleh terima yang awak nak cakap perempuan itu perangkap awak! Tapi suka atau tidak, perempuan tu telah mengandungkan anak awak! Benih awak, Asyraf! Awak bapa kepada anak itu!” - ALISA ZAHIRA

Alisa Zahira akhirnya terpaksa akur dengan suratan takdir. Dia bersetuju untuk mengahwini lelaki bernama Nasih Mikael bagi menutup malu keluarganya akibat perkahwinan yang tidak jadi itu. Nasih Mikael? Lelaki itulah yang pernah menolak cintanya di bumi Melbourne dulu. Kini lelaki itu muncul menagih cintanya kembali. Dan kemunculannya tepat pada masanya.

“Awak ni memang tak pernah kenal sifat putus asa, ya?” - ALISA ZAHIRA

“Perkataan putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidup saya.” - NASIH MIKAEL

“Oh! Really? Kat kedai mana awak beli ‘kamus’ tu?” - ALISA ZAHIRA

Tatkala mereka mula merasai kebahagiaan itu, Alisa Zahira mula menghilangkan dirinya apabila mengetahui ada rahsia yang tersimpan rapi di sebalik perkahwinannya. Rahsia yang menyebabkan dia membatalkan perkahwinannya dengan bekas tunangnya dulu.

Benarkah ada dalang yang merancang perkahwinannya itu? Bagi Alisa, dalangnya itu ialah suaminya sendiri... Namun bagi Nasih, kebenaran harus dibongkarkan... Mampukah mereka menyulam bahagia itu kembali setelah waktu berlalu dan hari berganti?

Dan mampukah mereka merungkai satu persoalan misteri iaitu tragedi kematian mengejut yang melibatkan insan tersayang dalam keluarga mereka? Siapakah yang menjadi duri dalam daging? Dan siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya?


Tajuk: Jadikan Aku Yang Kedua
Penulis: Siti Khadijah
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-54-8

“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.

Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.

Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.
Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!

“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dari dulu. Tak payah saya jatuh cinta pada awak!” - THAQIF ASWAD.

Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?
Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?

“Kalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA.





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters