Monday, November 9, 2015

Novel terbitan penulisan2u ogos 2015




Tajuk : Kerana Dia Manusia Biasa
Penulis : Wan Nur Najihah
ISBN : 978-967-0567-80-8

Sinopsis
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.

Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf.  Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas dendam atas perbuatan mereka. Biar mereka rasa apa yang Sya rasa.”

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka.  Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk tu.” – Nurin Aira

Sakit, perit.  Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula? 


Tajuk : Bius Cinta Dari Ardul Kinanah 
Penulis : Azraq
ISBN : 978-967-0567-81-5

Sinopsis
“Aku sentuh hang pun dak lagi hang dah tuduh aku nak rogol hang. Kalau aku tau macam ni jadinya, aku takkan tolong hang dari cengkaman lelaki-lelaki jahat tadi. Biar depa yang rogol hang betul-betul. Itu yang hang nak sangat kan, perempuan murahan!” – Haris Naim

Fitnah yang dilemparkan kepada Haris Naim atas tuduhan mahu merogol rakan sekolahnya telah menjadi tragedi ngeri dalam hidupnya. Sejak itu, dia mula membenci kaum hawa dan tekad mahu menutup pintu hatinya kepada kaum tersebut. Sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba terpaku melihat gadis bermata biru dihadapannya yang secara tidak sengaja terlanggarnya di matrikulasi.

“Woi, apa tengok-tengok? Nak tengok lebih-lebih kena bayar tau! Dah la langgar orang, lepas tu buat dek aje. Tak reti nak minta maaf ke?” - Sham Izwani

“Amboi, minah ni! Muka aje lawa tapi budi bahasa kosong.”- Haris Naim

“Apa kosong-kosong? Ingat Najwa Latif ke?”- Sham Izwani

Dalam tidak sedar, hati Haris terpaut namun itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan gadis itu di matrikulasi sebelum dia berhenti belajar di situ dan menyambung pelajarannya ke Mesir. Di sana, dia memegang prinsip agar tidak akan jatuh hati dengan perempuan sehinggalah dia didatangi mimpi aneh yang mengganggu hidupnya.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters