Monday, November 9, 2015

Novel terbitan karyaseni mei 2015





Tajuk: Bila Terlajak Sayang
Penulis: Umie Nadzimah
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-96-3

Sinopsis:
INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi.

“Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN
“Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINA

Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.

“Apa buruk dan kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?” - INDAH HALINA
“Indah tak ada satu pun kurang. Indah tetap bidadari abang.” - TAJUL RAZIN

Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan cintanya. Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin mempertingkatkan tahap imannya. Sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang.

“Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi... Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sepenuh hati, bro.” - TAJUL FAHIN

Akhirnya Tajul Fahin masuk campur semula. Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilupakan. Tetap terkesan dalam hatinya walaupun dia cuba menidakkan perasaan itu. Jika pengorbanannya dulu tidak dihargai, tidak salah dia mengambil semula cinta itu.
Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka apabila tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora? Adakah kali ini mereka terpaksa melepaskan cinta mereka dan merelakan segala yang berlaku?


Tajuk: Tundukkan Playboy Itu
Penulis: Anjell
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-97-0

Sinopsis:
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?


Koleksi cerpen Melodi Cinta Edisi 1
Tajuk: Melodi Cinta
ISBN: 978-967-0890-00-5
Penerbit: Karyaseni
Penulis: Penulisan2u (Zaraa Sofea, Nuraqilah Syuhaida, ArmisyaSyamira, Adah Hamidah, Qistina Alya, Tinta Biru, E-Man Sufi, Rehan Makhtar, Myra Ameer)
Sinopsis:
"Bermulanya di sini..."

Koleksi cerpen Melodi Cinta Edisi 1

---
Ayuni Safira – Zaraa Sofea (Adaptasi Ke Drama)
“Maafkan saya, Ayuni... Kalaulah awak tahu perkara sebenar, mesti awak akan benci saya sampai mati. Maafkan saya… saya tak ada pilihan…”

Love Is Totally Blind – Nuraqilah Syuhaida
“Nasib baik muka mung ni handsome, kalau dok, jangankan jadi pelakong, nok jadi model supermarket Jusco pung orang tak moh.”
“Rupa takkan kekal… Yang kekal hanyalah agama dan personaliti diri. Dan cinta itu buta…”

Isteriku Bukan Tukang Masak – ArmisyaSyamira (Adaptasi Ke Telefilem) 
“Saya bersyukur sangat selama ni saya tak mintak awak tolong saya masak. Fasal ayam rentung hari tu, saya rasa tu last saya izinkan awak pegang kuali. 
“Orait, suamiku malas masak!”

Isteri Solihin– Adah Hamidah 
Ada sesuatu yang aku rasa. Pedih ulu hati. Ya, hanya Gaviscon mampu meredakan pedih hulu hati. Aku pernah tengok iklannya dalam televisyen. Harap benar macam apa yang diuar-uarkan.

Bila Tiba – Qistina Alya
“Bila tiba masanya, Allah akan rawat luka dalam hati Hanis perlahan-perlahan. Bila tiba masanya, Allah akan kirimkan jodoh pilihan Dia untuk Hanis. Dan bila tiba masanya, dua hati akan jadi satu dengan izin-Nya.”

Ada Dia Di Sisiku – Tinta Biru
“Abang dah banyak berkorban untuk Nia. Kalau abang dah tak sanggup jaga Nia, abang hantarlah Nia balik ke rumah orang tua Nia. Nia sanggup, bang. Lagipun selama ni hanya abang yang jaga Nia. Nia tak jaga abang pun. Kalau abang nak cari pengganti Nia pun, Nia rela, bang.”

Aku Suka Hang La! – Umi Kalsom
Gila!!! Hendak saja aku jerit cakap ‘perempuan gila’ dekat minah sewel ni. Tapi sabarkan saja hati. Sudahlah di tengah-tengah kedai Pak Mail ini juga yang hendak dijadikan destinasi lafazkan kalimah cintamu. Hancus betul.

Mahar Cinta Untuk Faiqah – E-Man Sufi 
Lama dia menatap wajah ayu Faiqah. Allah saja yang tahu betapa dia mahukan gadis ini menjadi isterinya. Sudah sedaya upaya dia mengumpul duit tetapi masih juga belum cukup. Hantaran 50 ribu yang diminta Tuan Razlan memang tak masuk akal. Dia bukan hartawan mahupun jutawan. Dia hanya seorang tukang masak.

Awek Spanar – Rehan Makhtar
“Dengan saya hari-harilah awak makan sup spanar, Amir…” 
“Oh, tak apa. Sebab saya pandai masak…”

Kerana Dia Untukku – Myra Ameer
“Bunga!” 
Shaqir dijeling. Tajam. Kalau bunga itu merujuk kepada bunga ros tak apalah juga tetapi bunga yang dimaksudkan oleh lelaki itu ialah bunga tahi ayam. Apa kelas!




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters