Friday, May 23, 2014

Novel terbitan buku prima JUN 2014





Tajuk: Mentua Aku Sporting
Penulis: Rabihah Nur Ridhuan
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:
Disebabkan dendam, hidup Hannah Sofia terhimpit. Siapa sangka, seorang lelaki yang dipanggil papa sanggup menjual dirinya hanya disebabkan dendam. Dendam Hanif kepada sepupunya, Rayyan pula memerangkap Hannah Sofia kepada sebuah perkahwinan yang tidak dirancang. Status Hannah Sofia yang meragukan membuatkan Rayyan menganggap gadis itu yang telah memerangkap dirinya sendiri untuk berkahwin dengan Rayyan. Lalu Rayyan melayan Hannah Sofia dengan buruk. 

Namun Hannah Sofia beruntung kerana mempunyai ibu mentua yang cukup sporting. Dia tidak pernah memandang kisah silam menantunya itu. Sebaliknya dia memberi sepenuh sokongan untuk mencetuskan keharmonian dalam rumah tangga anak dan menantunya itu. Dia jugalah yang menjadi ’mastermind’ dalam setiap projek untuk memikat hati Rayyan. Dan tatkala baru sahaja Hannah Sofia mahu mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangganya, kedua-dua lelaki itu datang semula dalam hidupnya untuk melunaskan kembali dendam mereka sehingga hampir mengorbankan rumah tangganya.

Dapatkah Hannah Sofia mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangganya? Bagaimanakah Hannah Sofia dapat menyelamatkan diri daripada dendam papanya?

DIALOG

“Ah, harap badan aje gagah perkasa, tapi nak angkat beg sendiri pun malas! Ada ke disuruhnya perempuan buat kerja macam ni! Tak macholah!” – Hannah Sofia

“Seorang lelaki macho sanggup mintak maaf kepada isterinya. Machokan abang?” - Rayyan

“Sebagai isteri, Hannah kena faham perangai Rayyan. Kena pandai ambil hati. Kalau Rayyan tengah marah, jangan melawan. Kalau tak, pergaduhan antara kau orang berdua akan jadi lebih teruk lagi. Sebenarnya Hannah, lelaki ni akan berlembut kalau perempuan berlembut dengan dia.” - Hajah Salamah.


Tajuk: Dia Sayang Aku
Penulis: Hanis Azla
Terbitan: Buku Prima.

Sinopsis
Sejak kecil, Zaira menjadi dambaan hati Fir. Ianya membuatkan Fir terus memasang impian. Fir mahukan Zaira, tetapi hati Zaira hanya untuk Ikmal. Akhirnya Zaira berkahwin dengan Ikmal. Fir akur dengan hakikat itu. Kebahagiaan Zaira lebih utama.

Kehadiran Sufi mula menggugat kebahagian Zaira dan Ikmal. Dalam keterpaksaan, Zaira akur untuk berkongsi kasih. Pengorbanan yang membuatkan rasa cintanya pada Ikmal mula goyah. Ditakdirkan Zaira dan Fir bertemu semula. Namun mereka bertemu hanya sekadar menjadi abang dan adik. Kesetiaan Zaira pada Ikmal terus dihormati. Dalam waktu Zaira menghadapi masalahnya, Fir tidak langsung mengambil kesempatan.

Apabila Zaira kehilangan Ikmal, Fir pula sedang mahu memiliki Adelia. Perasaan yang ada harus disimpan untuk pengetahuan sendiri. Memang payah mahu menyorokkan perasaan yang ada. Bukan mudah mahu menidakkan rasa yang tidak pernah hilang. Adakah Zaira dapat menerima Fir dalam hatinya? Dapatkah Fir memiliki cinta Zaira? Mampukah Adelia menghilangkan rasa cinta di hati Fir untuk Zaira?

Saya ingat, awak cuma dah tak perlukan saya lagi. Rupa-rupanya, hati awak pun dah tak ada untuk saya. - Ikmal

Zaira selalu ingat yang perasaan yang indah-indah begini hanya ada dalam novel cinta. Rupa-rupanya ianya lebih indah di alam nyata. - Zaira

Jika kita sayangkan seseorang, memanglah dia sentiasa ada di dalam hati kita. Kerana di situlah tempat istimewa dia dalam diri kita. – Fir


Tajuk: Awak Cun!
Penulis: Lily Irdina
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Pertemuan dengan jejaka bernama Haffiy Rayyan di gimnasium kolej membuatkan hati Jay rasa berdebar-debar. Wajah jejaka itu mirip seperti penyanyi Korea, Jaejoong. Siapa yang tak cair kalau dapat cuci mata tengok dia? Bermulalah bibit persahabatan antara Jay dan Haffiy sehingga ke universiti. Persahabatan yang utuh membibitkan rasa cinta dalam hati Haffiy walaupun pada ketika itu dia sudah mempunyai teman wanita bernama Maya. Namun, konflik dalam keluarga Maya membuatkan Haffiy berat hati untuk meninggalkan gadis itu. 

Rasa cinta yang membara terhadap Jay membuatkan Haffiy memutuskan untuk melepaskan Maya. Maya yang berdendam telah bersekongkol dengan pak cik Jay, iaitu Johan untuk membalas dendam terhadap Jay dan Haffiy. Berjayakah Maya melaksanakan dendamnya. Bagaimana pula dengan kisah penyatuan hati Jay dan Haffiy. Mampukah mereka bersama?

“Haffiy a.k.a. Ryan, kau tahu tak kau dah beruntung hari ni sebab kena pijak dengan aku? Buat pengetahuan kau, ramai peminat tegar kaki aku ni. Banyak-banyak orang, kau yang tak ada kelas nilah yang bertuah sebab dapat rasa penangan kaki aku. Tak ke bangga namanya?” ~ Jay

“Saya pegang bahu awak aje RM50. Tambah tolak darab bahagi, awak peluk saya, awak kena bayar RM100 pada saya. So, awak bagi saya RM50 ajelah. Okey?” ~ Haffiy

“Aku akan tamatkan sejarah kita walaupun kau terpaksa mati!” ~ Maya


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters