Sunday, July 21, 2013

Novel terbitan SR Publication bulan april 2013


Intan Raihana, nama je indah , tapi perangainya ,adoi... anak org miskin, lagaknya macam org kaya, hanya org kaya je yang boleh berkawan dengan dia, dan misinya ingin berkahwin dengan org kaya jerrr, Ibu butanya dan abgnya yang bekerja sebagai driver sanggup mengadaikan tanah milih arwah ayah mereka semata2 ingin menghantarnya ke luar negara bagi menyambung pelajarannya, tetapi, belum habis, dah kena tendang Universiti, terpaksalah balik semula ke Malaysia tanpa membawa balik segulung ijazah, tetapi pertemuannya dengan Daniel Hakim membuatkan dirinya terpikat tetapi bukan terpikat kepada orgnya , terpikat kepada Brabus SV12R Bi Turbo 800 yg dipandunya . Alorh.. ini mcm punya org pun ada, lagipun perwatakan Daniel macam anak org kaya, so si Intan mulalah membuatkan aksi gediknya, ini menyebabkan Daniel tidak menyenangi perempuan itu, tambahan lagi disebabkan penipuan yang dibuat oleh Intan dimana dia mengaku bahawasanya dirinya anak org kaya , tetapi hanya satu perbohongan dan kebetulannya kekasih Daniel, Fariza adalah sepupu Intan dan Abg Intan, Iskandar adalah pemandu Daniel. Adoi... kan dah terkantoi, semenjak hari itu Daniel bertekad ingin mengajar gadis berlagak dan sombong itu, tambahan lagi apabila dia melihat sikap kurang ajar Intan kepada ibunya yang buta dan abgnya Iskandar itu

Akhirnya Daniel terpaksa mengahwini Intan disebabkan mereka telah terlanjur dalam keadaan yang tidak sedarkan diri, maka bermula misi Daniel ingin mengajar isterinya, dia telah membawa isterinya tinggal di rumah buruk dan berkereta buruk dan mengatakan yang dia telah berjanji pada dirinya , selepas dia berkahwin , dia akan meninggalkan segala kekayaan harta bapanya dan berusaha sendiri mencari wang, ini menyebabkan Intan marah , tambahan lagi dengan keadaan rumah mereka yang serba daif itu, Daniel gembira dapat memainkan hati isterinya itu, pertengkaran sering berlaku antara mereka, kehadiran Badrul juga menyebabkan dia cemburu buta, tetapi setelah mengetahui yang isterinya “mengandung” hasil dari hubungan yang tidak halal itu, dia mengubah hatinya , dan cuba menerima kehadiran isterinya disisi, Intan yang juga mulai menerima suaminya akhirnya lembut dan mula berubah dan menyesal atas apa yang dilakukannya terhadap suami , ibu dan abangnya.

Setelah melihat perubahan isterinnya Daniel akhirnya membawa isterinya tinggal di rumah mereka , ya lah , dah cinta kan. Dan akhirnya mereka tidur bersama . Tetapi pada keesokanya, semuanya telah berubah , dimana Daniel mengetahui yang Intan tidak mengandung serta Daniel jugak mengesyaki yang Intan telah berpakat dengan Iskandar untuk memerangkapnya, hinaan demi hinaan yang dilemparkan oleh Daniel dan keluarganya terhadap Intan dan Iskandar yang tak bersalah itu, Intan yang pasrah diatas apa yang berlaku menerima segala hinaan dari sang suami tetapi dia sedih kerana abangnya menerima tempias diatas semua kejahatan yang dibuatnya. Hari demi hari berlalu , banyak penderitaan dan hinaan yang dilemparkan kepadanya oleh suaminya tetapi mampu dia hadapinya sehingga dia disahkan mengandung hasil hubungan malam sebelah pertengkaran hebat itu.

Kemuncak pederitaan dan kebencian terhadap suaminya bila kata2 hinaan suaminya terhadap zuriat mereka
“ Kau kena sign satu agreement yang mengatakan anak kau tak akan tuntut apa-apa harta aku nanti, dan kau juga takkan kenalkan dia langsung dengan aku, Tak akan beritahu dia siapa aku,jangan sesekali buat muka tak malu suruh dia panggil aku papa, aku tak terima dia sebagai anak aku, kau cakap dengan dia papa dia dah mati. Dan akhir sekali, kau pastikan jangan sekali, letak nama aku pada bin atau binti pada nama anak kau nanti! Kau letaklah nama siapapun yang kau nak, janji bukan nama aku!” 

Aiyorkkk cukup kejamkan lelaki ego yang bernama Daniel Hakim ini? so kalau u all nak tahu apa lagi kekejaman yang dibuat oleh Daniel kepada Intan, jangan lupa beli novel ini, dan satu lagi , u all akan melihat bagaimana Daniel menjilat kembali ludahnya semasa dia ingin mengambil kembali hati isterinya dan anak yang pernah dia hina semasa isterinya sedang mengandung dahulu. Dan dia terpaksa bayar kembali airmata Intan yang tumpah sepanjang dia mengandung anak mereka itu.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

Nik Ainaa said...

dah baca n memng best :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters