Monday, November 9, 2015

Novel terbitan penulisan2u mei 2015




Tajuk: Tuan Anas Mikael
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-53-3

Sinopsis:
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tajuk: Kerana Aku Suamimu
Penulis: June Muhammad
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-54-9

Sinopsis:
Syurga seorang isteri... Adalah bersama suami.

“Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!” – Zahra.

“Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa yang nakkan Zahra?!” – Encik Zainal.

Kebahagiaan ZAHRA AISYA direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi MUHAMMAD FITRI untuk menutup perkara memalukan itu. 

“Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai ke akhirat!” – Zahra.

Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian yang ada dalam jiwa si isteri. 

“Zahra dah okey, esok abang pergilah kerja.” – Zahra.

“Eh, suka hatilah abang nak pergi kerja atau tak.” – Fitri.

Namun pada saat hubungan Zahra bersama Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali RIYAD mengganggu kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.

Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, SHASHA yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang akan terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters