Monday, November 9, 2015

Novel terbitan karyaseni oktober 2015



Tajuk: The One (Yang Terunggul)
Penulis: Melur Jelita
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-63-0
Terbitan : Oktober 2015

“KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”

Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara. 

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”

“Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui...”


Tajuk: Mencari Si Pelengkap Hati
Penulis: Farisha Imani
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-65-4
Terbitan : Oktober 2015

CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa? Jawapannya TIDAK bagi Nuha Huda. Kerana merasakan cinta itu harus dipupuk secara ikhlas dan jujur, Nuha menolak cinta suci yang dihulurkan oleh Cikgu Ihsan kepadanya tanpa berfikir panjang.

Memasang impian dalam diam, Ihsan Zuhri sangat berharap Nuha Huda akan terbuka hati untuk menerima cintanya. Namun Nuha tetap dengan pendirian. Walau dia terhutang budi dengan Cikgu Ihsannya, hati Nuha tidak mampu diikhlaskan untuk mengorbankan dirinya dengan mengahwini Ihsan Zuhri!

“Ya, Nuha terhutang budi dengan cikgu sekeluarga. Cikgu dah bagi Nuha kehidupan baru. Tapi... tapi itu tak bermakna Nuha akan sudi terima cikgu dalam hidup Nuha. Itu satu simpati namanya!” – Nuha Huda

“Abang tak sekuat yang Nuha nampak. Abang tak setabah yang Nuha fikir. Sejujurnya abang nak paksa Nuha kahwin dengan abang. Abang nak paksa Nuha terima cinta abang. Tapi… soal hati siapa yang boleh paksa. Jadi sekarang, abang akan tunaikan permintaan Nuha dengan syarat, Nuha perlu pergi dari hidup abang dan keluarga abang!” – Ihsan Zuhri

Episod bahagia Nuha bersama keluarga angkat kesayangannya berakhir di situ. Perginya Nuha tiada istilah untuk kembali.

Lima tahun membawa diri, menjadikan Nuha Huda seorang wanita yang lebih matang. Matang untuk menguruskan perasaannya. Dia khilaf mengenangkan betapa kejamnya dia saat tidak mampu belajar untuk menerima cinta suci Ihsan Zuhri. Lagi pula, apalah yang budak sekolah tahu tentang erti hati dan perasaan, bukan?

Pada saat Tuhan menjentik hatinya untuk mengenal erti cinta, ujian hadir untuk menguji sejauh mana dia ikhlas melepaskan perasaan itu andai orang yang dicintainya itu tidak mampu mencintainya. 

“Kenapa lepas abang macam ni baru Nuha nak terima abang. Kalau bukan sebab simpati sebab apa lagi?!” – Ihsan Zuhri

“Rasa kasih ini bukan bertiketkan sebuah kasihan, cikgu. Mungkin sekarang adalah waktu yang dijanjikan Allah. Saat di mana Allah tahu Nuha Huda sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab menjadi seorang isteri.” – Nuha Huda

Andai benar setiap orang akan menemui si pelengkap hatinya sendiri, mampukah perkara yang sama berlaku dalam hidup Nuha Huda? Akan ternoktahkah pencariannya untuk mencari si pelengkap hatinya?

(Adaptasi Daripada Filem terbitan Astro)
Tajuk: Tercipta Untukku 
Penulis: Marissa
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-64-7
Terbitan : Oktober 2015

Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan. 

Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia. 

“Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.”

“Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?”

“Lupa…”

“Ngeee, muda-muda dah lupa.”

“Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?”

“Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.”

Habis! 

Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terima hakikat ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka untuk ke fasa seterusnya. 

Tapi orang kata, kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang. 

Berjayakah mereka mengatasi cabaran tersebut? Akan tabahkah Adil dan Thia meneruskan percintaan mereka? 

Dan sesungguhnya, benarkah mereka benar-benar sudah tercipta untuk antara satu sama lain? 

Jangan lupa mengikuti kisah cinta antara Adil dan Thia.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters