Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan karya seni julai 2015





Tajuk: Cinta Yang Tak Terungkap
Penulis: Puteri Nor
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-01-2

SOFIE HANY, seorang gadis yang cekal dan mempunyai matlamat hidup yang tinggi. Namun ahli biologi muda itu patah hati apabila jodohnya cuba diatur oleh keluarga tanpa mempedulikan hati dan perasaannya hanya kerana harta. Akhirnya, dia membawa diri ke England dengan hati yang terluka.
Di Southampton, Sofie yang bersifat ‘ladylike’ bertemu dengan dua orang jurutera yang berkawan baik. EMRY, si jejaka Singapura yang gentleman dan AJMAL, askar simpanan pakar yang digelarnya sebagai lelaki barbarian.
Namun dalam diam, Emry menyimpan perasaan cinta terhadap Sofie. Seluruh jiwa dan raganya telah diabdikan hanya untuk Sofie.
“Awak anugerah daripada Dia. You… are my fairytale.” – EMRY
Ajmal turut menaruh hati terhadap Sofie tetapi dia terlalu ego untuk mengakui. Hati mula terpikat tetapi mulut tetap berbisa menidakkan perasaan itu.
“Awak melanun dalam hati saya. Awak ambush perasaan saya, kemudian bermaharajalela dalam minda saya.” – AJMAL
Dalam usaha untuk melupakan IQBAL, si childhood sweetheart, Sofie membekukan hati. Sayangnya tindakan itu menyebabkan dia kebal kepada perasaan cinta yang mula bersemi. Dan kemunculan semula Iqbal meletakkan Sofie dalam dilema.
“Kenangan lama menghantui saya. Semuanya terus-terusan menyeksa saya. Tolonglah, Sofie… I’m truly and genuinely in love with you. Always…” – IQBAL
Ketenangan Sofie sentiasa diduga. Iri dan hasad menukar ketenangan kepada kesengsaraan. Fitnah melanda menyebabkan Sofie dinikahkan secara paksa. Tegarkah Sofie meneruskan pernikahan tanpa cinta setelah menyedari siapa pemilik sebenar hatinya? Dapatkah Sofie memaafkan insan yang berbuat khilaf dan menerima si dia yang menerima akad?
“Hasbiallah wa nikmal wakil… Cukuplah Allah bagiku dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.”


Tajuk: Assalamualaikum Hawa
Penulis: Qistina Alya
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-02-9

SYIFA pernah tersungkur kerana butanya dia dalam menilai erti kata cinta. Dia terhanyut jauh sehinggakan terasa goyah kakinya untuk terus bertapak saat diri sendiri memutuskan untuk berhenti mencintai. Disebabkan satu kesilapan, Syifa menuntut perpisahan.
“Bagi saya ruang untuk cari diri saya semula. Diri yang tenggelam dalam cinta ‘berbayar’ awak…” – Syifa.
QAYYUM pula hidup bersama penyesalan yang tidak pernah surut. Merata dia mencari Syifa, tapi bayang si empunya tubuh tidak pernah memunculkan diri. Ya, dia pernah tersilap langkah. Andai dihimpun seberapa banyak tangis yang gugur, tetap hatinya terasa daki dosa itu masih terkumpul.
“Baliklah, Qay. Awak nak apa cari saya sampai ke sini?” – Syifa.
“Saya nak awak… Saya serius, Syifa!” – Qayyum.
“Boleh jalanlah dengan serius awak tu, Qay. Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak sedar tak yang awak tak layak nak minta dekat saya macam tu?” – Syifa.
“Awak dah tak cintakan saya?” – Qayyum.
HARFI juga pernah merasai betapa remuknya hati saat menyedari sayangnya tidak pernah berbalas. Bertahun hatinya tertutup rapat sehinggakan takdir menemukan dia dan Syifa. Namun, Syifa tetap begitu. Masih keras untuk membuka pintu hati kerana kisah silam masih segar dalam ingatan.
“Sudi tak Cikgu Syifa jadi isteri saya?” – Harfi.
“Separuh hati saya ada pada awak, Harfi. Tapi saya tak tahu ke mana hilangnya separuh lagi.” – Syifa.
Tanpa disangka, hadir sepucuk surat yang menggetarkan hati seorang Syifa.
Assalamualaikum Hawa…
Berjayakah Qayyum? Masih adakah peluang untuk Harfi memenangi hati Syifa? Dan siapa pula yang mencoretkan risalah Assalamualaikum Hawa yang membuka pintu hati Syifa untuk kembali menerima kasih sesama manusia?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters