Wednesday, July 24, 2013

NOVEL Fajar Pakeer julai 2013




Tajuk: MAMAT SPORT MINAH TOMBOI
Penulis: IMAN KYUHEE 

Sinopsis:
Peristiwa menyepak kereta sport orang? Ain Faqihah tidak pernah lupa! Disebabkan peristiwa itulah, dia terlibat dengan seorang jejaka tampan tetapi amat menyakitkan hati. Mamat Sport yang sangat poyo! Itulah gelaran yang Ain Faqihah beri kepada Ammar. Dirinya sering berasa geram kerana mamat sport itu sangat menjengkelkan hati!

Ammar Falak. Siapa yang tidak kenal jejaka tampan sepertinya? Mempunyai ramai peminat, namun... dia tidak berminat! Dia hanya berminat mahu mempermainkan hati wanita. Semuanya gara-gara kekasih hati yang pergi meninggalkannya kerana mahu mengikut lelaki lain! Namun, selepas dia berjumpa dengan Ain Faqihah, minah tomboi yang sering muncul dalam hidupnya, dia selalu menjadi tidak keruan. Entah kenapa, dia suka mencari gaduh dengan gadis comel itu.

“Well, berjumpa lagi kita ya?”
Dia terkedu. Mamat sport kelmarin!!!
“Hmm...” balas Ain Faqihah, acuh tidak acuh.
“Kau ni sombong jugak kan?”
So what kalau aku ni sombong? Kau ada masalah ke kalau aku sombong dengan kau?

Tetapi, siapa sangka? Jodoh di tangan Allah... walau kita berusaha menolak, dia yang telah ditetapkan sebagai jodoh kita akan tetap buat kita. Namun, benarlah kata orang. Tak kenal, maka tak cinta!

“Aku rasa bertuah sangat sebab dapat kenal mamat sport tu. Dia caring, baik, selalu manjakan aku... dan yang paling penting sekali, dia sayangkan aku sampai tak boleh nak berpisah dengan aku.” – Ain Faqihah
“Siapa cakap sayang sebatang kara? Abang kan ada? Sayang ada abang di sisi sayang tak kira sayang susah atau senang. Sayang tak payah risau sebab abang tak akan tinggalkan sayang. I love you so much!” – Ammar Falak

Dugaan datang menimpa! Juliana, bekas kekasih Ammar datang kembali demi meraih cinta Ammar kembali. Juga Haziq sebagai penghalang rumah tangga yang dibina oleh Ain Faqihah dan Ammar. Mampukah mereka berdua menangkis halangan demi halangan yang ditempuhi? Berjayakah mereka merebut kembali kebahagiaan yang dulu pernah dikecapi?



Tajuk: SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR
Penulis: CRYSTAL ANABELLA

Sinopsis:
Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.

Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.

Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.

“Kerana you bukan superstar. Satu daripada impian terbesar I ialah untuk bersuamikan seorang superstar.”

Mampukah Zyafran bertahan menjadi suami simpanan Serena apabila gadis itu tidak ingat semua perkara yang telah berlaku? Mampukah Zyafran mengembalikan cinta dalam ingatan Serena walaupun gadis itu sentiasa membencinya? Adakah tiada langsung perasaan sayang dalam hati Serena terhadap pemuda yang tidak pernah penat melayan semua kerenahnya? Mampukah cinta mereka berputik apabila nyawa Serena dan CK berada dalam taruhan? Akan setiakah seorang suami simpanan mengharap cinta daripada seorang superstar? 



Tajuk: BENCI TANDA SAYANG
Penulis: REEANI ANNUR

Sinopsis:
Nor Qaseh Umairah bukanlah gadis cantik yang badannya ramping macam pelakon Eja. Sesetengah mulut jahat panggil dia perempuan gemuk. Yang lebih lagi jahat panggil dia badak sumbu. Tetapi gelarlah dia apa-apa pun, dia tetap jadi kegilaan lelaki. Sayang, hati dia sudah beku untuk mempercayai manusia yang bernama lelaki. Sebab itulah dia kunci kemas-kemas pintu hatinya buat Qusyairy Adib.

“Aku memang tak ada perasaan untuk orang macam dia.”

Qusyairy Adib. Ya, dialah lelaki yang tergila-gilakan Nor. Daripada mengejar perempuan yang maha cantik, hatinya jatuh suka kepada perempuan yang biasa-biasa. Separuh mati dia mengejar Nor. Tetapi hati gadis itu keras macam batu! Pikat macam-macam cara pun tetap tidak jatuh hati kepada dia. Tercabar sungguh dia rasa. Hei! Mana ada perempuan pernah tolak dia. Nor seorang sahaja yang berani. Mengalah? Itu bukan Qusyairy Adib namanya.

“Sekali awak tolak saya, seribu kali saya akan berusaha. Saya bukan lelaki yang cepat berputus asa tau. Lambat-laun, awak pasti akan jatuh cinta kepada saya jugak.”

Hazmi Indraputra berjaya menemukan cinta lama yang dicari-carinya selama ini. Dengan rasa cinta yang masih bersisa, dia nekad mencuba nasib dan menebus kesilapannya. Tetapi tidak sangka pula rupa-rupanya dia menjadi orang ketiga di antara Nor dan Adib. Ah! Cinta tetap cinta. Mana boleh dia mengaku kalah begitu sahaja.

“Kalau hati dah suka, semua perkara Mie sanggup buat.”

Lalu, apa yang terjadi? Adakah kebencian Nor boleh bertukar menjadi sayang? Berjayakah Adib membuatkan Nor jatuh sayang kepadanya? Dan adakah Azmi berjaya melupuskan kebencian yang bersarang di hati Nor setelah dia berpaling sayang dahulu?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters