Tuesday, December 31, 2013

Azam Tahun Baru 2014



Pejam celik pejam celik, kita telah pun melangkah setapak lagi tahun yang penuh dengan cabaran yang mendatang. Sudahkah hati bersedia menempuh dugaan dan cabaran 2014? Kita semua akan melangkah masuk dan akan menyambut tahun 2014 mulai esok. 

Kadangkala saya terfikir kesukaran dan kelemahan diri pada tahun ni. Hajat di hati, semoga tahun ni saya sendiri menjadi insan yang lebih berkualiti. Untuk menjadi insan berkualiti pula amat memerlukan jati diri yang teguh. Sebagai hamba Allah, jangan lupa untuk memohon kekuatan daripadaNya kerana apa yang akan berlaku sama ada baik atau buruk adalah dengan kehendakNya juga. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah..Ameen..



Seperti biasa semua orang akan cuba untuk menanam azam baru sempena nak menyambut tahun baru ni. Akan tetapi, sebelum kita merancang azam baru, cuba kita renungkan balik azam yang dilafazkan pada tahun sebelumnya. Sebenarnya saya dah lupa apa yang saya azam-azam saya sebelum ini, haha… Tapi satu sahaja yang saya ingat iaitu mengurangkan berat badan.

Penting ke azam baru tuh? Azam sama je kot.

Yes! Azam tuh tersangatlah penting. Setiap manusia perlu ada azam begitu juga dengan impian, agar kita ada tujuan untuk hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya hingga berjaya! Azam baru ke lama tuh semua berdasarkan masa je. Azam nih kira macam sesuatu yang kita nak laksanakan dalam tempoh masa tertentu kan. Sebab tuh setiap awal taun semorang akan ada azam baru termasuklah saya sendiri. hahaha.

saya pun nak ada azam baru juga. Tapi saya just renew azam awal tahun nih yang belum lagi tercapai aje dan tambah yang baru sikit. Tak best ahh asik guna azam yang lepas kan. So inilah azam saya. 

1. I'm O'level Victim. So kena fokus pada pelajaran 90% dan belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Kena skor banyak-banyak-banyak A's dalam O'level taun depan(2015). 

2. Perbaiki kelemahan subjet-subjet yang belum dapat dikuasai sepenuhnya lagi. Contohnya matematik, science, english and more ! hehe.

3. Kurangkan sikap malas yang terlampau dalam diri lately nih. Eh tak bukan kurangkan, buangkan terus ke laut ! Kena rajinkan diri ya untuk sertai kelas tuisyen,  lawatan pelajaran, dan banyak lagilah. haha. Bila masuk bab bersukan, alamak! harap dijauhi ehh... sejak masuk form 1, memang sudah jadi tabiat tak suka berSUKAN! hehe :) 

4. Kumpul duit bebanyak ! Yess, ini yang saya suka. Sape tak suka duit ya dak. Tapi janganlah sampai jadi tamak lak. Maksud saya disini, belajar-belajar juga. saya nak pastikan aku ada $600 dalam savings saya..pada 31/12/2014 aku akan pastikan saya ada jumlah itu..untouched!!! kenapa? banyak sebab..apa2 lah cuma aku nak pastikan aku dapat sebanyak tu..ha…tapi saya ni sedikit perbazir orangnya, asyik keluar duit beli on9 novel. hehe apa boleh buat, dah jadi tabiat dan ulat buku dah sejak kecil :). Dan.. nanti sesape nak pinjam boleh lah apply personal loan dari aku..interest free :D tapi aku pun akan buat background checiking dulu :P


5.  Tidur sampai siang hari. Yang nih saya tak taulah saya belajar dari mana. Tapi lately nih memang saya suka sangat tido sampai siang hari( selalunya hari jumaat dan ahad). Bangun-bangun je tengok dah pukul 10 pagi. Mana taknya kan, tido pukul 12 malam mestilah bangun lewat. So start dari sekarang saya kena perbaiki perbuatan nih. Memang tak boleh dijadikan hobi langsung ! Memudaratkan kesihatan dan rezeki tak masuk bila bangun lewat. Otak pun jadi lembab =="

Last !

6. Perbaiki fizikal (mengembalikan bentuk badan yang menawan) wakakak sejak bila pulak saya ada badan model kan??? Ini memang malu ! Azam saya start dari taun bila lagi nih tapi still sampai sekarang tak terlaksana. Macam mana nak terlaksana bila sifat saya semuanya macam kat atas nih kan. Dah! Saya akan cuba untuk kempiskan sikit badan saya nih kepada tahap normal. Taknya saya nak kata sekarang nih saya obes ke apa ok! Tapi bolehla dikatakan saya nih agak bolat tembam lah juga. Jadi, mungkin tahun nih saya dapat laksanakan azam yang nih kot. InsyaAllah tapi bukanlah dalam masa terdekat. huwahuwahuwa. 

"Azam cuma sebagai semangat untuk kita berubah. Berubah atau tidak itu atas kehendak diri sendiri. Wallahualam."

Ok done ! Maka secara tak langsung inilah azam baru saya pada tahun dua ribu empat belas nih. InsyaAllah doakan agar saya dapat melaksanakannya dalam tempoh yang dah saya tetapkan. Tak adalah laksanakan dalam satu masa. Step by step ok! Itu baru namanya kehidupan! Ahaks!

So, ini ajelah yang saya nak sharekan dengan korang. Sharelah azam tahun baru korang pulak kat saya. hahaha. kbai ~

nota kaki : malunya saya nak publish entry nih sebenarnya tapi untuk perkongsian apa salahnya kan. ahahaha. *tutup muka* bai !



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters