Thursday, July 25, 2013

Status hati : dia milikku ~ ayumu syafiqah


Baca pasal si Edryzal ni, Ya Allah geramnyaaaaaaaa! Hati kayu betul mamat tu! Aiseh. Rasa nak marah pun ada. Novel ni mengisahkan Kirana, seorang pengacara TV yang sedang meningkat naik ditunangkan dengan anak kawan lama emaknya. Memandangkan dah banyak kali dia mengelak bila timbul soal kahwin, akhirnya Kirana setuju dengan cadangan emak untuk mencarikan jodoh untuknya.

Bertunang jugalah Kirana dengan si Edryzal ni. Tapi Kirana beri syarat, mereka kena bertunang dalam tempoh setahun sebab Kirana nak pastikan Edryzal ni jatuh cinta kat dia juga. Kalau baca part Kirana dengan Edryzal, memang rasa nak hempuk-hempuk aje kepala Edryzal tu. Kayu betul mamat ni! Geramnyaaaaa! 

Tapi, kayu-kayu si Edryzal pun sweet juga bila kena masanya. Sweet si Edryzal ni unexpected. Takleh nak jangka apa yang Edryzal buat pada Kirana. Sampaikan kadang-kadang Kirana tu curious juga dengan mamat kayu ni. He he 

Rugi kalau korang tak sambar satu novel ni! Best! Sekarang mood saya nak baca novel ala cotton candy, yang sweet + light conflict gitu. 

kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah singgah disini 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...